Friday, 24 October 2025

NASIHAT BUAT DIRI: DIAM-DIAM UBI BERISI, DIAM-DIAM BESI BERKARAT


NASIHAT BUAT DIRI YANG SERING LUPA......
"Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat....."
Diam-diam ubi berisi: A quiet person who is secretly accumulating knowledge or skills.
Diam-diam besi berkarat: A quiet person who is simply wasting their time, like iron left to rust.
Diam orang berilmu berfikir, tetapi diam orang bodoh sia-sia sahaja.
Diam itu biarlah bertempat... bukan DIAM saja-saja....
Begitu juga Pandai dan Bodoh, biar bertempat....
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh....
Maksud: Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan, tetapi orang yang bodoh yang suka bertanya selalu mendapat kejayaan....
‘Bila orang-orang bodoh bercakap dengan kamu, maka hendaklah kamu diam kerana sebaik-baik jawapan kepada orang bodoh adalah diam.’
- IMAM SHAFIE
Kalau boleh... kita nak elak jumpa orang yang Pandai tak boleh di ikut..... Bodoh tak boleh di ajar..... orang macam ini tak boleh di bawa berbincang.....
Pandai atau bodoh itu biarlah bertempat.......
Sebenarnya dunia ini kalau tak ada orang bodoh, susah juga
😁😁😁
Kalau dalam dunia ini semua orang pandai, tak ada orang bodoh, komputer pun tak laku, sebab semua orang otak komputer.... tak perlu google.... petik je ... jawapan dah tersedia dalam kepala otak...
Tidak orang yang boleh diangkat jadi pemimpin... sebab semuanya pandai-pandai belaka.... tidak ada orang yang boleh dikencing.... itulah sebab orang bodoh diperlukan juga.... yang akan ikut apa saja dia kata dan mengiyakan apa saja dia buat walaupun salah...
Tapi tak semua orang pandai tu .... pandai dalam semua perkara.....
Seorang peguam yang bijak berhujah di Mahkamah, belum tentu pandai tukar tayar yang bocor..... seorang doktor yang hebat dalam bidang perubatan, belum tentu pandai repair atap yang bocor... kena juga panggil tukangnya....
Seorang ahli politik yang pandai menipu dalam semua perkara... sudah PASTI dia tidak dapat menipu ALLAH... yang MAHA MENGETAHUI segala-galanya....
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...sesiapa pun yang bijak atau mahir melakukan sesuatu, pasti akan ada silapnya juga pada suatu hari nanti.
**You can manage to hide whatever you are doing now, but eventually, one day it will be exposed.
Kalau dunia ini semuanya orang pandai-pandai tak ada orang bodoh.... dunia akan huru hara.... sebab masing-masing nak tunjuk siapa terpaling pandai....
Susah juga kan.... kalau pandai yang boleh di ikut dan dicontohi ...takpelah juga.... takut jenis yang pandai dia jenis yang memandai-mandai je.....
Jika kita rasa diri kita bodoh yang mana kita sendiri tidak sedar yang kita bodoh, bawalah bermuhasabah diri.
Akhir sekali, jika pandai jadilah pandai yang boleh diikut, jika bodoh pula, jadilah bodoh yang bersedia diajar dan diperbetulkan.

Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, K.L
23 Oktober 2025: 3.59 p.m

No comments: