Saturday 7 August 2021

FAKTA MENGENAI AL QURAN

  1. Al Quran ada 114 Surah, 30 Juzuk, 60 Hizb, 6236 ayat, 77437 kata dan 320670 huruf.
  2. Jumlah ayat Sajdah dalam al Quran ada 14 ayat. 
  3. Ayat yang terpanjang dalam Al Quran ialah ayat 282 surah Al-Baqarah. 
  4. Ayat Al Quran yang pertama diturunkan ialah Surah Al-Alaq. 
  5. Ayat yang terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah ayat 3 Surah Al-Maaidah. 
  6. Nama Malaikat - Malaikat yang disebut dalam Al Quran ialah Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromunkatibun, HamalatulArsy dll.
  7. Ada 25 nabi yang disebut dalam Al Quran. 
  8. Ada 2 jenis Surah dalam Al Quran iaitu Surah Makiyah (yang diturunkan di Mekkah) ada 86 surah dan Surah Madaniyyah (Surah yang diturunkan di Madinah) ada 28 Surah. 
  9. Surah yang terakhir yang diturunkan di Mekkah ialah Surah Ar-Ruum. 
  10. Surah yang pertama diturunkan di Madinah ialah Surah Al-Muthaffifin. 
  11. Surah pertama yang diturunkan secara lengkap ialah Surah Al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat. 
  12. Maryam binti Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) adalah satu-satunya wanita yang disebut namanya didalam Al Quran. 
  13. Zaid bin Haritshah adalah satu-satunya sahabat Rasulullah s.a.w. yang namanya disebut didalam Al Quran (Surah Al-Ahzab ayat 37).
  14. Surah yang terpanjang ialah Surah Al-Baqarah (286 ayat) dan yang terpendek ialah Surah Surah Al-Kauthar (3 ayat)
  15. Terdapat 29 surah dimulakan dengan huruf Muqathaiah (Thahaa, Yaa Sin, Shad, Qhaf, Alif Lam Miim dan lain-lain).
  16. Surah At-Taubah (surah ke 9) adalah satu-satunya surah dalam Al Quran yang tidak dimulakan dengan Basmallah. 
  17. Surah yang memiliki 2 Basmallah ialah Surah al-Naml. 
  18. Surah yang bernilai 1/4 Al Quran ialah Surah Al-Kafirun. 
  19. Surah yang bernilai 1/3 Al Quran ialah Surah Al-Ikhlas. 
  20. Surah yang bererti "Kaum Wanita" ialah Surah An-Nisaa. 
  21. Surah yang menyelamatkan pembacanya dari Siksa Kubur ialah Surah Al-Mulk. 
  22. Surah yang terdapat ayat Hijab ialah Surah An-Nuur ayat 31. 
  23. Surah yang terkenal dengan nama Jantung Al Quran ialah Surah Yaasin. 
  24. Ada 5 Surah yang dimulai dengan Alhamdulillah iaitu Surah Al-Fatihah, Surah Al-An-aam, Al-Kahfi, Saba' dan Fathiir. 
  25. Surah Al-Quran yang memiliki 10 nama ialah Surah Al-Fatihah.
  26. Ayat Kursi, ayat yang paling Agung ialah ayat ke 255 Surah Al-Baqarah. 
  27. Surah yang ada 2 ayat Sajdah ialah Surah Al-Haj iaitu ayat 18 dan 77. 
  28. Pertengahan Al Quran itu terletak pada ayat ke 19 Surah Al-Kahfi pada lafaz "Walyatalattaf". 
  29. Surah yang dikenali sebagai Surah Imam Husain r.a. ialah Surah Al-Fajr. 
  30. Surah yang menyebut 5 macam makanan ialah Surah Al-Baqarah ayat 61 : Sayur, mentimun, bawang putih, adas (Kacang Dal) dan Bawang Merah. 
  31. Surah dimana Allah s.w.t berbicara mengenai diriNYA ialah Surah Al-Baqarah ayat 186. 
  32. Surah dimana 5 Nabi Ulul Azmi disebut ialah Surah Al-Ahzab ayat 7 iaitu Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Nuh a.s., Nabi Hud a.s, Nabi Yunus a.s dan Nabi Yusuf a.s. 
  33. Surah Al Quran yang memiliki nama para Nabi ada 6 surah iaitu Muhammad, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf. 
  34. Ada 5 surah yang memiliki nama Haiwan iaitu An-Nahl, Al-Ankabuut, An-Naml, Al-Baqarah dan Al-Fiil. 
  35. Ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali terdapat dalam surah Al-Rahman iaitu فبأي آلاء ربكما تكذبانِ
  36. Ayat yang diulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu Surah iaitu Ayat  ويل يومئذ للمكذبين  pada Surah al-Mursalat, juga ada dalam Surah al-Muthafifin ayat No. 10.
  37. Kalimah "Allah" yang diulang sebanyak 6 kali terdapat pada ayat 283 Surah Al-Baqarah. 
  38. Surah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu sungai di Iran ialah Surah An-Nuur. 
  39. Di dalam Surah Al-An'am ayat 124 terdapat 2 perkataan Allah yang terletak secara bersebelahan. 
  40. Hanya terdapat 2 ayat sahaja yang mengandungi 11 huruf (Alif hingga Ya) dalam satu ayat iaitu Surah Al-Imran ayat 154 dan Surah Al-Hujurat ayat 59. 
  41. Tatacara Wudhuk terdapat dalam surah Surah Al-Maaidah ayat 6. 
  42. Solat 5 waktu disebut dalam Surah Al-Isra' ayat 78.
  43. Dua orang wanita yang mendapat sanjungi Illahi dalam Al Quran ialah Siti Maryam (Ibu Nabi Isa a.s.) dan Siti Aisyah (Isteri Firaun). 
  44. Dua orang wanita yang dicela dalam Al Quran ialah isteri Nabi Luth a.s dan isteri Nabi Nuh a.s. 
  45. Wanita yang mendapat julukan "Ath-Thayibah" dalam Al Quran ialah Siti Maryam. 
  46. Surah Al Quran yang membawa erti "Wanita yang teruji" ialah Surah Al- Mumtahanah. 
  47. Surah yang turun berkenaan dengan Saidatina Fatimah az-Zahra ialah Surah Al-Kauthar. 
  48. Dalam al Quran 2 Nabi disebut sebagai suri Tauladan yang baik iaitu Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Ibrahim a.s.
  49. Di dalam Al Quran perkataan "Solihat" (Baik) disebut sebanyak 168 kali , perkataan "Sayyiat" (buruk) disebut sebanyak 168 kali. 
  50. Perkataan 'Malaikat' disebut sebanyak 88 kali , perkataan 'Syaithan" disebut sebanyak 88 kali. 
  51. Perkataan 'Mautaa' (kematian) disebut sebanuak 145 kali , perkataan 'hayaat' (kehidupan) disebut sebanyak 145 kali. 
  52. Surah yang terdapat kisah Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Balqis ialah Surah Saba. 
  53. Nama Rasulullah s.a.w. disebut sebanyak 5 kali didalam Al Quran iaitu Ahmad (1 kali) dan Muhammad (4 kali). 
  54. Nama Nabi yang sering disebut namanya dalam Al Quran ialah Nabi Musa a.s.
  55. Kisah dalam al Quran yang mendapat julukan “Ahsan al-Qashsash” (Kisah Terbaik) ialah kisah Nabi Yusuf a.s.
  56. Kisah israk dan Mikraj Nabi s.a.w disebut dalam Surah Al-Isra'. 
  57. Jumlah nama orang Kafir yang terdapat dalam Al Quran : 7 orang iaitu Azar, Qarun, Samiri, Jalut, Firaum, Haman dan Abu Lahab. 
Rujukan:
2.  The Amazing Al Quran - Dr.Gary Miller

UPDATE: 7 AUGUST 2021 @ 28 ZULHIJJAH 1442H: 1.00 PM

No comments: