KD RAJA JAROM (A1502) adalah kapal pengangkut TLDM jenis Landing Ship Tank. Bekas kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (USS Sedgewick County), kapal ini pernah berkhidmat digunakan semasa Perang Dunia kedua.
KD Raja Jarom ditauliahkan kedalam TLDM pada 19 Februari 1977 setelah belayar mengharungi lautan dari San Franciso Bay, US pada Mei 1977. Pegawai Memerintah pertama KDRJ ialah Lt Kol (Laut) Abd Wahid Anang.
Saya berkhidmat di KD Raja Jarom pada tahun 1981/82. Setelah dibaikpulih di Limbongan Kapal Malaysian Shipyard Engineering (MSE) di Pasir Gudang, kapal ini telah ditauliahkan kembali pada 18 Disember 1981 di Pasir Gudang,Johor. Pegawai Memerintah KD Raja Jarom ketika itu ialah Komander Zainal Dali manakala Pegawai Eksekutif ialah Lt. Komander Zainal Talib (2 Zainal)…
Dengan KDRJ inilah saya pertama kali belayar ke Sabah dan Sarawak, membawa peralatan tentera Darat dan juga Polis Trafik. Kapal ini juga pernah membawa Troop New Zealand Infantry yang sedang menjalani latihan di Malaysia ketika itu…
Antara pengalaman yang saya tak dapat lupakan ialah membawa 3 laras Meriam Purba dari Pulau Aur atas perintah Istana Johor pada Jun 1982. Pulau Aur terletak kira-kira 35 Batu Nautika dari Pantai Mersing Johor.
Meriam Purba Pulau Aur ini ditemuai pada 1849 oleh seorang Pegawai British bernama JT Thompson, sebanyak 4 laras. Dijangkakan meriam ini dibuat pada tahun 1782 berdasarkan nombor angka yang tertera pada meriam tersebut.
Dalam tugasan pertama KDRJ Berjaya membawa naik 2 laras meriam dan satu laras lagi diambil beberapa bulan kemudian selapas kapal balik dari tugas di Sabah dan Sarawak.
Semasa mengambil meriam yang ketiga inilah krew kami mendengar pelbagai cerita dari penduduk kampong yang mereka mendengar suara tangisan diwaktu malam ditempat 2 laras meriam yang diambil sebelum ini… mereka menjangkan itu suara tangisan meriam ke 3 yang dipisahkan dengan 2 saudara kembarnya yang 2 laras itu (meriam 3 beradik)… malah mereka berpesan supaya berhati-hati kerana takut penunggu meriam itu marah dan akan mengundang bencana kepada kapal.
Namun tugas dan arahan Istana tetap terpaksa kami tunaikan… meriam yang ketiga dibawa naik ke kapal dan dibawa pulang ke Johor Bahru…..
Apa yang diperkatakan oleh penduduk kampong Pulau Aur ternyata berlaku pada 19 Disember 1982 jam 10.10 malam apabila KD Raja Jarom terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kapal tanker Jepun , Syoru Maru di Buffalo Rock di Selat Singapura yang telah mengorbankan 3 anak kapal iaitu 802372 BM Abdul Rahman Bin Kunji Maidin, 805992 BM Ramlie bin Yaakub dan 805221 BM Abd Rahman bin Hamid (3 R)….
Misteri yang menyelubungi KDRJ ialah 3 laras meriam purba (3 M) yang diambil di Pulau Aur itu ternyata memakan nyawa 3 anak kapal yang nama mereka semuanya huruf R (3R) ….
TLDM mengambil 3M dari Pulau Aur, penunggu meriam purba itu menuntut 3R sebagai gantinya… (Wallahualam)….
Nombor yang tertera pada meriam itu iaitu tahun ianya dibuat F1782..... 200 tahun kemudian (1982) 3 laras meriam itu dipisahkan dari tempat asalnya oleh KDRJ.....
Kejadian kedua melibatkan KD Raja Jarom berlaku lagi pada 9 Februari 1984 di Selat Melaka apabila berlanggar sekali lagi dengan kapal tanker Jepun…Cuma kali ini tragedy itu hanya mencederakan 3 anak kapal (3 lagi)….
Sebenarnya segala apa yang berlaku adalah kehendak Allah s.w.t dan pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian itu…. Apa pun misteri yang berlaku …adalah secara kebetulan dan terpulang kepada pemikiran masing-masing…..asalkan ianya tidak menyimpang dari landasan agama....Wallahualam...
Apa pun kita sedekahkah Al Fatihah buat 3 bintara TLDM yang terkorban dalam kejadian ngeri tersebut….semoga roh mereka dicucuri Rahmat Allah ke atas mereka… Aamiin….
KD RAJA JAROM KINI HANYA TINGGAL KENANGAN….
5 Ogos 2019: 3.25 pm
10 comments:
Yg meninggal tu kepakaran apa. No ten 802 masuk navy tahun bila tu..
Seingat saya mereka teknisyen.... berpangkat Bintara Muda.... nombor 802... ni masuk Navy tahun 70 an...
AllahuRabbi
Abang ipar Saya terlibat dalam pengambilan meriam tersebut.. Dan beliau telah kembali ke rahmatilah dlm kemalangan di Laut yg agak misteri..
Kakak sy masih hidup utk menceritakan kisah meriam Pulau Aur... wallahu'alam
Abang Ipar Datin salah seorang dari 3 yang terkorban tu ke? saya kenal ke tiga-tiga arwah tu kerana Cabin mereka bersebelahan dengan kabin kami... setiap kali mereka nak ke kabin mereka...mereka pasti akan lalu kabin kami dahulu....
Saya juga waris kepada slh sorg dari 3 arwah tersebut... puas saya mencari jawapan hgg ke Lumut tp hairan nama arwah pun tiada dalam data base di Lumut...
802372 pengambilan hujung tahun 1965.
Bapa saudara saya yang meninggal masa perlanggaran kapal KD Jarom itu tapi saye pelik , kapal yang canggih tapi tak boleh nak elak perlanggaran itu
Namanya arwah Ramlee Yaakub n kuburnya pon macam kubur orang kampung ,
Rindu dgn arwah tok ayah.. Waktu ni dia sedih pasal meriam ni kena ambil ..keturunan saya sebelah ibu orang asli Pulau Aur…sampai sekarang ada mereka cerita tentang ni .. Al fatihah
Post a Comment