Saturday, 24 April 2021

DI AKHIR ZAMAN SEHARI BAGAIKAN SESAAT

SUMBER: WHATSAPP GENG SUNGAI SIPUT

Pertukaran masa dari siang ke malam , kemudian silih berganti hari demi hari , tahun  demi tahun adalah ukuran jarak perjalanan manusia di atas dunia.

Manusia akhir zaman akan merasai kedudukan waktu dan masa yg pantas berlalu sehingga banyak perkara tidak dapat dilaksanakan .

Allah SWT berfirman yg maksudnya  :  "Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang yg beriman dan beramal saleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar ".

( Surah al-Asr, ayat 1- 3 ).

Masa adalah merujuk pelbagai situasi sama ada dalam keadaan senang atau susah , sihat atau sakit , kaya atau miskin , mulia atau hina .

Masa juga merujuk kepada tahun , bulan , minggu , hari , jam , minit dan saat.

Dalam sebuah hadis Baginda Nabi SAW bersabda yg maksudnya : "Daripada Abi Hurairah RA :  Nabi bersabda :  "Tidak akan berlakunya kiamat sehingga diangkatnya ilmu ( ilmu semakin berkurang ) ,  banyak gempa bumi , masa pantas berlalu , terzahirnya fitnah ,  banyaknya al-Harj iaitu pembunuhan dan banyak dalam kalangan kamu harta yg melimpah ruah ." ( Hadis Sahih Riwayat al- Bukhari , 1036 ).

Terdapat beberapa pandangan mengenai maksud  "masa pantas berlalu"  antaranya kurangnya keberkatan terhadap  masa .

Jika pada zaman dahulu , sehari dapat digunakan keseluruhannya  untuk kebaikan , tetapi sekarang  hanya beberapa minit atau saat .

Ibn Hajar RA berkata :  " Ini telah berlalu pada zaman kita .  Kita nampak hari-hari berlalu dengan  pantas seperti yg belum pernah kita lihat pada zaman sebelum ini".

Masa berlalu pantas juga adalah merujuk kepada perkembangan teknologi dan pengangkutan .

Manusia akan menjadi semakin hampir antara satu sama lain disebabkan kewujudan telekomunikasi dan perkembangan kenderaan pantas seperti kapal terbang dan kereta api laju.

Perjalanan antara satu tempat dengan tempat yg jauh hanya mengambil masa singkat sehingga manusia mampu berulang alik dalam tempoh yg pendek.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud :  "Daripada Abi Hurairah RA , Nabi bersabda :  "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga masa (zaman ) pantas berlalu :  Setahun seperti sebulan , sebulan seperti se- Jumaat ( seminggu ) se-Jumaat seperti sehari dan sehari seperti sesaat .

Satu saat yg dimaksudkan adalah nyalaan api yg membakar ranting kering".

( Hadis Riwayat Ahmad , 10560)

Semua keadaan yg berlaku adalah merujuk kepada  cepatnya masa berlalu dalam arti kata sebenar pada akhir zaman .

Allah akan menjadikan hari-hari sepanjang yg Dia mahu dan sependek yg Dia mahu dengan menggantikan malam dan siang dalam keadaan manusia sedar mengenai perkara itu .

Salah satu hadis Rasulullah SAW .

Jabir RA mendengar daripada Nawwas ibn Sam'an RA berkata :  "Wahai Rasulullah , berapa lama Dajjal akan tinggal di muka bumi?   Baginda menjawab ,  selama 40 hari , satu hari seperti satu tahun , satu hari seperti satu bulan , satu hari seperti  seminggu , kemudian bakinya adalah seperti hari-hari biasa kamu semua lalui .

( Hadis Sahih Muslim  18 : 66 )

C&P: 24 APRIL 2021 @ 12 RAMADAN 1442H: 3.15 PM

No comments: