- Alemanni: sebuah gabungan puak-puak Jermanik di Sungai Rhine Hulu semasa alaf pertama.
- Angle-land: sebuah wilayah di timur Pulau Great Britain, asal nama England.
- Anglo-Saxon: merujuk kepada suku-suku Jerman yang berpindah ke Britain pada abad ke-5 M. Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh lebih 1.5 billion penduduk dunia hari ini berakar daripada bahasa orang Anglo-Saxon.
- Bahasa di Eropah: kira-kira 225 bahasa inbunda ditutur di Eropah:
- Bahasa Romawi: ditutur di kawasan barat dan selatan Eropah.
- Bahasa Germanik : berasal dari selatan Skandinavia dan ditutur di Barat, Utara dan Tengah Eropah.
- Bahasa Slavik: ditutur di kawasan tengah, timur dan selatan Eropah.
- Bahasa Baltik: bahasa Latvia dan Lithuania.
- Bahasa Celt: bahasa Ireland
- Bahasa Yunani dan Bahasa Albania
- Bahasa Estonia : ditutur di Estonia, Finland, Hungary dan kawasan- kawasan Rusia.
- Bahasa Turk: ditutur di kawasan selatan dan timur Eropah.
- Bahasa Maltan: satu-satunya bahasa Semitik.
- Bahasa Basque: satu-satunya bahasa terpencil di Eropah.
- Bavaria : kaum Jermanik yang pertama kali muncul pada abad ke-6. Mereka pada asalnya tinggal di tempat yang dahulunya merupakan wilayah Rom Raetia, di selatan Danube, di tempat yang kini dikenali sebagai selatan Bavaria.
- Black Death: Pandemik wabak bubonik yang berlaku di Eropah dari tahun 1346 hingga 1353. Ianya telah membunuh seramai 75-200 juta orang di seluruh dunia.
- Burgundian: orang Jermanik dari era Imperial Rom, yang mengasaskan Kerajaan Burgundi, yang kini dikenali sebagai barat Switzerland dan tenggara Perancis.
- Byzantine Empire: juga dikenali sebagai Empayar Rom Timur, kesinambungan Empayar Rom yang berpusat di Constantinople sepanjang Zaman Pertengahan. Ia jatuh ke tangan Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1453.
- Carthage: sebuah negara kota purba yang kini terletak di pinggir bandar Tunis, negara Tunisia di utara Benua Afrika.
- Celtic: merupakan masyarakat dalam kelompok Indo-Eropah, berasal dari Asia Tengah iaitu Kazakhstan.Mereka datang ke Eropah sekitar 2500 S.M dan menetap di Rusia. Sambutan Hari Hallowen adalah antara budaya Celtic.
- Council of Ephesus: Persidangan Bishop di Ephesus pada tahun 431 M yang dianjurkan oleh Maharaja Rom Theodosius II - mengecam ajaran Nestorius sebagai salah dan memutuskan bahawa Yesus adalah satu orang (hypostasis), dan bukan dua orang yang berasingan, namun memiliki sifat manusiawi dan ilahi.
- Council of Nicaea: Majlis Uskup (Bishops) Kristian yang diadakan di bandar Nicaea di Bithynia (kini Iznik, Turki) oleh Maharaja Rom Constantine I. Coucil of Necaea pertama pada 325 M dan yang kedua pada 787 M.
- Dinasti Bourbon: diasaskan paling lewat seawal abad ke-13. Raja yang pertama ialah Henry IV (1589-1610) dari Perancis.
- Dinasti Carolingian: diasaskan oleh Pepin III selepas menjatuhkan Dinasti Merovingian - Wikipedia: Carolingian dynasty.
- Dinasti Merovingian: diasaskan oleh Clovis I dari keluarga pemerintah Frank dari sekitar pertengahan abad ke-5 sehingga Pepin the Short pada tahun 751 - Wikipedia: Merovingian Dynasty.
- Edict of Serdica: dikeluarkan pada tahun 311 di Serdica (kini Sofia, Bulgaria) oleh Maharaja Rom Galerius. Ia secara rasminya menamatkan Penganiayaan Diocletian terhadap agama Kristian di Empayar Rom Timur.
- Edict of Milan: Dikeluarkan oleh Maharaja Constantine I pada Februari 313 yang mengiktiraf Agama Kristian dalam Empayar Rom.
- Enrico Dandolo: Pemimpin dalam Perang Salib Keempat (1202-1204).
- Eropah: Bangsa Eropah keturunan daripada Esau bin Ishaq, cucu kepada Nabi Ibrahim. Terdapat 44 negara Eropah mengikut United Nation.
- Eropah Barat : Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Lieshtenstein, Luxembourg, Monaco, Belanda dan Switzerland.
- Eropah Selatan: Albania, Andorra, Bosnia and Herzegovina, Croatia, Greece, Italy, Republik Macedonia,Malta, Montenegro, Portugal, San Marino, Serbia, Slovenia, Sepanyol dan Vatican City.
- Eropah Timur: Belarus, Bulgaris, Republik Czech, Hungary, Poland, Moldova, Romania, Rusia, Slovakia dan Ukraine.
- Eropah Utara: Denmark, Estonia, Findland, Iceland,Latvia, Lithuania, Norway, Sweden dan United Kingdom (England, Wales, Scotland dan Ireland Utara)
- Estruscan:Bangsa penuh misteri, berketurunan peradaban Mycenea dan telah mendirikan kerajaan di Itali.
- Europa : dalam mitologi Yunani, seorang wanita bernama Europa telah diculik oleh Dewa Zeus.
- European Union: satu kesatuan antarabangsa dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah. Diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom.
- Feudalisme: merujuk kepada sistem politik di Eropah pada Zaman Pertengahan antara abad-abad ke-9 ke abad ke-15.
- Frank: berjaya mengasaskan Kerajaan Merovingian, Frank merujuk kepada suku Jermanik yang tinggal di kawasan sempadan berdekatan Sungai Rhein.
- Frisian: Kumpulan etnik yang berasal dari Eropah Barat Laut di wilayah pesisir Utara Belanda, Barat Laut Jerman dan Selatan Denmark.
- Germanic People: kumpulan puak yang tinggal di Eropah Utara semasa zaman Klasik dan Zaman Pertengahan Awal.
- Goth: suku Jermanik, terbahagi kepada dua iaitu Ostrogoth and Visigoth.
- Helenistik: perkembangan budaya diperingkat antarabangsa berasaskan peradaban Yunani, istilah ini diperkenalkan oleh J.G. Droysen.
- Homo antecessor: fossil antecessor ditemui di utara Sepanyol berusia 772,000 - 949,000 tahun.
- Homo Neanderthalensis: spesis manusia purba yang pupus yang hidup di Eropah dan Asia Barat sekitar 400,000 hingga 40,000 tahun yang lalu.
- Homoousion: istilah teologi Kristian yang menggambarkan Tuhan Anak sebagai sehakikat dengan Tuhan Bapa.
- Inter Gravissimas: Pada 24 Februari 1582, Pope Gregory XIII telah menetapkan Kalendar Gregorian sebagai Kalendar Rasmi dunia Katolik.
- Jutland: penduduk di semenanjung Eropah Utara yang membentuk bahagian benua Denmark dan sebahagian daripada utara Jerman.
- Kristian Katolik: Berpusat di Vatican City, 50% penduduk Eropah adalah Kristian Katolik. Negara Kristian Katolik berpusat dari Eropah Barat, Eropah Selatan dan Eropah Tengah.
- Kristian Ortodoks: Eropah Timur adalah pusat Kristian Ortodoks.
- Kristian Protestan: terdapat di Eropah Utara
- Magyar: orang nomad yang berasal dari Asia Tengah yang mula masuk ke Eropah sekitar tahun 895.
- Olympic Game: Sukan Olimpik yang pertama diadakan pada 776 S.M. Pemenang Sukan Olimpik pertama ialah Koroibos dari Elis.
- Phoenicia: sebuah tamadun purba yang terletak di tanah Syam pesisiran timur Laut Mediterranean, berpusat terutamanya Kanaan di Lubnan.
- Renaissance: Zaman Pembaharuan : bermula kurun ke-14 hingga kurun ke-17 di Itali. Ia merupakan zaman kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama.
- Saracen: Istilah yang digunakan oleh orang Kristian Eropah terutama Zaman Pertengahan untuk merujuk kepada orang Arab yang beragama Islam. Ia juga merujuk kepdaa semua Muslim yang berperang dengan tentera Kristian ketika Perang Salib.
- Tamadun Barat: asas kepada tamadun Barat ialah Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Masyarakat Yunani merupakan penyumbang utama kepada kemajuan tamadun dalam dunia Eropah.
- Tamadun Crete: Tamadun Zaman Gangsa pertama di pulau Crete, yang terkenal dengan pusat bandarnya yang canggih seperti Knossos, seni yang unik, dan sistem paip yang canggih. Berkembang pesat dari sekitar 2600 SM hingga 1100 SM, ia merupakan pengaruh budaya yang ketara di Aegean, tetapi kemerosotannya telah dikaitkan dengan letusan gunung berapi yang dahsyat di pulau Thera sekitar 1623 SM.
- Tamadun Minoan: sebuah tamadun Zaman Gangsa di pulau Crete di Mediterranean, berkembang maju dari kira-kira 2700 hingga 1450 SM.
- Tamadun Mycenaean: budaya Zaman Gangsa di Yunani purba yang berkembang maju dari kira-kira 1600 hingga 1100 SM, berpusat di bandar Mycenae. Mereka dikenali sebagai pahlawan yang garang dan jurutera mahir yang membina kubu, jambatan dan makam berbentuk sarang lebah yang mengagumkan.
- Tamadun Yunani: berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di Laut Aegean antara 1000 SM hingga 800 SM.
- United Kingdom: Gabungan negeri-negeri England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.
- Vandal: Nama Andalusia dan Vandalisme diambil daripada nama suku ini. Andalusia merujuk kepada wilayah Sepanyol yang dijajah oleh orang Vandal. Vandalisme merujuk kepada orang Vandal yang suka memusnahkan atau merosakkan sesuatu benda.
- Viking: Bangsa Penjarah Eropah, dikenali juga sebagai Norseman/Norman bermaksud Orang Utara. Mereka sangat mahir dengan lautan dan sering menjarah negara-negara lain untuk mendapatkan harta.
- Visigoths: kaum Gothik yang muncul di Balkan, berketurunan Thervingi.
- Zaman Pertengahan: bermulanya kejatuhan Rom Barat akibat penaklukan oleh bangsa Jerman sehingga kemunculan Renaissance.
Updated:
31/10/2025: 11.34 p.m
No comments:
Post a Comment