Sunday 4 August 2019

ISTINGGAR MELAKA-SENAPANG GAJAH MELAYU YANG CANGGIH

Senjata Musket atau senapang Kancing Sumbu jenis arquebus yang menggunakan teknologi Flintlock-Snapping Mechanism ini digunakan oleh hulubalang Melayu untuk bertempur dengan tentera Conquistador Feringgi (Portugis).
Antara catatan yang klaim tentera Melaka menggunakan senjata api ialah catatan João de Barros (Primeira Década da Ásia) dan catatan Anak kepada Alboquerque (Commentarios do grande Afonso d'Alboquerque,Lisboa 1576)
Istinggar dalam istilah Portugis ialah espingardão manakala dalam Belanda pula ialah sânapang.
Kaliber senapang ini ialah 18 MM,Panjang barrel ialah 137.3 CM dan Beratnya ialah 5535 gram.
Senapang Istinggar diperbuat daripada material Tembaga loyang (Brass) dan Kuprum (Copper).
Alah,Istinggar ala-ala sniper kuno sama dengan Rentaka (Swivel) ala-ala RPG zaman dahulu.
Jadi yang hinggap pada tubuh badan tentera Portugis bukan anak panah semata-mata tapi peluru bedil.
Anda boleh lihat senjata ini di Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM),Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang dan Muzium Negara tetapi sedih replika senjata Istinggar di Muzium Negara dilabel milik Portugis.
Senjata Istinggar Melaka ini juga ada dipamerkan di Tanegashima Firearm museum di Kagoshima,Jepun yang dilabel sebagai "Malay Gun/Malacca Musket".
Ia menjadi senjata api pertama dalam sejarah Jepun yang diperkenalkan oleh rombongan legasi Portugis iaitu António Mota dan Francisco Zeimoto dari Melaka pada 1543 kepada Tanegashima Tokitaka (1528-1579) serta Oda Nobunaga pada era Sengoku (1467-1603) membeli 500 laras istinggar untuk tenteranya pada 1549.
Copy and paste: FB Sungai Batu - Tamadun Melayu 788 SM
4 Ogos 2019: 5.42 pm

No comments: