MATA
- Faedah mata di dunia dan akhirat : supaya kita dapat melihat langit, bumi, matahari, bulan, bintang dan alam sekitar > bukti kewujudan Tuhan.
- Mensyukuri nikmat mata : memeliharanya daripada segalam perkara yang haram.
- Orang yang beriman perlu memejamkan mata daripada segala perkara yang tidak halal untuk mereka memandangnya.
- Memelihara mata dan memelihara faraj : bagi membersihkan hati daripada segala dosa dan memperbanyakkan amalan kebajikan.
- Melihat wanita yang bukan mahram diumpamakan seperti anak panah daripada panahan iblis.
- Sepasang mata itu merupakan punca utama melakukan zina.
- Mata diciptakan bagi memandang zat Allah s.w.t di dalam syurga dan tidak sama dengan melihat perkara-perkara yang baru. Tiada nikmat yang lebih besar di dunia mahupun di akhirat, melainkan nikmat dapat melihat Allah s.w.t.
- Mata itu anak pintu bagi hati. Oleh itu tahanlah pandangan daripada maksiat dan gunakanlah ke arah taat seperti melihat Al Quran, pemandangan yang indah, renungan kasih sayang kerana Allah semata-mata.
- Dari mata jatuh ke hati > dari hati lahirnya lisan dan tindakan.
- Mata sangat mempengaruhi hati, usaha ke arah menjadi manusia yang lebih baik mestilah bermula dengan menjaga mata. Kemudiannya akan terjagalah hati.
- Kejahatan manusia berpunca daripada kejahatan hati akibat tidak menjaga mata.
TELINGA
- Nikmat mendengar lebih utama daripada nikmat melihat. Kelebihan melihat adalah untuk dunia, kelebihan mendengar pula lebih kepada akhirat.
- Peliharalah pendengaran dengan sebaik-baiknya, setiap perkataan yang didengar oleh telinga ibarat makanan. Sebahagiannya memberi manfaat dan sebahagian yang lainnya memberi kemudharatan.
- Perkataan yang didengar boleh juga menjadi penawar dan racun.
LIDAH
- Allah s.w.t menjadikan lidah untuk kita membaca Al Quran, hadith Nabi s.a.w, zikir-zikir, menyampaikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, melakukan amar ma'ruf Nahi Munkar dan memberi nasihat kepada umat.
- Lidah adalah anggota terbesar yang terjebak dalam dosa dan kejahatan. Kita perlu berdiam dan berkata-kata apabila perlu seperti belajar, mengajar dan memberi nasihat.
- Saidina Abu Bakar r.a memegang lidahnya sambil berkata : "Inilah (lidah) yang boleh mendatangkan kebinasaan kepadaku."
- Luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah, tetapi tiada sembuh bagi yang dilakukan oleh lidah. (Penyair)
PERUT
- Mensyukuri nikmat perut perlu bermula dengan memeliharanya daripada makanan yang haram dan syubhah., makanan yang diragui halal dan tidak diyakinkan haramnya.
- Orang yang memakan makanan yang haram dan syubhah, tidak akan diberi petunjuk dalam ibadah.
- "Allah tidak menerima solat seseorang yang di dalam perutnya ada yang haram." (Jami' Al-Ulum Wa AL-Hikam).
- Jauhilah sifat makan sehingga kenyang.
FARAJ
- Faraj adalah untuk mendapatkan pahala di akhirat, iaitu bagi melahirkan zuriat.
- Peliharalah faraj daripada perkara yang haram seperti berzina, liwat dan mengeluarkan air mani menggunakan jari tangan.
TANGAN DAN KAKI
- Manfaat di dunia dan akhirat
- Menggunakan kaki untuk berjalan ke Masjid, menghadiri majlis ilmu, berjuang di jalan Allah, mengerjakan haji dan umrah dsb.
- Menggunakan tangan untuk mencegah kemungkaran dengan tangan, menulis ilmu dsb.
- Peliharalah kedua tangan dan kaki daripada maksiat.
Rujuk:
1. Penawar Bagi Hati - Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Muthalib Al-Mandili.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
9 Oktober 2025 : 2.29 p.m
No comments:
Post a Comment