Bukit Ungku Busu terletak berdekatan dengan pekan Lumut tidak jauh dari Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak. Jalan untuk masuk ke Starting Point adalah di hadapan Balai Polis Lama Lumut.
Bukit Engku Busu dinamakan sempena Raja Engku Busu dari Selangor yang dihantar untuk menumpaskan lanun di Selat Dindings sekitar tahun 1840-an, tetapi beliau terbunuh semasa misi tersebut.
Raja Engku Busu juga dikatakan membuka pekan Lumut yang sebelumnya dikenali sebagai "Tanah Merah".
Bukit ini menjulang setinggi 331.4331.4331.4 meter dan kini menjadi tumpuan aktiviti mendaki untuk menikmati pemandangan Bandar Lumut dari puncaknya.
Pengalaman saya mendaki Bukit Engku Busu ini ialah ketika menghadiri kursus Laskar Kanan Komunikasi Radio di KD Pelandok, Lumut, Perak pada tahun 1985.
Termasuk dalam jadual kursus kami ialah jalan Lasak dan mendaki Bukit Ungku Busu yang sebelum itu namanya asing bagi kami.
Dari segi pemandangan, anda tidak akan menikmati pemandangan penuh di puncak kerana dilindungi oleh pohon-pohon yang tinggi. Anda hanya boleh melihat sebahagian daripada pekan Kampung Acheh dari sini.
Tetapi sebelum sampai di puncak iaitu kira-kira 10-15 minit, terdapat satu lagi lokasi untuk melihat pemandangan indah sekitar Pengkalan TLDM dan Sungai Manjung.
Sesiapa yang berkesempatan berkunjung ke Lumut, bolehlah cuba-cuba mendaki Bukit Engku Busu sebagai satu aktiviti riadah yang baik untuk kesihatan.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
18 Oktober 2025: 5.32 p.m


-vert.jpg)
No comments:
Post a Comment