Saturday, 24 April 2021

REZEKI YANG SUDAH DITAKDIRKAN

Perkongsian dari bilik sebelah, semoga bermanfaat:
Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezekinya. Hari-hari memang rezekinya ada sebuku roti sahaja.
Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua itu. Orang tua itu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala tentang rezekinya. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia bertanya.
"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada ALLAH, bolehkah tuan memohon ALLAH meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat hanya sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada itu? Jika tuan bertanya kepadaNya, sesungguhnya pasti ALLAH akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih."
Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua itu apa yang dia diberitahu.
Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Nabi Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!".
Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadatnya.
Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadatnya terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dan hampir tidak berjaya makan separuh roti.
Baki roti itu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut itu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.
Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau tuan bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan tuan!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua itu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti itu sampai habis.
Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua itu, pengembala itu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanannya.
Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Nabi Musa AS melalui lagi kawasan orang tua itu. Dengan kagum baginda Nabi Musa AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.
Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.
Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:
Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua itu.
Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.
Semua itu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
Jadi Rezeki memang ditakdirkan.

Tetapi...
BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala di atas segala-galanya.

Semoga ALLAH menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.
Moral dari kisah ini.
- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
- Bersyukur walaupun sedikit.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yang kita dapat sekarang.
Wallahu A'lam.
Sama-sama kita muhasabah.


C&P: 24 APRIL 2021 @ 12 RAMADAN 1442H : 11.35 AM

No comments: