Thursday 2 November 2023

PUSARA MELAYU DI LIVERPOOL ENGLAND

Posted by Hj Zulheimy Maamor on FB : 15 May 2021



Di daerah Anfield di Liverpool disebuah perkuburan bernama Anfield Cemetery terdapat beberapa pusara Orang Melayu di sana...
Diantara pusara itu ialah pusara Othman Hj Alias dari Serkam Melaka.....
Siapa dia Othman Hj Alias ini?
Mungkin ramai tak mengenali siapa Othman Hj Alias, tapi jika anda pernah menonton filem "PULANG" sebuah filem biografi sejarah tahun 2018 diarahkan oleh Kabir Bhatia dan lakokan Remy Ishak dan Puteri Aishah, filem ini adalah berdasarkan kisah benar seorang kelasi kapal bernama Othman bin Alias yang meninggal dunia di Liverpool.
Saya bukan nak bercerita tentang filem itu, siapa nak tahu ceritanya tontonlah filem Pulang dari mula hingga akhir, bagi saya ia sebuah filem biografi Sejarah yang terbaik dan bukan sebuah filem bertemakan percintaan semata-mata... ada yang tersirat dan tersurat...
Othman Hj Alias ialah Datuk kepada Datuk Ahmad Izham Omar CEO Rangkaitan Television Media Prima Bhd..
Kisah kelasi kapal yang menjadi subjek filem berkenaan menggambarkan bahawa sekitar 1940an dan 50an Kelasi berbangsa Melayu menjadi rebutan syarikat perkapalan antarabangsa di seluruh dunia. Kelasi Melayu di zaman itu dikatakan kuat bekerja dan tidak pernah menimbulkan masaalah yang besar berbanding bangsa lain ketika itu, ini diakui oleh beberapa orang bekas kapten kapal ketika zaman itu.
Ada diantara mereka yang berjaya pulang setelah bertahun tahun merantau ke beberapa buah negara di dunia, dan ada segelintir yang menetap di luar negara seperti di Cardiff , New York dan paling banyak ialah di daerah Liverpool di England. Disana terdapat sebuah kelab yang dinamakan Malay Sailors Club dimana pelaut pelaut Melayu berkumpul....
Orang Melayu memang dikenali pelaut-pelaut hebat sejak beratus-ratus tahun dahulu, sebab kenapa kita satu satunya negara di dunia ini memanggil negara kita sebagai Tanahair, kalau di Barat mereka panggil Motherland atau Fatherland, tetapi kita panggil Tanahair, kerana orang Melayu dahulu tinggal di Darat (Tanah) dan mencari rezeki di Laut (Air)...

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
2 November 2023 > 18 Rabiulakhir 1445H: 12.06 pm

No comments: