Review tentang lagu M Nasir bertajuk Tanya sama itu hud-hud , Apa maksud tersirat dan apa makna tersirat dan nasihat yang ada dalam lagu ini . Dah Lama aku nak wat posting pasal lagu ni tapi asyik terlupa je. Jadi malam yang indah ini sesuai la tuk aku review pasal lagu dari genius muzik, m nasir yang banyak lagu dia berunsurkan tassawuf dan erti mengenal diri .
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Rangkap pertama dalam lagu ini , di inspirasikan dari hadith baginda Rasullah S.A.W tentang umat islam di akhir zaman yang akan terbahagi kepada 73 Golongan dari dari kesemua golongan itu hanya ada satu golongan yang akan terselamat , 1 golongan itu adalah golongan Ahli Sunah Waljamaah.
“Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari Ahlul Kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Sesungguhnya (ummat) agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan hanya satu golongan di dalam Surga, yaitu al-Jama’ah.”
[HR. Abu Dawud (no. 4597), Ahmad (IV/102), al-Hakim (I/128), ad-Darimi (II/241), al-Ajurri dalam asy-Syarii’ah, al-Lalikai dalam as-Sunnah (I/113 no. 150). Dishahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh Imam adz-Dzahabi dari Mu’a-wiyah bin Abi Sufyan. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan hadits ini shahih masyhur. Dishahihkan oleh Syaikh al-Albani. Lihat Silsilatul Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 203-204)]
Dalam riwayat lain disebutkan:
“Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (yaitu) yang aku dan para Sahabatku berjalan di atasnya.”
[HR. At-Tirmidzi (no. 2641) dan al-Hakim (I/129) dari Sahabat ‘Abdullah bin ‘Amr, dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahiihul Jaami’ (no. 5343). Lihat Dar-ul Irtiyaab ‘an Hadiits maa Anaa ‘alaihi wa Ash-haabii oleh Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, cet. Darur Rayah, th. 1410 H]
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Terdapat Syair parsi tulisan Farid Ud-Din Attar bertajuk Musyawarah Burung (Mantiq Al-tayr). Dalam syair tersebut beribu-ribu burung terbang mencari raja segala burung iaitu Raja Simurah. Daripada beribu burung tersebut hanya 30 sahaja yang berjaya sampai . Lagi detail tentang syair ini klik ---- > FARIDU'DDIN ATTAR - Musyawarah Burung (Mantiqu't-Thair)
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Algojo berasal dari perkataan portugis , algoz , Algojo ini tugasnya adalah bertangungjawab untuk menjalankan hukuman mati kepada pesalah . Secara halusnya algojo ini adalah tugasnya pencabut nyawa . Mungkin di gambarkan sebagai Malaikat Maut.
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Rangkap yang senang dan mudah . melihat dunia dengan lebih terbuka atau masih melihat dalam keadaan terkurung mana satu menjadi pilihan kita.
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Dalam setiap kekalutan dalam masyarakat, manusia mencipta satu peraturan tapi peraturan itu kadangkala hanya mencipta banyak lagi masalah , peraturan yang manusia cipta tak sempurna .
Pada Zaman Jahilliyah , Rasullullah mengajar islam dan keindahannya pada orang-orang jahilliyah . Sistem ajaran dari Rasullullah sangat sempurna berpandukan Al-quran dan Al-hadis dari segi politik sehingga la kepada kehidupan harian . Tetapi pada hari ini banyak sistem dan peraturan telah di ubah mengikut kesesuaian yang kebanyakannya dapat kita lihat tidak seimbang dan sempurna.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Di saat nyawa kita dicabut sempatkah kita untuk mengucap kalimah yang sebenar.
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
Lang mensilang Kui mengsikui , aku tak berapa pasti apa maksud ayat ini , tetapi dalam sebutan cina Nang bo ti nang kui bo ti kui membawa maksud Orang bukan orang , Hantu bukan Hantu . Orang-orang dulu cakap terlalu jahat , hati serupa batu . part tanya sama itu hud hud mungkin termasuk dalam syair parsi FARIDU'DDIN ATTAR - Musyawarah Burung (Mantiqu't-Thair)
Sumber rujukan:
23.7.2019: 2.08 pm
4 comments:
Mohon share...tuan
Silakan...
Sepatut nyer bkn lang boh ti nang,tapi ialah Lang mm si lang,kui mm si kui....bahasa cina hokkien...maksudnyer org pun bkn,hantu pun bukanππππ
Kesah bgm pencatat ayat Nabi Sulaiman memindah Kan istana balqis dalam sekelip mata yg menukilkan ayat dari keajaipan pandangan kita.
Post a Comment