Tuesday, 24 September 2019

MUTIARA KATA - KEHIDUPAN DAN KEMATIAN


  1. Di dunia ini hanya ada 3 hari. Hari semalam dan itu sudah berlalu. Hari esok yang mungkin kamu tidak akan bertemu. Hari ini, inilah hari mu, maka manfaatkannya. 
  2. Membazir masa lebih dahsyat daripada mati kerana membazir masa menjauhkan kamu daripada Allah dan akhirat, sedangkan mati memisahkan kamu daripada kehidupan dan manusia sahaja. 
  3. Apabila manusia menyelami kesempitan hidup, barulah dia menyedari keluasan Rahmat Tuhan. 
  4. Kamu bukanlah satu-satunya orang yang bersedih pada saat ini, dan bukan semua orang sebahagia yang kamu sangka. 
  5. Dunia ini memang medan air mata. Yang paling indah ialah pertemuan, yang paling sukar ialah perpisahan. Walau bagaimanapun kita boleh mengikat kedua-duanya dengan kenangan.
  6. Kalau hidup ini tidak susah, nescaya kita tidak keluar daripada perut ibu dengan menangis. 
  7. Indahnya hidup ini kita boleh menangis sambil tersenyum di bibir dan boleh ketawa sambil berair mata. 
  8. Sesiapa yang mencintai Allah, dia pasti melihat segala sesuatu adalah cantik. 
  9. Hidup ini seperti minum kopi, semakin pahit semakin mengasyikkan. 
  10. Bukanlah orang bahagia orang yang tiada masalah lansung. Orang bahagia sebenar ialah orang yang boleh hidup dengan masalah. 
  11. Jika semalam sudah terlepas, kita masih ada hari ini. Jika hari ini akan berlalu, kita masih ada esok. Akhirat itulah esok sebenar. 
  12. Seindah mana pun hari-hari semalam, ianya tidak akan kembali. Seindah manapun hari ini, akan berlalu jua. Seindah manapun hari esok, belum lagi tiba. Bahkan secantik-cantik apa pun di dunia, ingat di sana ada kematian. 
  13. Jangan bermuka masam, kerana kita tidak tahu siapa yang jatuh hati dengan senyuman kita. 
  14. Semua akan baik pada akhirnya. Jika belum baik, maknanya itu bukan akhirnya lagi. 
  15. Lebih baik menyesal kerana melakukan sesuatu daripada menyesal kerana tidak melakukannya. 
  16. Sesiapa yang mengenali kematian, maka apa jua kesusahan selain itu kecil sahaja. 
  17. Sekolah mengajar kita sesuatu pelajaran, kemudian menguji kita. Kehidupan pula menguji kita dahulu barulah memberi pengajarannya. 
  18. Hidup ini terlalu singkat untuk menyimpan rasa kecewa dan menyesali kesilapan. 
  19. Hidup ini tidak lain hanya himpunan perasaan kita tentang kehidupan.
  20. Jika kita hidup untuk diri sendiri, kita akan rasakan hidup ini singkat dan berakhir dengan matinya kita. Jika kita hidup untuk Allah, kita akan rasakan hidup ini panjang dan berterusan walaupun selepas kita mati. 
  21. Tidak syak hidup ini mahal tetapi tetap tidak semahal dirimu dalam hidup ini. 
  22. Hidup tanpa berjasa, itulah mati sebelum tiba masanya. 
  23. Hidup ini tiada apa-apa sehinggalah kita menemui perkara yang membuatkan kita sanggup berkorban hidup untuknya. 
  24. Jika kita tidak tahu apa itu kehidupan, bagaimana kita hendak mengerti apa itu kematian. 
  25. Bahagialah orang yang hidupnya penuh jasa kerana dia tahu hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perbuatan sia-sia. 
  26. Hidup ini ibarat mimpi. Mati yang mengejutkan kita daripadanya. 
  27. Hidup ini singkat. Cuma musibah yang menyebabkannya rasa lama. 
  28. Kita tidak akan membesar tanpa rasa sakit. Kita tidak akan belajar tanpa buat salah. Kita tidak akan berjaya tanpa pernah gagal. Dan kita tidak akan mencintai sesuatu tanpa akan kehilangannya. Inilah kehidupan. '
  29. Keresahan tidak mampu menghalang kesulitan esok sebaliknya hanya mencuri keseronokan hari ini. 
(Majalah Solusi 80 - 2015)
24.9.2019: 11.17 am

No comments: