Monday, 20 October 2025

NOTA ILMU: AL QURAN

AL QURAN

  1. Mengandungi 6,236 ayat, 77437 kata dan 320670 huruf dan terdiri daripada 114 surah, 30 Juzuk, 60 Hizb.
  2. Diturunkan pada 17 Ramadan, selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari di Mekkah (Surah Makkiyyah) dan Madinah (Surah Madaniyyah)
  3. Makkiyyah : Ayat dan surah yang diturunkan sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah. Terdiri daripada 86 surah.
  4. Madaniyyah : Ayat dan surah yang diturunkan setelah hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah. Terdiri daripada 28 surah.
  5. Setiap surah dimulai dengan kalimah Bismillah kecuali surah At-Taubah, manakala surah An-Naml mengandungi 2 Basmalah
  6. Surah yang terpanjang adalah surah Al-Baqarah (286 ayat) dan yang terpendek adalah surah Al-Kautsar (3 ayat). 
  7. Huruf Muqathaiah: terdapat 29 surah dimulakan dengan Huruf MUqatuahiah (Thahaa, Yaa Sin, Shad, Qhaf, Alif Lam Miin dan lain-lain).
  8. Terdapat 15 surah dalam Al Quran terkandung Ayat Sajadah - dihukum Sunat Muakkad untuk melaksanakan Sujud Tilawah ketika sampai pada bacaan ayat tersebut. 
  9. Nabi Musa a.s adalah nama yang paling banyak disebut, manakala Maryam adalah satu-satunya nama wanita yang disebut didalam Al Quran. 
  10. Al Quran pertama dicetak secara lengkap adalah di Hamburg, Jerman adalah pada tahun 1694 M (1106 H) oleh orientalis Protestan bernama Abraham Hinckelmann. Cetakan ini merupakan edisi pertama yang mencetak Al-Quran secara keseluruhan di Eropah, dan ia dilengkapi dengan tanda baca serta penomoran ayat buat pertama kalinya, walaupun tanpa terjemahan, dan hanya disertakan kata pengantar berbahasa Latin.  
  11. Senarai Ayat-Ayat Ruqyah

1. SURAH AL FATIHAH (PEMBUKAAN)

  • Diturunkan di Mekkah - terdiri dari 7 ayat.
  • Disebut "7 yang diulang-ulang" (Sab'an minal matsaani) dalam surah al-Hijr ayat 87. Surah inilah yang ketujuh ayatnya yang diulang-ulangi bacaan dalam tiap-tiap rakaat solat. 
  • Dinamakan Ummul Kitab (ibu dari seluruh isi Al Quran).
  • Surah lengkap yang mula-mula sekali turun di Mekkah
  • Solat tidak sah jika tidak membaca surah Al Fatihah
  • Seluruh Al Quran tersimpul dalam Surah AL Fatihah. 
2. AL-BAQARAH (LEMBU BETINA)
  • Surah yang paling panjang dalam Al Quran terdiri daripada 286 ayat
  • Ayat Ruqyah: 1-5, 102, 163-164, 255, 285-286
  • Ayat 61: 5 jenis makanan - Sayur, mentimun, bawang putih, adas (kacang dal) dan Bawang Merah. 
  • Ayat 67-74): Al-Baqarah bererti "Lembu Betina" - kisah Bani Israil disuruh oleh Nabi Musa a.s mencari seekor lembu betina untuk di sembelih.
  • Ayat 127:Doa agar amal baik diterima Allah. 
  • Ayat 128: Doa untuk anak cucu
  • Ayat 156: "Innalillahi wainna illaihi rajiun" (Kalimat Istirja)
  • Ayar 186: Allah berbicara mengenai diri-NYA. 
  • Ayat 201: Doa kebaikan dunia dan akhirat.
  • Ayat 250: Doa menghadapi orang kafir
  • Ayat 255 : Ayat Kursi - seutama-utama ayat dalam Al Quran, luasnya kursi Allah (IlmuNya dan Kekuasaan-Nya). Wirid selepas solat.
  • Ayat 282: ayat terpanjang sekali dalam Al Quran.
  • Ayat 284-286: wirid dalam solat (3 ayat terakhir)
3. AL-IMRAN (KELUARGA IMRAN)
  • Diturunkan seluruhnya di Madinah (Madaniyyah)
  • Terdiri daripada 200 ayat
  • Berkaitan dengan Keluarga Imran, Imran adalah bapa kepada Maryam, iaitu Ibu kepada Nabi Isa a.s. 
  • Ayat 8: Doa pengukuh Hati.
  • Ayat 9: Doa selamat pada hari Kiamat
  • Ayat 16: Doa agar diampunkan dosa dan dijauhi siksa neraka. 
  • Ayat 18 & 19: Wirid selepas solat / Ayat Ruqyah
  • Ayat 26-27: Wirid selepas Solat.
  • Ayat 38: Doa dikurniakan anak yang baik. 
  • Ayat 147: Doa ampunkan dosa
  • Ayat 173: "wa qaalụ ḥasbunallaahu wa ni’mal-wakiil"
  • Ayat 191-194: Doa agar diampuni dosa. 
  • Khasiat Surah Al-Imran
4. SURAH AN-NISA' (WANITA)
  • Terdiri dari 176 ayat - Madaniyyah
  • Cuma ayat 57 diturunkan di Mekkah
5. AL-MAAIDAH (HIDANGAN)
  • Terdiri dari 120 ayat - Madaniyyah
  • Surah yang paling akhir diturunkan di Madinah
  • Ayat 3: ayat yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w
  • Ayat 6: Tatacara Wudhuk.
  • Diturunkan ketika Haji Wada'
  • Al-Maaidah bererti Hidangan, diambil dari kisah Hawary memohon kepada Nabi Isa a.s agar beliau memohon kepada Allah hidangan dari langit. 
  • Ayat 83: Doa agar diakui umat Nabi Muhammad s.a.w
6. AL-AN'AM (BINATANG TERNAKAN)
  • Terdiri dari 165 ayat - Makkiyyah
  • Dimulai dengan Alhamdulillah. 
  • Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sekaligus dalam satu malam diiringi 7,000 malaikat sambil bertasbih, menurut riwayat yang mu'tamal. 
  • Ayat 136-139 & 142 : mengenai binatang ternakan.
7. AL-A'RAF (TEMPAT TERTINGGI)
  • Terdiri dri 206 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 23: Doa agar diampuni dari perbuatan aniaya. 
  • Ayat 46 & 48 : Merujuk kepada Tembok Al'Araf - tempat tertinggi di antara syurga dan neraka. 
  • Ayat 47: Doa agar tidak ditempatkan bersama orang-orang yang zalim. 
  • Ayat 126: Doa agar diberi kesabaran & kepasrahan.
  • Ayat 151: Doa untuk saudara kita
  • Ayat Ruqyah: 54-56, 117-122
8. AL-ANFAL (HARTAM RAMPASAN PERANG)
  • Terdiri dari 75 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 1: merujuk kepada persilihan Harta Rampasan Perang (Ghanimah). 
  • Ayat 40: "Nikmal maula wanikmal Nasiir" - Allah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik Penolong. 
9.  AT-TAUBAH (TAUBAT)
  • Terdiri dari 129 ayat - Madaniyyah
  • Surah ini tidak dimulakan dengan 'Bismillah' kerana banyak menerangkan tentang kaum munafik dan kafir.
  • Terkenal dengan 2 nama : Al-Baraah & At-Taibah
  • Turun sesudah penaklukan Mekkah, menjelang peperangan Tabuk. 
  • Ayat 14: As-Syifa
  • Ayat 51: Ayat Munjiyat
  • Ayat 129: Doa Berserah Diri kepada Allah. 
10. YUNUS (NABI YUNUS)
  • Terdiri dari 109 ayat - Makkiyyah
  • Dimulai dengan Alif Lam Ra. 
  • Ayat 10 : Penutup Doa .
  • Ayat 57: As-Syifa
  • Ayat 81-82: Ayat Ruqyah
  • Ayat 85-86: Doa dijauhkan dari fitnah dan dirahmati Allah. 
  • Ayat 88: Doa agar dibinasakan musuh yang zalim.
  • Ayat 107: Ayat Munjiyat.
11. HUD (NABI HUD)
  • Mengandungi 123 ayat - Makkiyyah
  • Diturunkan pada 'Amn Huzn' (Tahun Kesedihan) iaitu kemangkatan Abu Talib dan Siti Khadijah. 
  • Ayat 6 & 56: Ayat Munjiyat
  • Ayat 44: Bahtera Nabi Nuh a.s. terdapatdi Bukit Judi.
  • Ayat 47: Doa agar diampuni kesalahan dan mendapat belas kasihan dari Allah.
  • Ayat 50-60: kisah perjuangan Nabi Hud a.s.
12. YUSUF (NABI YUSUF)
  • Mengandungi 111 ayat - Makkiyyah
  • Satu-satunya surah yang menceritakan kisah lengkap seorang Nabi iaitu Nabi Yusuf a.s. 
  • Ayat 33: Doa terhindar dari tipu daya wanita. 
  • Ayat 101 : Doa agar mati dalam Islam.
13. AR-RA'D (GURUH)
  • Mengandungi 43 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 13: Guruh dan Malaikat bertasbih memuji Malaikat
14. IBRAHIM (NABI IBRAHIM)
  • Mengandungi 52 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 35-40 : kisah Nabi Ibrahim a.s.
  • Ayat 38-41: Doa dikurniakan zuriat yang soleh dan doa keampunan bagi ibu bapa. 
15. AL-HIJR (PENDUDUK KOTA HIJR)
  • Mengandungi 99 ayat -Makkiyyah
  • Ayat 80 - 84: Penduduk Al-Hijr
16. AN-NAHL (LEBAH)
  • Mengandungi 128 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 68: Allah memberi ilham kepada Lebah untuk membina sarangnya. 
  • Ayat 69:As-Syifa
17. AL-ISRA' (PERJALANAN NABI DARI MASJIDILHARAM KE MASJIDIL AQSA
  • Mengandungi 111 ayat - Makkiyyah
  • Dinamakan juga Surah Bani Israil (ayat 2-8) - suka duka kaum Bani Israil.
  • Ayat 24: Doa untuk kedua orang tua.
  • Ayat 78 : Solat 5 waktu
  • Ayat 82: As-Syifa
18. AL-KAHFI (GUA)
  • Mengandungi 110 ayat - Makkiyyah
  • Kisah pemuda yang bersembunyi dalam Gua dari pemerintahan yang zalim. 
  • Ayat 10: Doa agar mendapat petunjuk yang sempurna. 
  • Ayat 19 : adalah pertengahan Al Quran pada lafaz "Walyatalattaf"
  • Membaca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir - menyelamatkan kita dari fitnah Dajjal
  • Khasiat Surah Al-Kahfi
19. MARYAM 
  • Mengandungi 98 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 4-6: Doa agar dikurniakan anak meskipun isteri mandul.
  • Maryam bt Imran ialah ibu Nabi Isa a.s - satu-satunya wanita yang disebut namanya didalam Al Quran.
20. TAHAA
  • Mengandungi 135 ayat - Makkiyyah
  • Tahaa adalah salah satu nama Nabi Muhammad s.a.w
  • Umar Al-Khattab memeluk Islam setelah mendengar bacaan surah ini oleh adik perempuannya
  • Ayat 25-35: Doa dilapangkan dada yang dibaca oleh Nabi Musa a.s.
  • Ayat 69: Ayat Ruqyah
  • Ayat 114: Doa agar bertambah ilmu.
21. AL-ANBIYAK (NABI-NABI)
  • Mengandungi 112 ayat - Makkiyyah
  • Nama 17 Nabi-Nabi disebut dalam surah ini.
  • Ayat 83: Doa kesembuhan
  • Ayat 87 : Doa Nabi Yunus 
  • Ayat 89: Doa agar dikurniakan anak. 
  • Ayat 112: Doa agar diberi keputusan yang adil. 
22. AL-HAJJ (IBADAH HAJI)
  • Mengandungi 78 ayat  - Madaniyyah
  • Ayat 27 : seruan mengerjakan Haji
  • Ayat 18 & 77 : terdapat Dua Ayat Sajdah 
23. AL-MUKMINUN (ORANG YANG BERIMAN)
  • Mengandungi 118 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 20 : khasiat pokok Zaitun
  • Ayat 26 : Doa mohon pertolongan Allah.
  • Ayat 28-29: Doa syukur kerana lepas dari kezaliman dan agar ditempatkan ditempat yang baik. 
  • Ayat 39: Doa mohon pertolongan Allah. 
  • Ayat 93-94: Doa agar terhindar dari bencana/fitnah. 
  • Ayat 97-98: Doa agar dilindungi dari gangguan syaitan. 
  • Ayat 109:Doa mohon limpahan rahmat dan ampunan. 
  • Ayat 115-118: Ayat Ruqyah
  • Ayat 118: Doa mohon limpahan rahmat dan ampunan.
24. AN-NUUR (CAHAYA)
  • Mengandungi 64 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 16: Doa ketika mendengar berita bohong.
  • Ayat 31: Ayat Hijab (Aurat Wanita)
  • Ayat 35: Allah adalah cahaya dari langit dan bumi. 
25. AL-FURQAN (PEMBEZA)
  • Mengandungi 77 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 65-66: Doa di jauhkan azab seksaan.
  • Ayat 74: Doa agar isteri dan anak menjadi penyejuk hati dan menjadi pemimpin bagi orang yang bertakwa. 
26. ASY-SYU'ARA (PARA PENYAIR)
  • Mengandungi 227 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 80: As-Syifa
  • Ayat 83-889: Doa diberi Ilmu Pengetahuan & ampunan untuk ibu ayah/agar selamat pada hari kebangkitan. 
  • Ayat 117-118: Doa agar selamat dari bahaya. 
  • Ayat 169: Doa keselamatan diri dan keluarga. 
  • Ayat 224 - 227 : Ahli-Ahli Syair
27. AN-NAML (SEMUT)
  • Mengandungi 93 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 15 & 19: Doa syukur nikmat.
  • Ayat 18-19 : Kisah semut dan Nabi Sulaiman a.s. - Semut adalah serangga yang hidupnya teratur melebihi serangga lain
  • Ayat 30: Surah yang memiliki 2 'Basmallah'.
  • Ayat 59: Doa syukur kerana selamat dari bahaya.
28. AL-QASAS (CERITA-CERITA)
  • Mengandungi 88 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 16: Doa agar diampuni dari kekhilafan. 
  • Ayat 21-22: Doa agar selamat dari kejahatan orang yang zalim / Doa mohon petunjuk. 
  • Ayat 24:  Doa agar mendapat kebaikan dari amal yang baik.  
  • Ayat 25: kalimah Al-Qashash
  • Surah yang menceritakan secara terperinci kisah Nabi Musa a.s dari sejak lahir sehinggalah dilantik menjadi Rasul
  • Ayat 76-82:Kisah Qarun - lahirnya perkataan 'Harta Karun".
29. AL-ANKABUT (LABAH-LABAH)
  • Mengandungi 69 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 30: Doa agar terhindar dari bahaya homoseks.
  • Ayat 41: Perumpaan Labah-Labah
  • Ayat 60: Ayat Munjiyat
30. AR-RUUM (BANGSA ROM)
  • Mengandungi 60 ayat - Makkiyyah (kecuali ayat 17 diturunkan di Madinah).
  • Ayat 2: Orang Rom telah dikalahkan. 
  • Surah yang terakhir diturunkan di Mekkah
31. LUQMAN
  • Mengandungi 34 ayat - Makkiyyah
  • Kisah lelaki bernama Luqman mendidik anak-anaknya. 
32. AS-SAJDAH (SUJUD)
  • Mengandungi 30 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 15: terdapat kalimah sujud.
33. AL-AHZAB (GOLONGAN YANG BERSEKUTU)
  • Mengandungi 73 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 7 : Nama 5 Nabi Ulul Azmi disebut
  • Ayat 37: Zaid bin Haritshah - satu-satunya nama sahabat Nabi s.a.w yang namanya disebut didalam Al Quran.
34. SABA' (KAUM SABA')
  • Terdiri dari 54 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 15-19 : Kisah Kaum Saba' di Yaman.
  • Terdapat kisah Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Balqis
35. FATHIIR (PENCIPTA)
  • Terdiri dari 45 ayat - Makkiyyah
  • Dinamakan Surah Faatir yang membawa maksud "Pencipta" kerana dalam ayat yang pertama surah ini, Allah SWT menegaskan kekuasaanNya sebagai sang Pencipta yang menjadikan seluruh makhluk menurut bentuk yang dikehendakiNya.
  • Ayat 2: Ayat Munjiyat
  • Ayat 34: Zikir dan Doa Ahli syurga.
36. YAASIN
  • Terdiri dari 83 ayat - Makkiyyah
  • Dinamakan Yaasin kerana dimulai dengan huruf Yaasin.
  • Terkenal dengan nama Jantung Al Quran
  • Fadilat SurahYasin
37. AS-SAAFFAT (YANG BERSAF-SAF)
  • Terdiri dari 182 ayat - Makkiyyah
  • Bersaf-saf adalah Malaikat yang berbaris dengan berderet-deret. 
  • Ayat 1-10: Ayat Ruqyah
  • Ayat 100: Doa mohon dikurniakan anak yang soleh. 
  • Ayat 159: Zikir Subhanallah. 
  • Ayat 180-182: Penutup Doa.
38. SAAD 
  • Terdiri dari 88 ayat - Makkiyyah
  • Dinamai dengan Saad kerana surah ini dimulai dengan huruf 'Shaad'.
39. AZ-ZUMAR (ROMBONGAN-ROMBONGAN)
  • Terdiri dari 75 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 38: Ayat Munjiyat
  • Ayat 71-73 : Rombongan Ahli syurga dan ahli neraka.
40. GHAFIIR / AL-MU'MIN (ORANG YANG BERIMAN)
  • Terdiri dari 85 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 3: Al-Ghafir (yang mengampuni)
  • Ayat 7-9: Doa Malaikat untuk Ahli Taubat. 
  • Ayat 28: Al-Mu'min (orang yg beriman)
41. FUSSILAT (YANG DIJELASKAN)
  • Terdiri dari 54 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 3: Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya.
  • Ayat 12: 7 langit, 7 lapisan bumi, 7 lapisan atmosfera dan 7 benua.
42. ASY-SYURA (MUSYAWARAH)
  • Terdiri dari 53 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 38: amalan bermesyuarat sesama sendiri dalam sesuatu urusan.
43. AZ-ZUKHRUF (PERHIASAN)
  • Terdiri dari 89 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 13-14: Doa dalam kenderaan. 
  • Ayat 35: Perhiasan daripada Emas
  • Ayat 44: As-Syifa
44. AD-DUKHAN (ASAP)
  • Terdiri dari 59 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 10: Ad Dukhaan (Asap/Kabut)
  • Ayat 20: Doa agar dilindungi dari kekejian musuh.
45. AT-JATHIYAH (YANG BERLUTUT)
  • Terdiri dari 37 ayat - Makkiyyah
  • Dinamakan Al-Jasiyah yang bererti Yang Berlutut diambil dari perkataan Jaatsiyah yang terdapat pada ayat 28 surah ini. 
  • Dinamai juga dengan Asy Syariah diambil dari perkataan Syari'ah pada ayat 18 surah ini .
46. AL-AHQAF (BUKIT-BUKIT PASIR)
  • Terdiri dari 35 ayat - Makkiyyah
  • Dinamakan al-Ahqaf yang bererti Bukit-Bukit Pasir diambil dari kata al-Ahqaf yang terdapat pada ayat ke-21 surah ini.
  • Ayat 15: Usia 40 tahun - Doa mensyukuri Nikmat
  • Ayat 29-32: Ayat Ruqyah
47. MUHAMMAD
  • Terdiri dari 38 ayat - Madaniyyah
  • Nama Muhammad sebagai nama surah ini diambil dari perkataan Muhammad yang terdapat pada ayat 2 surah ini.
48. FATH (KEMENANGAN)
  • Terdiri dari 29 ayat - Madaniyyah
  • Dinamakan Al-Fath yang bererti Kemenangan diambil dari perkataan Fat-han yang terdapat pada ayat pertama surah ini. 
49. AL-HUJURAT (KAMAR-KAMAR)
  • Terdiri dari 18 ayat - Madaniyyah
  • Dinamakan Al-Hujurat yang berarti Kamar-Kamar diambil dari perkataan Al-Hujurat yang terdapat pada ayat ke-4 surat ini.
50. QAF
  • Terdiri dari 45 ayat - Makkiyyah
  • Dinamakan Qaf (ق) kerana surah ini dimulai dengan huruf Qaf (ق).
  • Surah ini dinamai juga Al-Basiqat diambil dari perkataan Al-Basiqat yang terdapat pada ayat 10 surah ini.
51. AZ-ZARIYAT (ANGIN YANG MENERBANGKAN)
  • Terdiri dari 60 ayat - Makkiyyah
  • Dinamakan Az-Zariyat yang bererti Angin Yang Menerbangkan diambil dari perkataan Az-Zariyat yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
52. AT-THUR (GUNUNG TURSINA)
  • Terdiri dari 49 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: Demi Gunung Tursina
53. AN-NAJM (BINTANG)
  • Terdiri dari 62 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: Demi Bintang semasa ia menjunam
54. AL-QAMAR (BULAN)
  • Terdiri dari 55 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: Kata Al Qamar - terbelahnya sebagai mukjizat Nabi s.a.w.
  • Ayat 10: Doa bila dizalimi musuh. 
55. AR-RAHMAN (MAHA PEMURAH)
  • Terdiri dari 78 ayat - Makkiyyah
  • Dinamakan Ar-Rahmaan yang bererti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. 
  • Kalimat berulang 31 kali "Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban" (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) yang terletak di akhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.
  • Ayat 33-36: Ayat Ruqyah
56. AL-WAQI'AH (HARI KIAMAT)
  • Terdiri dari 96 ayat - Makkiyyah
  • Dinamakan dengan Al-Waaqi'ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi'ah yang terdapat pada ayat pertama.
57. AL-HADID (BESI)
  • Terdiri dari 29 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 25 : kekuatan dan manfaat besi
58. AL-MUJADALAH (WANITA YANG BERSOAL-JAWAB)
  • Terdiri dari 22 ayat - Madaniyyah
  • Seorang wanita bernama Khaulah binti Tha'labah yang membantah suaminya bernama Aus bin Ash-Shamit yang telah menziharkannya.
59. AL-HASYR (PENGUSIRAN)
  • Terdiri dari 24 ayat - Madaniyyah
  • Pengusiran orang-orang Kafir dari kampung halaman
  • Ayat 10: Doa agar kaum muslimin di ampuni. 
  • Ayat 21-24: Untuk mendapat perlindungan drp Allah - 3 x selepas solat Subuh dan Asar. Dijaga oleh 70,000 Malaikat. (Kitab Amalan Sepanjang Hayat) / Ayat Ruqyah
60. AL-MUMTAHANAH (WANITA YANG DIUJI)
  • Terdiri dari 13 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 5: Doa berserah diri
  • Ayat 10: Wanita-wanita yang diuji keimanan mereka.
61. AS-SAFF (BARISAN)
  • Terdiri dari 14 ayat - Madaniyyah
  • Dinamakan Ash Shaff, kerana pada ayat 4 surat ini terdapat kata Shaffan yang bererti satu barisan.
62. AL-JUMU'AH (HARI JUMAAT)
  • Terdiri dari 11 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 9: Hukum Solat Jumaat
63. AL-MUNAFIQUN (ORANG-ORANG MUNAFIK)
  • Terdiri dari 11 Ayat - Madaniyyah
  • Ayat 1,7 & 9: Ciri-ciri Munafik
64. AT-TAGHABUN (HARI DIPERLIHATKAN SEGALA KESALAHAN)
  • Terdiri dari 18 Ayat - Madaniyyah
  • Nama At-Tagabun diambil dari kata At-Tagabun yang terdapat pada ayat ke 9 yang ertinya hari dinampakkan kesalahan-kesalahan.
65. AT-TALAQ (TALAK)
  • Terdiri dari 12 ayat - Madaniyyah
  • Dinamakan At-Talaq kerana kebanyakan ayat-ayatnya mengenai masalah talak dan yang berhubungan dengan masalah itu.
  • Ayat 2-3: Ayat Seribu Dinar
66. AT-TAHRIM (MENGHARAMKAN)
  • Terdiri dari 12 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 1: terdapat kata Tuharrimu yang berasal dari kata at-Tahrim bererti mengharamkan. 
  • Ayat 8: Doa kesempurnaan iman. 
67. AL-MULK (KERAJAAN)
  • Terdiri dari 30 ayat - Makkiyyah
  • Membacanya menyelamatkan pembacanya dari siksa kubur.
  • Juga disebut At Tabaarak yang bererti Maha Suci. 
  • Wikipedia : kelebihan surah Al Mulk
68. AL-QALAM (PENA)
  • Terdiri dari 52 ayat - Makkiyyah
  • Juga dinamakan surah Nun
  • Ayat 1: Nun, Demi Pena dan apa yang mereka tuliskan.
69. AL-HAQQAH (HARI KIAMAT)
  • Terdiri dari 52 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1-3 : hari kiamat
70.AL-MA'ARIJ (TEMPAT-TEMPAT NAIK
  • Tediri dari 44 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 3: Allah memiliki Al-Ma'arij (tempat-tempat naik).
71. NUH (NABI NUH A.S.)
  • Terdiri dari 28 ayat - Madaniyyah
  • Menceritakan tentang dakwah Nabi Nuh a.s
  • Ayat 26-27: Doa agar seluruh musuh dimusnahkan. 
  • Ayat 28: Doa agar orang yang beriman diampuni.9
72. AL-JIN (JIN)
  • Terdiri dari 28 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: sekumpulan Jin mendengar bacaan Al Quran
  • Ayat 1-9: Ayat Ruqyah
73. AL-MUZZAMMIL (ORANG YANG BERSELIMUT
  • Terdiri dari 20 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1 : Wahai orang-orang yang berselimut.
74. AL-MUDDATHTHIR (ORANG YANG BERSELIMUT)
  • Terdiri dari 56 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: Wahai orang yang berselimut (Nabi Muhammad s.a.w)
75. AL-QIYAMAH (HARI KIAMAT)
  • Terdiri dari 40 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: Al Qiyamah
76. AL-INSAN (MANUSIA)
  • Terdiri dari 31 ayat - Madaniyyah
  • Ayat 1 & 2: Terdapat kata Al-Insaan. 
77. AL-MURSALAT (MALAIKAT YANG DIUTUS)
  • Terdiri dari 50 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: Terdapat perkataan "Wal Mursalati".
78. AN-NABA' (BERITA BESAR)
  • Terdiri dari 40 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 2: terdapat perkataan "Anil Nabail Aaziim"
  • Dinamai juga Amma yatasaa aluun diambil dari perkataan "Amma yatasaa aluun" yang terdapat pada ayat 1 surat ini.
79. AN-NAZIAAT (PARA MALAIKAT YANG MENCABUT)
  • Tediri dari 46 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: perkataan "An Naazi'aat 
80.  ABASA (DIA BERMASAM MUKA)
  • Terdiri dari 42 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1 : Allah menegur Rasulullah s.a.w kerana memalingkan muka dari Ibnu Ummi Maktum yang buta.
81. AT-TAKWIR (MENGGULUNG)
  • Terdiri dari 29 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: Apabila Matahari digulung
82. AL-INFITAR (TERBELAH)
  • Terdiri dari 19 ayat - Makkiyyah
  • Surah Al-Infitar yang dijadikan nama untuk surah ini adalah kata asal dari perkataan Infatarat (terbelah) yang terdapat pada ayat pertama.
83. AL-MUTAFFIFIN (ORANG YANG CURANG)
  • Terdiri dari 36 ayat - Makkiyyah
  • Surah yang pertama diturunkan di Madinah.
  • Ayat 1: terdapat perkataan 'Al Muthaffiffin"
84. AL-INSYIQAQ (TERBELAH)
  • Terdiri dari 25 ayat - Makkiyyah
  • Dinamai Al Insyiqaaq (terbelah), diambil dari perkataan yang terdapat pada permulaan surat ini, yang katanya ialah insyiqaaq.
85. AL-BURUJ (GUGUSAN BINTANG)
  • Terdiri dari 22 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: terdapat perkataan 'Al-Buruj"
86. AT-TARIQ (YANG DATANG DIMALAM HARI)
  • Terdiri dari 17 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1 & 2 : terdapat perkataan 'At-Tariq'
87. AL-A'LAA (YANG PALING TINGGI)
  • Terdiri dari 19 ayat - Makkiyah
  • Ayat 1 : terdapat perkataan 'Al-A'laa'
88. AL-GHASHIYAH (HARI PEMBALASAN)
  • Terdiri dari 26 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1 - Perkataan 'Al-Ghashiyah'
89. AL-FAJR (FAJAR)
  • Terdiri dari 30 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1 : perkataan 'Al-Fajr'
  • Dikenali juga sebagai Surah Imam Husain r.a
  • Ayat 7: The lost city of Iram
90. AL-BALAD (NEGERI)
  • Terdiri dari 20 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1 & 2: terdapat perkataan 'Al-Balad'
91. AS-SYAMS (MATAHARI)
  • Terdiri dari 15 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1: Demi Matahari (As-Syams)
92. AL-LAIL (MALAM)
  • Terdiri dari 21 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1 : perkataan 'Al-Lail' (Malam)
93. AD-DHUHA (WAKTU DHUHA)
94. AL-INSYIRAH (KELAPANGAN)
95. AT-TIN (BUAH TIN)
  • Terdiri dari 8 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1 : Wat Tiini Wat Zaitun
96. AL-'ALAQ (SEGUMPAL DARAH)
  • Terdiri dari 19 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1-5: ayat Al Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi s.a.w di Gua Hira
  • Ayat 2: Perkataan 'Al-Alaq'
97. AL-QADR (KEMULIAAN)
  • Terdiri dari 5 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 1-3 : terdapat perkataan 'Al-Qadr'.
98. AL-BAYYINAH (BUKTI YANG NYATA)
  • Terdiri dari 8 ayat - Madaniyyah
  • Dinamai Al Baiyinah (bukti yang nyata) diambil dari perkataan Al Baiyinah yang terdapat pada ayat pertama surat ini.
99. AL-ZALZALAH (KEGONCANGAN)
  • Terdiri dari 11 ayat - Makkiyyah
  • Nama Az Zalzalah diambil dari kata Zilzaal yang bererti 'goncangan' dan terdapat pada ayat pertama surah ini.
100. AL-'ADIYAT (KUDA PERANG)
  • Terdiri dari 11 ayat - Makkiyyah
  •  Nama Al 'Aadiyat diambil dari kata Al 'Aadiyaat yang ertinya berlari kencang yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
101. AL-QARI'AH (HARI KIAMAT)
  • Terdiri dari 11 ayat - Makkiyyah
  • Nama Al-Qaari'ah diambil dari kata Al-Qaari'ah yang terdapat pada ayat pertama, ertinya Hari yang menggemparkan kemudian kata ini dipakai untuk nama hari kiamat.
102. AT-TAKATHUR (BERMEGAH-MEGAH)
  • Terdiri dari 8 ayat - Makkiyyah
  • Dinamai At Takaatsur yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
103. AL-'ASR (MASA)
  • Terdiri dari 3 ayat - Makkiyyah
  • Kata Al 'Ashr bererti waktu/masa dan diambil dari ayat pertama surat ini.
104: AL-HUMAZAH (PENGUMPAT)
  • Terdiri dari 9 ayat - Makkiyyah
  • Kata Al Humazah bererti pengumpat dan diambil dari ayat pertama surat ini.
105. AL-FIL (GAJAH)
  • Terdiri dari 5 ayat - Makkiyyah
  • Ia menghuraikan kejadian Tahun Gajah, tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW di mana berlakunya gagalnya usaha penghancuran Ka'bah oleh Abrahah, seorang pembesar Yaman, dan 60,000 orang askar termasuk di antaranya 13 (atau 9 dalam versi lain) ekor gajah yang ditunggang berperang.
106. QURAISY (SUKU QURAISY)
  • Terdiri dari 4 ayat - Makkiyyah
  • Kata Quraisy sendiri merujuk pada kaum Quraisy yakni kaum(suku) yang mendapat kepercayaan menjaga Kaa'bah.
107. AL-MA'UN (BANTUAN)
  • Terdiri dari 7 ayat - Makkiyyah
  • Ayat 7: terdapat perkataan 'Al-Ma'un'
108. AL-KAUTHAR (NIKMAT YANG BANYAK)
  • Terdiri dari 3 ayat - Makkiyyah
  • Surah yang paling pendek dalam Al Quran.
  • Kata Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini.
  • Kelebihan Surah Al-Kauthar
109. AL-KAFIRUN (ORANG KAFIR)
  • Terdiri dari 6 ayat - Makkiyyah
  • Nama Al Kaafiruun (orang-orang kafir) diambil dari kata yang muncul pada ayat pertama surat ini.
  • 7 Nama orang Kafir yang disebut dalam Al Quran ialah Azar, Qarun, Samiri, Jalut, Firaun, Haman dan Abu Lahab
  • Surah yang sangat ditakuti oleh Iblis.
  • Kelebihan Surah Al-Kafirun
110. AN-NASR (PERTOLONGAN)
  • Terdiri dari 6 ayat - Madaniyyah
  •  An Nashr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surat ini yakni janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan.
111. AL-MASAD (SABUT)
  • Terdiri dari 5 ayat - Makkiyyah
  • Nama Al-Lahab diambil dari kata Al-Lahab yang terdapat pada ayat ketiga surat ini yang ertinya gejolak api, dan merujuk pada Abu Lahab.
112. AL-IKHLAS (TAUHID)
  • Terdiri dari 4 ayat - Makkiyyah
  • Surah ini meringkaskan dalam empat ayat tentang keilahian dan keesaan Tuhan (Allah).
  • Surah ini sama nilainya dengan 1/3 Al Quran
  • Kelebihan Surah Al-Ikhlas
113. AL-FALAQ (WAKTU SUBUH)
  • Terdiri dari 5 ayat - Makkiyyah
  • Dua surah iaitu An-Naas dan Al-Falaq dikenali sebagai Al-Mu'awwizatain (Permohonan Perlindungan).
114. AN-NAS (MANUSIA)
  • Terdiri dari 6 ayat - Makkiyyah
  • Merupakan surah terakhir dalam Al Quran.

Rujukan
  1. Tafsir Al-Azhar - Prof.Dr. Hamka
  2. Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah - Bushra binti Talib
  3. Zulheimy Maamor: Fakta mengenai Al Quran.
  4. Zulheimy Maamor : Juzuk dalam Al Quran
  5. Ustaz Syamsuddin Noor : Dahsyatnya Doa-Doa dalam Al-Quran
  6. Wikipedia - Kategori: Surah
  7. Wikipedia - Surah Al Quran
  8. Wikipedia - Ruqyah
  9. Dato' Dr. Haron Din: Ruqyah Asas Pengubatan Islam
  10. International Islamic University of Malaysia : Qur'an and Scientific Knowledge.
  11. Dr. Gary Miller : The Amazing Al Quran
Disusun oleh:
Hj Zulheimy bin Maamor
Lembah Keramat, K.L
20 Oktober 2025: 11. 52 p.m

No comments: