Wednesday, 8 October 2025

NOTA ILMU: NASIHAT , PEDOMAN DAN PANDUAN HIDUP

  • Orang yang paling bodoh dan lemah akal adalah orang yang paling bangga dengan kesempurnaan akalnya. 
  • Zikir dan fikir merupakan pasangan yang dapat membukakan hati manusia untuk menerima ayat-ayat Allah.
  • Mengingat mati merupakan kemudahan penyucian jiwa.
ILMU
  • Orang yang mulia dan terhormat dalam pandangan manusia ialah orang yang berilmu serta beramal. 
  • Memuliakan manusia hendaklah dilakukan kerana kebaikan dan ilmunya, bukan kerana harta kekayaannya. Orang yang memuliakan harta kekayaan bererti dia menghina ilmu dan kebaikan. 
  • Ilmu dapat dihasilkan dengan menghormati orang yang berilmu. 
  • Beribadat tanpa ilmu adalah sia-sia kerana ilmu adalah punca kepada segala perbuatan. Beribadat tanpa dibekalkan dengan ilmu, ilmu tersebut akan lenyap bagaikan debu ditiup angin. 
  • Orang yang berilmu tidak akan mudah dengan tertipu dan sebaliknya orang yang tidak berilmu begitu mudah tertipu dan terpedaya.
  • Ilmu yang paling pertama diangkat dari bumi adalah kekhusyukan. (HR at-Tabrani). 
  • Dosa orang berilmu yang melakukan maksiat lebih besar daripada dosa orang bodoh kerana tergelincirannya itu diikuti oleh ramai orang sehingga mereka semua turut tergelincir. 
DUNIA
  • Hasanah Dunia : kecemerlangan di dunia
  • Hasanah Akhirat: Kecemerlangan di akhirat. 
  • Cinta Dunia: mencintai dunia melebihi keperluan asasi yang diperlukan. 
  • Cinta Dunia adalah kegelapan, sementara lampu penerangnya adalah takwa. 
  • Cinta Dunia menjadi pangkal segala kesalahan, benci kepada dunia menjadi pangkal segala kebaikan. 
  • Dunia hanyalah jangka panjang yang pendek, Jangka panjang yang panjang hakikatnya di akhirat. 
  • Kecemerlangan di akhirat ditentukan oleh kecemerlangan kita di dunia. Di dunia kita menanam, di akhirat kita menuai. Hasanah dunia itu indikator atau petunjuk kepada hasanah akhirat. 
  • Dunia itu penting bagi orang yang mementingkan akhirat. Kerana dunia adalah modal dalam perniagaan untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat. Dunia adalah tanaman untuk akhirat. 
  • Akhirat itu tujuan dengan dunia sebagai jalan. 
  • Dunia itu adalah penjara kepada orang Mukmin, dan syurga buat orang kafir. 
  • Dunia itu adalah nikmat, akhirat adalah hakikat. Kita perlu gunakan nikmat dunia untuk mendapat nikmat yang lebih besar lebih kekal abadi lagi di akhirat. 
NAFSU
  • Musuhmu yang paling berbahaya adalah nafsu yang ada dalam dirimu.  
  • Orang yang akalnya menjadi pemimpin dan hawa nafsunya menjadi tawanan, dialah orang yang beruntung. 
  • Orang yang nafsunya menjadi pemimpin dan akalnya menjadi tawanan adalah orang yang sangat celaka. 
  • Hawa nafsu tidak akan memimpin kita ke arah kebaikan, sebaliknya membawa kita ke jalan yang sesat. Ia akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah s.w.t.
  • Memerangi dan mengendalikan hawa nafsu adalah yang paling sukar. Nafsu juga mempunyai manfaat selagi mana nafsu tersebut tidak mengalahkan dan mengendalikan akal kita. 
  • Jika tidak mungkin mematikan hawa nafsu, jangan membiarkannya sehingga ia mengendalikannya, manusia tidak mungkin hidup tanpa hawa nafsu. 

Rujukan:

    1. Muhammad Al-Nawawi : Nasaihul Ibad (Nasihat Buat Hamba Allah).
    2. Imam Al-Ghazali : Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali
    Hj Zulheimy Maamor
    9 Oktober 2025: 12.36 p.m

    No comments: