Thursday, 30 October 2025

NOTA ILMU: TAMADUN EROPAH (2)

  • Albigensian Crusade: Perang yang berlaku antara Gereja Katolik dengan golongan bidaah di selatan Perancis selama 20 tahun (1209-1229) dilancarkan oleh Paus Innocent III. 
  • Anaxagoras: orang Yunani pertama menyatakan bahawa bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi memantulkan cahaya daripada matahari. 
  • Andrew II: Raja Hungary & Crotia, dikenali sebagai Andrew of Jerusalem - menyertai Perang Salib Kelima dari 1217-1221). 
  • Aristarchus: orang pertama di Yunani yang menyatakan bumi mengelilingi Matahari. 
  • Aristotle: Anak murid Plato - guru kepada Alexander The Great. 
  • Bohemand of Taranto: seorang pemimpin Perang Salib Pertama, mengetuai kontinjen Norman.
  • Catharism: ajaran yang muncul sekitar abad ke-11 dan 12 di Perancis, mempunyai persamaan dengan ajaran Bogomils di Bulgaria. Ajaran ini mengajak penganutnya menjalani hidup sebagaimana para Rasul Kristian suatu masa dahulu. 
  • Charles Martel: Pemerintah de facto bagi Kerajaan Frank (718-741) - bertanggungjawab menghalang tentera Islam yang dipimpin oleh Abdul Rahman al-Ghafiri daripada terus mara di Eropah. 
  • Conrad III: Raja Jerman yang mengetuai tentera Jerman dalam Perang Salib Kedua (1145-1149).
  • Constantine I (306-337) : memberikan nama kota Byzantium dengan nama baru iaitu Constantinople (sekarang Istanbul di Turkey). Maharaja Rom yang pertama menganut ajaran Kristian. 
  • Diocletianus: Maharaja Rom ke 51 (284-312). Beliaulah yang telah membahagikan Rom Barat dan Rom Timur (Byzantine).
  • Dodekatheon: 12 dewa utama Yunani yang tinggal di puncak Gunung Olympus:
    1. Zeus - atau Jupiter dalam mitologi Rom, pemimpin dewa Yunani.
    2. Hera - atau Juno (mitologi Rom) Dewi Perkahwinan, isteri Zeus
    3. Hades - atau Pluto dalam mitologi Rom - penguasa Alam Kematian.
    4. Apollo - anak kepada Zeus dan Leto - dewa muzik, dewa penyembuh, dewa kebenaran dan dewa cahaya.
    5. Poseidon - atau Neptune dalam mitologi Rom : penguasa lautan.
    6. Hermes - atau Mercury dalam mitologi Rom : anak Zeus dan Maia - dewa utusan Zeus. 
    7. Hephaestus - atau Vulkan (mitologi Rom) - anak pertama Zeus dan Hera yang menjadi dewa api, tukang kayu, penempa besi dan ahli senjata. 
    8. Aphrodite - atau Venus (Mitologi Rom) : dewi cinta, keindahan dan keinginan. 
    9. Athena - atau Minerva (Mitologi Rom) : dewi yang mempunyai senjata dan mengajari pahlawan Yunani berperang. 
    10. Artemis : atau Diana dalam Mitologi Rom - dewi pemburu.
    11. Demeter : atau Ceres dalam mitologi Rom - dewi pertanian dan kesuburan
    12. Hestia : atau Vesta dalam mitologi Rom - dewi pelindungan rumah, pelindung keluarga dan dewi perapian.
    13. Asclepius: atau Vejovis dalam mitologi Rom - dewa perubatan. 
  • Frederick Barbarossa: Pemimpin tentera Jerman dalam Perang Salib Ketiga (1189-1192). 
  • Godfrey of Bouillon: seorang pemimpin terkemuka Perang Salib pertama, dan pemerintah pertama Kerajaan Jerusalem dari tahun 1099 hingga 1100.
  • Henry Navarre: Raja Perancis pertama di Dinasti Bourbon  dengan gelaran Henry IV. 
  • Heraclitus: Ahli falsafah Yunani - mengembangkan bidang logik. 
  • Hippocrates: Bapa Perubatan berasal dari Yunani.
  • John of Brienne: Raja Jerusalem (1210-12225) - menyertai Perang Salib Kelima (1217-1221).
  • Leopold VI : dikenali juga sebagai Leopold the Glorious - Duke of Austria yang menyertai Perang Salib Kelima (1217-1221). 
  • Louis IX: Raja Perancis (1226-1270) : menyertai Perang Salib Ketujuh (1248-1254) dan juga melancarkan Perang Salib Kelapan (1270).  
  • Louis VII : Raja Perancis yang mengetuai tentera Perancis dalam Perang Salib Kedua (1145-1149). 
  • Peter The Hermit: menjelajah ke beberapa negara seperti Perancis, Jerman dan Belgium untuk menyampaikan seruannya supaya orang Kristian bangkit menentang Islam. 
  • Petrus: salah seorang daripada 12 orang pengikut utama Jesus dan juga Pope yang pertama. 
  • Philip II : Raja Perancis yang memimpin tentera Perancis dalam Perang Salib Ketiga (1189-1192).
  • Plato : Pengarang 'Republica" - menghuraikan mengenai kebahagiaan hidup akan dicapai apabila masyarakat bekerja dengan benda yang dia minat. 
  • Pontius Pilatus: Gabenor Rom yang bertanggungjawab menjatuhkan hukuman salib kepada Jesus
  • Pope Alexander II: pada 1063, telah memberi restu kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap orang Islam.
  • Pope Eugenius III: Ketua Gereja Katolik (1145-1153), sebagai tindak balas kepada kejatuhan Edessa kepada orang Islam pada tahun 1144, beliau mengisytiharkan Perang Salib Kedua.
  • Pope Gregorius XIII: menetapkan sistem kalendar Gregorian bagi menggantikan kalendar Julian, disempurnakan pada tahun 1582. 
  • Pope Innocent III: Selepas kegagalan Perang Salib Keempat, Paus Innocent III sekali lagi menyerukan perang salib Kelima. 
  • Pope Urban II: ketua Gereja Katolik, yang dikenali kerana mengadakan Majlis Clermont yang mencetuskan siri ekspedisi ketenteraan Katolik yang dikenali sebagai Perang Salib.
  • Pytagoras: Ilmuan Yunani - orang pertama yang mengatakan bumi ini bulat. 
  • Raymond IV of Tolouse: salah seorang pemimpin Perang Salib pertama dari tahun 1096 hingga 1099.
  • Reynald Lombardy: Panglima Pasukan Salib yang memimpin askar Jerman dan Itali menyerang kubu di Nicea. 
  • Richard I @ Richard the Lion Heart: Pemimpin tentera Inggeris dalam Perang Salib Ketiga (1189-1192). 
  • Robert Curthose: Pada tahun 1096, beliau membentuk sebuah tentera dan meninggalkan Normandy untuk menyertai Perang Salib Pertama bagi membantu Empayar Byzantine menentang Turki Seljuk.
  • Robert II, Count of Flanders : juga dikenali sebagai Robert The Crusader sempena jasa-jasanya dalam Perang Salib Pertama.
  • Romulus Augustulus: Maharaja Rom Barat (475-476) - Maharaja terakhir ketika kejatuhan Empayar Rom Barat. 
  • Snorri Thorfinnsson: orang Eropah pertama yang lahir di Amerika Utara. 
  • Socrates: ahli falsafah Yunani - mengajak manusia untuk membezakan yang baik dan buruk. 
  • Stephen Henry, Count of Blois: (1045-1102): mengetuai tentera semasa Perang Salib Pertama, berada di penyerahan kota Nicaea. Dia ditangkap dalam Pertempuran Ramia dan dihukum mati.
  • Thales: ahli matematik dan Astronomi Yunani - berjaya mengira gerhana, tinggi piramid dan bayangannya.
  • Theodosius I: Maharaja Rom yang telah menghentikan Pertandingan Sukan Olimpik pada tahun 391, kerana dikatakan sebagai sukan yang tidak beragama atau pagan. Beliau juga telah menerima Agama Kristian Triniti sebagai agama Rasmi Rom pada 27 Februari 380. 
  • Yohannes Pembaptis : dalam agama Islam, ianya adalah merujuk kepada Nabi Yahya bin Nabi Zakaria. 
Updated:
31/10/2025: 11.34 p.m

No comments: