Saturday, 24 April 2021

Misteri Gudang Tuyere

OLEH: SRIKANDI

Srikandi ada menulis tentang penemuan tuyere yang berjumlah lebih 2 juta di Tapak Arkeologi Sungai Batu.
Tetapi foto yang dikirimkan oleh salah seorang aktivis tapak arkeologi di sana menimbulkan satu pertanyaan. Sebelum itu... ada pendapat yang menyatakan bahawa mungkin longgokan ini adalah stor atau gudang simpanan tuyere bagi kegunaan aktiviti peleburan besi di sekitar kawasan terbabit.
Boleh diterima pendapat itu, tetapi Srikandi ada pendapat lain yang diwakilkan dengan pertanyaan:
Adakah longgokan tuyere ini adalah semata-mata untuk kegunaan tempatan atau sebahagiannya dieksport ke luar negeri?
Soalan ini adalah penting dan mampu merungkai segala misteri di Tamadun Besi Sungai Batu.
Hanya 20 tuyere ini di Perancis, ia adalah sesuatu yang amat membanggakan negara itu dan istilah 'tuyere' itu sendiri berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud 'pembuluh/paip'. Di Korea Selatan, penemuan tuyere ini di sana amat diraikan dan lakonan semula orang zaman purba meniup tuyere dan melebur besi dilaksanakan bagi menarik pelancong dan sebagai pendidikan sejarah kepada anak bangsa Korea.
Tetapi di negeri Kedah, di Malaysia...benda ni...tuyere ni ditemui sebanyak LEBIH 2 JUTA!
Adakah sebenarnya, aktiviti utama di Tamadun Sungai Batu selain perkilangan besi adalah pengeluaran tuyere bagi perkhidmatan B2B (Business-to-business)?
Disamping melebur besi, mereka juga membuat pengeluaran besar-besaran peralatan melebur seperti tuyere bagi kegunaan industri besi di tempat lain? Mungkin relau juga? 2 juta tuyere adalah jumlah yang besar dan longgokan tuyere begini adalah bukti bahawa ianya dikilang dan disimpan untuk tujuan eksport. Takkanlah mereka membikin jutaan tuyere semata-mata berimpian untuk terus melebur besi sampai kiamat? Tidakkah longgokan tuyere begini jika terlalu lama akan mengurangkan dayatahannya, boleh pecah atau tidak lagi berkualiti? Maka longgokan tuyere begini adalah untuk dibekalkan kepada skala industri dalam dan luar negara.
Perkara-perkara yang begitu 'plot twist' begini mampu mengjungkirbalikkan mitos dan dongeng yang dipaksakan oleh kerani penjajah dan pegawai kolonial yang menulis bahawa orang Melayu dahulukala tiada tamadun dan mundur sejak azali.
Hanya kerana mereka tidak menemui bukti sejarah begini, tidak bermaksud kita di zaman android bagai kini berterusan menelan pembohongan kepala tau dari kepala otak para penjajah ini semua.
~Srikandi
Sejarah luhurku abadi
C&P: 24/4/2021 @ 12 RAMADAN 1442H: 11.45 AM

No comments: