Tuesday, 7 October 2025

YAHUDI KAIFENG, YAHUDI CINA SEBENARNYA WUJUD?

Kredit: The Patriots

Oleh: Azizul Farhan
Kaifeng, China. Wajah orangnya sama macam orang Han lain yang mana mata sepet, rambut hitam, gaya hidup moden.
Tapi di sebalik semua tu, tersimpan satu kisah pelik yang hampir dilupakan dunia iaitu kisah orang Yahudi yang pernah hidup, beranak-pinak dan berasimilasi di tengah-tengah tamadun China selama lebih seribu tahun.
Mereka ni dikenali sebagai Yahudi Kaifeng atau komuniti Yahudi yang hilang ditelan masa.
Ramai tak tahu, asal-usul Yahudi Kaifeng bermula sekitar abad ke-10 Masihi masa Dinasti Song Utara sedang memerintah.
Kaifeng ketika itu ialah ibu kota dan pusat dagangan penting di sepanjang Laluan Sutera. Ramai pedagang dari Parsi, India dan Asia Barat singgah berdagang di situ termasuk pedagang Yahudi yang akhirnya menetap.
Mereka berkahwin dengan penduduk tempatan dan mula membina kehidupan baru tanpa meninggalkan agama nenek moyang.
Pada tahun 1163, komuniti ni siap membina sinagog mereka sendiri, tempat beribadat yang berdiri megah selama beratus tahun.
Tapi hidup bukan sentiasa indah. Banjir besar tahun 1642 hampir musnahkan seluruh sinagog mereka.
Mereka masih bertahan, tapi lepas banjir kedua tahun 1852, segalanya mula hancur. Rabbi terakhir mereka meninggal dunia dan generasi baru langsung tak tahu baca kitab Taurat.
Bayangkan, satu komuniti yang berpegang teguh pada ajaran selama berabad-abad, tiba-tiba hilang arah sebab tiada lagi siapa nak ajar mereka bahasa Ibrani.
Lama-kelamaan, budaya dan agama mereka lenyap, digantikan oleh identiti Cina sepenuhnya.
Peliknya, ramai antara keturunan mereka masih mengamalkan pantang larang Yahudi tapi tak tahu sebabnya.
Mereka tak makan babi, mereka bersunat, mereka juga memakai topi biru seperti kopiah. Orang sekeliling pun ingat mereka Cina Muslim, sama macam suku Hui. Tapi sebenarnya, mereka ni bukan Islam.
Mereka cuma ikut tradisi lama yang diwarisi tanpa tahu maknanya. Sampai ke satu tahap, kalau kau tanya mereka dulu-dulu, “Kau ni orang Islam ke?”, mereka akan jawab, “Tak tahu. Kami cuma ikut cara nenek moyang kami.”
Rekod paling awal tentang kewujudan mereka datang dari seorang pendakwah Jesuit bernama Matteo Ricci pada tahun 1605.
Masa tu, Ricci bertemu seorang lelaki bernama Ai Tian, orang Kaifeng yang menyembah satu Tuhan tapi bukan Islam atau Kristian.
Ai Tian datang ke rumah dakwah Ricci di Beijing dan ternampak gambar Maryam dan Nabi Isa. Tapi dia sangka itu gambar keluarga Nabi Ishak dan Yaakob!
Dua-dua yakin mereka bercakap tentang Tuhan yang sama, tapi dengan kisah berbeza.
Ai Tian kemudian mendedahkan yang dia sebenarnya dari keluarga Yahudi Kaifeng yang ada kuil, rabbi dan skrol Taurat sendiri.
Perjumpaan tu buat Ricci terkejut. Dia mula menulis surat kepada rabbi Kaifeng untuk “memperkenalkan” agama Kristian dan mengumumkan bahawa “al-Masih sudah datang.”
Tapi rabbi tu balas dengan tenang, katanya al-Masih takkan muncul untuk 10,000 tahun lagi.
Ironinya, rabbi tu siap ajak Ricci masuk agama Yahudi sebab dia kekurangan murid untuk diganti. Tapi selepas rabbi itu meninggal dunia, memang betul apa yang Ricci ramalkan.
Komuniti itu akhirnya hilang arah dan berasimilasi sepenuhnya dengan masyarakat Cina.
Masuk abad ke-19, nama “Yahudi Kaifeng” tinggal dalam catatan sejarah saja. Sinagog mereka musnah, kitab mereka reput dan tradisi mereka pudar.
Ramai keturunan mereka masuk Islam, Kristian atau terus hidup sebagai orang Cina biasa tanpa tahu asal usul. Tapi abad ke-20 menyaksikan kebangkitan minat semula terhadap mereka.
Beberapa pengkaji dari Isewel, Amerika dan Eropah datang mencari jejak komuniti ni, cuba menjejaki keturunan mereka yang masih hidup.
Ada segelintir yang masih simpan cebisan kitab Taurat lama, malah ada yang cuba belajar semula bahasa Ibrani untuk hidupkan warisan lama keluarga mereka.
Namun sejak tahun 2015, kerajaan China mula mengetatkan kawalan terhadap aktiviti keagamaan termasuk komuniti Yahudi Kaifeng.
Mereka tak dibenarkan mengajar ajaran Yahudi secara terbuka, sinagog yang baru cuba dibina pun diarahkan tutup, dan pelancong dilarang bercerita tentang asal-usul Yahudi komuniti tu.
Bagi pemerintah China, identiti mereka dilihat sebagai hal sensitif yang boleh “mengganggu keharmonian kaum”. Jadi walaupun Isewel pernah cuba bantu mereka belajar semula agama, usaha tu banyak tersekat di tengah jalan.
Hari ni, mungkin masih ada keturunan mereka yang berjalan di Kaifeng, makan dengan sumpit, cakap Mandarin dan langsung tak tahu yang darah Yahudi masih mengalir dalam diri mereka.
___
Macam mana sebenarnya Dinasti Qin melakar namanya di dalam sejarah China?
Jangan lupa dapatkan QIN: DINASTI TERRACOTTA tulisan Abdullah Sidek yang baru kami terbitkan bulan ini!
Kami hadiahkan 300 buku terawal akan dapat TANDATANGAN PENULIS siap dengan GIFT CARD yang mengandungi info-info tentang buku kami!
Pra-tempah sekarang:

Copy and paste:
7.10.2025: 10.09 a.m

No comments: