Monday 23 September 2019

10 SAHABAT RASULULLAH S.A.W YANG DIJAMIN SYURGA.


  1. ABU BAKAR AS - SIDDIQ R.A. : Sahabat Nabi yang paling rapat merangkap Bapa Mertua Rasulullah s.a.w, beliau ialah bapa kepada Aisyah r.a. Beliau sanggup berkorban harta dan dirinya kerana kasihnya kepada Rasulullah s.a.w. 
  2. UMAR AL-KHATTAB R.A. : sahabat kedua yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w.  dan juga Bapa Mertua kepada Baginda. 
  3. UTHMAN BIN AFFAN R.A. : Sayangnya baginda kepada beliau sehingga mengahwinkan 2 puteri  baginda dengan beliau sehingga beliau digelar 'Zu al-Nur'ain (yang memiliki 2 cahaya hati). 
  4. ALI BIN ABU THALIB R.A. : Sahabat, sepupu dan juga menantu Rasulullah s.a.w (berkahwin dengan Fatimah Puteri Baginda). Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa kedudukan Ali dengannya seperti kedudukan Nabi Harun a.s. dengan Nabi Musa a.s. 
  5. TALHAH BIN UBAIDILLAH R.A. : Seorang saudagar yang berjaya. Namun, beliau sanggup keluar dari 'comfort zone'  demi agama Islam. Baginda Rasulullah s.a.w pernah menyatakan bahawa sesiapa yang mahu melihat syahi yang masih berjalan di atas muka bumi ini, tengok Talhah bin Ubaidillah r.a. 
  6. ZUBAIR BIN AWWAM R.A. : merupakan sahabat, sepupu (ibunya ialah kakak ayah Nabi s.a.w.), anak saudara Khadijah r.a. dan juga merupakan biras Nabi s.a.w kerana isterinya ialah Asma binti Abu Bakar iaitu kakak kepada Aisyah r.a. 
  7. ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH R.A. : dalam peperangan Badar, Abu Ubaidah terpaksa membunuh ayahnya sendiri yang tidak henti-henti menghalangnya dan merupakan musuh umat Islam ketika itu. 
  8. SA'AD BIN ABI WAQQAS R.A.:  beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah dan RasulNya. Ibunya yang masih kafir mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur namun beliau enggan mematuhi kehendak ibunya. Beliau adalah merupakan orang pertama yang melepaskan anak panah dalam peperangan. 
  9. SA'ID BIN ZAID R.A. : Adik ipar kepada Umar Al-Khattab. Beliau bersama isterinya Fatimah Al-Khattab pernah dipukul oleh Umar Al-Khattab yang ketika itu belum Islam dan akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendengar bacaan Al Quran dari adiknya. 
  10. ABDUL RAHMAD BIN AUF R.A : seorang ahli perniagaan yang hebat dan sangat kaya raya. Namun semua kekayaannya digunakan untuk jalan Allah. Beliau juga tidak terlepas satu peperangan bersama Rasulullah s.a.w. malah setelah Rasulullah s.a.w wafat, beliau menanggung segala perbelanjaan hidup para isteri Rasulullah s.a.w.
23 September 2019 : 8.35 pm

No comments: