Monday 12 April 2021

KEDAH TUA, KERAJAAN ASAL NUSANTARA?

 Oleh Izzuddin Al Jitrawiy

Kerajaan Kesultanan Kedah adalah kerajaan yang diiktiraf sebagai kesultanan yang tertua di dunia. Semenjak Phra Ong Mahawangsa Durbar Raja II, Raja Kedah yang ke-9 memeluk islam.

Beliau menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Syah I pada Tahun 1136 M, nasabnya kekal sehingga kini iaitu Yang Dipertuan Agong sekarang, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Syah inbi Al-Marhum Sultan Badlisyah, Sultan Kedah yang ke-27.

Namun, sejarah negara Kedah amatlah jauh. Jauh lebih lama daripada zaman Kesultanan Kedah. Ia bukan bermula dengan Merong Mahawangsa ataupun Maharaja Durbar Raja I. Merong Mahawangsa berkemungkinan adalah pahlawan dan nakhoda melayu daripada zaman Heraclius atau Heraclonas, dua pemerintah bersama dalam empayar Rom Timur (Bizantine).

Selepas kejayaan mengalahkan Parsi (Perang dengan Khosrau II), Mungkin Heraclius menghantar Merong Mahawangsa sebagai jurumudi dan kapten pelayaran ke China, untuk mengahwinkan putranya dengan putri Raja China di sebuah tempat yang dinamakan Langkasuka, kawasan pertemuan di antara dunia timur dan dunia barat.

Namun, tiada maklumat sejarah dari Roman, Byzantine mahupun Parsi yang merekodkan perkahwinan tersebut. Misi terahsia ke Timur.

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Merong Mahawangsa dikatakan belayar membawa Anak Raja Rom yang ingin dikahwinkan dengan Anak Raja Cina. Lalu, rombongan perkahwinan mereka diserang oleh Garuda, burung yang sangat besar dan memusnahkan bahtera-bahtera mereka.

Lalu mereka berteduh di Langkasuka dan menukarkan negeri mereka kepada Negeri Kedah Zamin Tua. Merong Mahawangsa adalah Raja Kedah yang asal, tetapi memencilkan diri sehingga ke Byzantine.

Setelah Kedah Zamin Tua ini aman dari Garuda, Barulah Merong pulang semula ke Rom setelah merajakan Merong Mahadipusat, anakanda baginda di Kedah. Rekod dari negara China menunjukkan Chieh-Cha (Kedah) menghantarkan utusan ke negara China ialah pada tahun 638 M.

Cc Nizam

Bongkar sendiri Kerajaan2 Purba terdahulu dalam karya Izzuddin Al Jitrawiy iaitu THE RISE OF FALLEN KINGDOM yang bakal mendedahkan KERAJAAN HEBAT YANG PERNAH WUJUD DI TANAH MELAYU DAN KEPULAUAN NUSANTARA!

KLIK LINK PROMO DI BAWAH

BELI 4 PERCUMA 4
https://jitrawiy.onpay.my/order/form/salepromohq


KARYA LENGKAP Izzuddin Al Jitrawiy
https://jitrawiy.onpay.my/order/form/karyajitrawiy


Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.al.jitrawiy
.
#melayu #tanahmelayu #berdaulat #malaysia #sejarahmelayu #sejarah #sejarahmisteri #kiamat #remaja #izzuddinaljitrawiy #ilmuakhirzaman #hangtuah #trending #eskatologi #viral #global #sebarkan #anakmuda #belia #jomrepost #jomsebar #jomshare #jomkongsi 

See less
C&P:12/4/2021 @ 1 RAMADHAN 1442H: 7.45 PM

No comments: