Monday, 7 March 2022

Maksud Surah Yasin Ayat Per Ayat. Banyak Fadhilat. Ayat 82 Tu Paling Penting

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

   

Surah Yassin.

Pengertian setiap ayat:

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 – Merupakan jantung YaasiinRasulullah SAW berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca disemburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT (harus sentiasa berada di hati – beramal dengannya).

Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya – Ingat yang segalanya datang dari Allah SWT, kita umat Muhammad SAw, kita orang Islam dll.

Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah SWT yang satu.

Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah SWT yang satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh AS naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah SWT.

Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua – Hancur
Tiupan ke-tiga – Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak tiga kali.

Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri daripada fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud:
“Dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”

Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 – “Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Copy and paste: 7/3/2022 > 4 Syaaban 1443H: 6.39 pm

No comments: