Saturday, 24 April 2021

Mendam Berahi Lambang Peradaban Melayu Yang Hebat

SUMBER: SUNGAI BATU TAMADUN TERAWAL ASIA TENGGARA

Mendam Berahi ialah sebuah kapal jenis ghali yang digunakan semasa Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan ke-16. Kapal ini berada di bawah kendalian Laksamana Hang Tuah semasa beliau mengembara ke 14 buah negara atau bandar. Kapal ini digunakan bagi menjalinkan hubungan dengan negeri asing, perdagangan peminangan dan pengangkutan awam seperti khasnya bagi membawa jemaah haji ke Mekah.Pelayaran ke Mekah yang berbulan-bulan lamanya memerlukan bekalan makanan yang berterusan. Disebabkan Mendam Berahi tidak dapat mengangkut bekalan makanan, air dan keperluan lain dengan banyak, kapal tersebut akan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan bagi mendapatkan bekalan serta berlindung daripada cuaca yang tidak tenang.
Nama:Mendam Berahi
Dalam perkhidmatan:Sekitar tahun 1453
Ciri-ciri umum Kelas dan jenis: GHALI.
Panjang:54.9 m.
Anak kapal:400 orang.
Persenjataan:7 laras meriam
Hang Tuah juga pernah belayar menggunakan Mendam Berahi ke Turki Uthmaniyah atas arahan Sultan, ditemani oleh Maharaja Sura Dewa sbg laksamana kedua. Tujuannya ialah utk memberi baiat taat setia kepada Sultan Turki Uthmaniyah dan mengakui bahawa baginda adalah sebagai Khalifah Dunia Islam. Hang Tuah juga belayar ke China untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Dinasti Ming. Dikatakan kapal Hang Tuah tidak muat utk masuk ke dermaga pelabuhan cina kerana saiznya yang besar, dermaga itu tidak boleh menampung Mendam Berahi. Jadi terpaksalah berlabuh di tengah laut dan mereka dijemput oleh kapal2 china. Menurut Ibnu Batutah yg merupakan tokoh ahli pelayaran terkenal di dunia abad itu, saiz Jong Melayu ialah 14 kali lebih besar berbanding ‘chuan’ milik china. (jadi kiranya mmg tersangatlah besar) Selepas itu, hubungan Melaka-China menjadi sangat akrab sekaligus menjadikan Melaka terlindung dari ancaman musuh.
Kapal Portugis yg terkenal milik Alfonso iaitu Flor De La Mar hanya sebelah mata jika dibandingkan dgn Jong. Kapal ini karam ketika dalam perjalanan pulang ke negara mereka setelah memuat penuh dgn segala emas dan harta kekayaan Melaka yg dirampas. Maka tenggelamlah kapal kebanggaan Portugis itu bersama dgn segala muatan berharga Melaka yg dianggar bernilai 14.3 billion Ringgit. Misi merampas salah satu kekayaan Melaka berakhir dgn kegagalan. Dalam catatan Alfonso sendiri, mereka menggelar Jong Alam Melayu sebagai PENGGEGAR DUNIA. Jika armada laut Melaka ada ketika portugis menyerang Melaka, nescaya hancur lebur kapal mereka dihentam oleh armada laut Melaka.

C&P: 24 APRIL 2021 @ 12 RAMADAN 1442H: 7.42 AM

No comments: