Ketika saya berkhidmat di atas kapal KD Lekir tahun 1989 - 1992, lagu Isabella nyanyian kumpulan SEARCH tengah popular ketika itu, masa itu saya masih muda lagi berusia 28 tahun jadi minatlah dengan lagu Isabella tu, siap beli kaset dia....
Semasa bersiar-siar di Sitiawan, disebuah kedai buku saya ternampak sebuah buku berjudul "ISABELLA" karya Maulana Mohammad Saeed dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Abdullah Hussain (novel asal ditulis dalam bahasa Urdu)..
Jadi saya memiliki 2 ISABELLA....satu Kaset Lagu Isabella dan satu lagi Novel ISABELLA...
Rupanya Isabella dalam novel ini ialah kisah seorang Srikandi Islam di Sepanyol anak ketua Paderi di Cordova, Spain yang dengan hujjahnya yang kuat menentang Kitab Bible yang menjadi pegangan hidupnya selama ini... buku ini cukup bagus kalau kita berminat dengan Comparative study of religion.... saya menghabiskan bacaan dalam 3 hari saja kebetulan ketika kapal sedang dalam pelayaran menuju ke Surabaya setelah selesai latihan di laut.... jadi banyak masa terluang di tengah Laut....
Yang menjadi persoalan saya hingga kini, adakah Isabella ini betul betul wujud dizaman itu.... yang saya pernah tahu hanyalah kisah Ratu Isabella dan suaminya Raja Ferdinand yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol dan membunuh ramai umat Islam di Sepanyol ketika itu..... Wallahualam
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
2 November 2023 > 18 Rabiulakhir 1445H: 12.15 pm
No comments:
Post a Comment