Friday, 23 April 2021

Sejarah Lapangan Terbang di Kedah yang Digelapkan oleh British?!

OLEH: IZZUDDIN AL JITRAWIY

Semestinya anda tertanya-tanya bagaimana industri penerbangan Malaysia berkembang daripada satu garis masa ke satu garis masa yang lain.
Bagaimana pula Lapangan Terbang Sungai Besi direkodkan sebagai lapangan terbang pertama di Tanah Melayu pada tahun 1933?
Bagaimana pula kalau kami katakan 23 tahun sebelum wujudnya perkhidmatan penerbangan Malayan Airways Ltd atau lima tahun sebelum pembinaan Lapangan Terbang Taiping, Perak, telah wujud satu lapangan terbang yang pertama di bina di Tanah Melayu?
Ada sejarah tersembunyi yang merekodkan satu cerita lain disebalik itu yang menjadikan Lapangan Terbang Sungai Besi bukanlah lapangan terbang pertama yang dibina di Malaysia.
Melalui satu ulasan panjang daripada seorang peguam dan ahli kaji sejarah, Yusrin Faidz menjelaskan bahawa Lapangan Terbang Alor Setar – sekarang dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim – adalah lapangan terbang pertama di tanah melayu.
Ia dibuktikan melalui satu tarikh yang lebih awal, iaitu enam tahun sebelum pembinaan Lapangan Terbang Sungai Besi dan lima tahun sebelum pembinaan Lapangan Terbang Taiping, sebuah pesawat Royal Dutch Airlines (KLM) telah mendarat di Kepala Batas, Alor Setar pada 21 November 1924.
Sejarah pendaratan di Lapangan Terbang Alor Setar, pada tahun 1928, telah direkodkan di dalam buku Touring The Tropics At Top Speed bahawa KLM melalui ejennya KLM Hindia Belanda (KNILM) telah mendarat di Alor Setar seminggu sekali.
Penerbangan daripada Medan, Indonesia itu akan berhenti di Alor Setar sebelum meneruskan penerbangan ke Amsterdam.Manakala pada tahun 1931, Will Rogers, seorang bintang Hollywood yang dalam perjalanan ke Bangkok melalui pesawat KLM pernah singgah dan bermalam di Alor Setar.
Manakala pada 1935, terdapat gambar yang mencatatkan perjalanan udara bagi Imperial Airways – syarikat penerbangan British – yang menjadikan Kepala Batas sebagai hab persinggahan.Lapangan Terbang Alor Setar juga pernah dijadikan tempat persinggahan untuk acara perlumbaan pesawat udara dunia ‘MacRobertson Air Race’ pada Oktober 1934.
Kenapa sejarah ini digelapkan?
Di dalam ulasan ini juga, Yusrin Faidz bertanya soalan yang sama ; kenapa pihak British menggelapkan sejarah ini.
Dengan segala bukti yang beliau berikan dan garismasa yang jauh di antara kewujudan Lapangan Terbang Alor Setar dan Lapangan Terbang Sungai Besi Kuala Lumpur membuatkan kami tertanya-tanya mengapa sejarah ini tidak pernah dicerita.
Melalui pandangan kami, kewujudan Lapangan Terbang Alor Setar tidak diraikan sebagai lapangan terbang pertama kerana tidak wujud satu banggunan yang menjadikan ia sebagai pusat penerbangan pertama tanah melayu ketika itu.Rekod lama mencatatkan bahawa tiada apa-apa struktur bangunan kecuali landasan kapal terbang yang dibina di tengah-tengah sawah padi.
Sejarah mencatatkan Lapangan Terbang Taiping sebagai lapangan terbang tertua di Malaysia dan mula dibina pada tahun 1929. Ia menjadi hub persinggahan bagi penerbangan komersial – tidak digunakan untuk ketenteraan.
Ini dapat dibuktikan apabila Foreign Aeronautical News menerbitkan satu risalah yang memberitahu bahawa terdapat lapangan terbang sedang ‘dibina’ sekitar awal tahun 1931 di sekitar Ke Alor Setar.
Jadi di sini kami dapat simpulkan bahawa ketidakwujudan banggunan serta infrastruktur telah menjadikan sejarah ini tidak dicatat malah tidak dianggap sebagai lapangan terbang pertama di Tanah Melayu ketika itu.
Cc TheVocket

No comments: