Thursday 25 April 2019

PENGALAMAN PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG - BAHAGIAN 4

Bersambung dari:
PENGALAMAN PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG - BAHAGIAN 3

23 APRIL 2019
Setelah diberitahu oleh jururawat bertugas petang itu bahawa saya akan dibedah pagi esok, malam ini saya dikehendaki membuat beberapa persiapan untuk pembedahan esok (24 April 2019). Antaranya ialah saya dikehendaki mencukur semua bulu-bulu di badan dan di kaki (dibantu oleh pembantu Hospital) kemudian saya dikehendaki mandi malam itu menggunakan sabun Antiseptik. 
Pada malam ini juga saya telah ditemui oleh Pakar Bius IJN (Seorang Doktor wanita keturunan Sikh) dan beliau menerangkan kepada saya segala prosedur pembedahan yang akan berlansung pagi esok. 
Malam ini juga saya dikehendaki tidor secukupnya dan saya juga telah diberikan oleh jururawat bertugas malam pil ubat tidor untuk mengelakkan saya tidak dapat tidor dan berfikir bermacam-macam perkara. 
Alhamdullillah malam itu saya dapat tidor dengan lena namun sebelum itu saya telah sempat bersalaman dengan isteri tersayang yang menemani saya malam itu dan memohon ampun maaf serta saya juga telah memaafkan dan mengampunkan segala kesalahan atau dosanya pada saya.... macam drama Melayulah sikit malam tu.... hehe

Oh ya!! Selepas saya menjalani ujian Angiogram tempohari dan disahkan akan menjalani pembedahan CABG, sebelum pembedahan Pintasan Jantung dilaksanakan, pihak IJN ada memberi senarai barang-barang yang diperlukan sebelum pembedahan iaitu :

1. Kusyen kecil atau bantal kecil 4 segi - untuk digunakan oleh pesakit selepas pembedahan. Pesakit yang baru lepas CABG tidak dibenarkan tidor mengiring, selama beberapa bulan pesakit kena tidur terlentang untuk menjaga bahagian jahitan di dada yang masih lagi baru dan memerlukan beberapa bulan untuk tidor terlentang. Bantal itu kena yang jenis berat sikit sebab pesakit diperlukan tidor dengan memeluk bantal tersebut. Bagi saya keadaan ini memang tak berapa selesa kerana saya dah biasa tidor mengiring, bila tidor terlentang ini susah sikit nak lelap mata...tapi Alhamdulillah semua itu saya terpaksa hadapi dengan sabar.
Pastikan bantal senantiasa dibawa dan ditekapkan diatas dada kemasa kita pergi selepas keluar dari hospital..kerana tempoh untuk pemulihan tulang sepenuhnya mengambil masa 2 bulan. Itulah pentingnya penjagaan rapi.

2. Sarung Kaki khas (panjang) yang boleh didapati di Farmasi. Sarung kaki ini diperlukan untuk mengelakkan jangkita kuman pada bekas jahitan di kaki. 

3. Baju yang berbutang dibahagian hadapan (t-shirt tidak dibenarkan) dan kain batik, kerana selepas pembedahan bahagian dada kita akan dipasang alat (yang saya tak ingat) untuk jururawat yang berada di Kaunter mengesan degupan jantung kita (kalau saya silap tolong betulkan). Jadi bila nak ke tandas kena cabut alat itu dan bila kembali ke katil Jururawat akan memasang kembali alat itu...sebab itu baju berbutang diperlukan untuk memudahkan pemasangan alat tersebut... senang cerita baju kemeja yang berlengan pendek...

4. 3 helai tuala , 1 utk mengelap badan, 1 lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian dada dan 1 helai lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian kaki. Tujuan nya utk mengelakkan jangkitan kuman dibawa ke jahitan yang lain. 3 helai tuala itu perlu diganti setiap kali mandi. Dan ini perlukan kita lakukan beberapa bulan lagi selepas keluar dari Hospital terutama bila kesan jahitan (didada dan kaki) itu masih baru. 

24 APRIL 2019: CABG - CORONARY ARTERY BYPASS SURGERY

Pada pagi 24 April 2019 saya sudah bangun seawal 5.15 pagi untuk mandi menggunakan sabun antiseptik. Selepas solat Subuh, saya didatangi oleh jururawat dengan membawa pakaian untuk dipakai semasa pembedahan. Dengan dibantu oleh isteri saya memakai pakaian tersebut kemudian dikehendaki berbaring di atas katil khas yang telah dibawa masuk oleh petugas IJN. 
Dengan katil itu saya terus dibawa ke bilik pembedahan... hati saya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu....mata saya asyik memadang ke arah isteri saya dengan wajah sayu...syukur Alhamdullillah saya lihat wajah isteri saya tenang sahaja..... saya juga telah diberi ubat penenang.....
Setiba di bilik pembedahan telah menunggu Doktor Pakar Bius yang menemui saya semalam di wad... beliau menerangkan prosedur sambil menenangkan saya ... saya pun tidak sedar masa bila beliau memasukkan ubat bius ke dalam badan saya....  Apa yang saya tahu selepas itu saya lansung tidak sedar dah.........

APA ITU CABG?
CABG (Coronary Artery Bypass Surgery) atau Pembedahan Pintasan Jantung adalah satu kaedah yang melibatkan pembedahan untuk memintas arteri yang tersumbat. 
Dalam pembedahan ini, urat darah (vena) akan diambil daripada salah satu bahagian tubuh yang selalunya di kaki dan digunakan untuk memintas arteri yang sempit atau tersumbat pada permukaan jantung. Urat darah yang diambil itu akan dipotong kepada beberapa ukuran dan pangkal daripada urat darah tersebut akan disambung kepada arteri utama jantung (aorta) yang paling hampir dengan jantung. Hujung urat darah berkenaan akan dijahit atas arteri koronari melepasi arteri yang sempit. 

Pembedahan CABG selalunya mengambil masa di antara 3 hingga 6 jam, bergantung kepada apa yang perlu dilakukan. Di waktu ini, keluarga anda boleh berehat di bilik menunggu di ruang luar dewan bedah. Jika berada di luar IJN juga lebih baik dan kembali semula sehingga selepas masa yang dianggarkan.

Saya memang tidak sedar lansung sepanjang pembedahan dilakukan keatas saya. Apa yang saya ingat saya sedar jam 5.30 pagi esoknya, ketika itu saya lihat beberapa jururawat sedang yang sibuk memasang beberapa peralatan di tubuh saya yang saya pun tidak tahu apa dia. 
Ketika sedar tiub penafasan masih lagi belum dicabut...jadi saya tidak boleh bercakap.... terpaksa guna isyarat tangan apabila meminta sesuatu kepada jururawat. Apabila tiub penafasan ditanggalkan ,  baru saya boleh bercakap. 
Saya telah ditahan di Bilik ICU sebelum dipindah ke HDU (High Dependency Unit). Ketika di HDU, keluarga tidak boleh menemani pesakit kerana pesakit akan dipantau 100% kerana keadaan mereka yang belum Stabil. 
Semasa di ICU dan HDU ini kita akan dipantau sepenuhnya oleh jururawat yang bertugas, kita hanya boleh turun dari katil untuk buat latihan fisioterapi, selain dari itu tak dibenarkan.... nak buang air kecil atau air besar... pun atas katil guna pampers.....masa inilah hari-hari berdoa agar segera dipindahkan ke wad biasa.... namun syukur Alhamdulillah jururawat-jururawat di ICU dan HDU memang cukup terlatih dan profesional... mereka tabah dan sabar dalam menjaga pesakit di ICU dan HDU ini... Saya salute mereka.....

Semasa di wad ICU dan HDU juga saya didatangi oleh petugas Fisioterapi untuk membawa saya membuat latihan berjalan menggunakan peralatan fisioterapi... untuk berjalan selepas pembedahan tentu agak melemahkan dengan keadaan dada dan kaki kita yang masih lagi ada kesan jahitan yang masih baru..tentu menyukarkan... namun latihan fisioterapi diperlukan untuk menguatkan kembali fizikal kita... terima kasih kepada jururawat dan para petugas fisioterapi di wad ICU dan HDU yang tidak pernah jemu jemu melayan kami para pesakit yang baru menjalani pembedahan jantung..... jasa anda akan saya kenang sepanjang hayat saya....dan semoga Allah memberkati tugas murni yang anda sekelian jalankan... 


Sebelum menjalani pembedahan dahulu, saya ada di beri alat penanda aras sedutan pernafasan yang perlu kita gunakan setelah pembedahan nanti. Pesakit digalakkan untuk menyedut alat yang disediakan dan ditahap mana pernafasan mereka itu kalau boleh setiap jam. Tujuannya untuk mengembangkan paru2 dan penting juga untuk jantung mereka. Alat ini sampai sekarang masih saya simpang di rumah. 

Anak dan isteri saya datang melawat ketika masih lagi di wad HDU...

Saya berada di bilik HDU selama 4 hari sehinggalah hari Jumaat 29 Mac 2019 baru saya dipindahkan ke wad biasa. Saya berasa lega apabila dipindahkan ke wad biasa kerana di wad biasa isteri saya boleh menemani saya sepanjang berada di wad.  
Beginilah keadaan saya selesai pembedahan, dengan badan penuh dengan wayar..... sebab itu kita perlu sediakan baju yang berbutang sebelum pembedahan lagi....

Bilik B415 bilik wad biasa selepas dipindahkan dari HDU ward. 

Yang menyeronokkan di Wad biasa saya dapat katil paling hujung berhampiran tingkap.... jadi taklah rasa bosan sangat kerana dapat melihat pemandangan diluar Hospital (IJN). 



Sepanjang berada di wad biasa... kesihatan saya sentiasa dipantau oleh jururawat bertugas seperti tekanan darah, denyutan jantung, nadi dan sebagainya. 
Di waktu pagi pula saya perlu hadir di Pusat Fisioterapi untuk menjalani beberapa proses pemulihan untuk menguatkan jantung dengan dibantu oleh Ahli Fisioterapi IJN yang cukup terlatih.... 
Disini kita perlu menjalani sesi terapi seperti berjalan kaki beberapa pusingan, mengayuh basikal dsb. Ketika kali pertama selepas pembedahan kita akan berjalan keliling wad ICU dengan bantuan alat yang disediakan, kerana keadaan kaki yang masih lemah selepas dijahit.... ada juga rasa sakit sikit maklumkan jahitan itu masih baru, namun lama kelamaan sakit itu akan hilang.. terima kasih pada petugas Fisioterapi yang sentiasa membantu kita ....



Bagi seorang pesakit, lawatan atau ziarah adalah yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pesakit.... kerana ianya dapat menghiburkan dan melupakan sedikit sebanyak kesakitan yang dialami.... 
Ketika di wad biasa, saya juga dikunjungi oleh ahli keluarga, sanak saudara, sahabat dan paling menggembirakan rakan-rakan sebilik semasa Haji 2017 turut menziarah saya..... tak terucap kata-kata ribuan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa menziarahi saya sepanjang saya di wad IJN. 

Dato Hj Roslan dan Isteri Datin Hjh Normadiah dan Hj Mohammad (Che Mad), rakan sebilik saya ketika musim Haji 2017.

 Tuan Haji Jamal dan Isteri Hjh Azlina , rakan sebilik saya dan isteri ketika musim Haji 2017

Tuan Haji Rosli dan isteri Hjh Hasnah, rakan sebilik saya dan isteri ketika musim Haji 2017 turut menziarahi. 
Kenangan bersama pesakit dan keluarga pengiring ketika di wad

FOTO KEHIDUPAN SEHARIAN DI WAD


Aktiviti biasa sebelum tidor... perkena kopi panas cecah biskut atau roti bersama isteri tersayang.... kenangan yang paling manis bagi ku..... disini kemesraan suami isteri dapat dirasakan...


 sebelum melelapkan mata... buka FB, Whatsapp dan lain lain



isteri yang menemani ku di wad....tidor di atas kerusi malas...

Pemandangan luar tingkap tepi katil ku kadangkala membuatkan aku rasa tenang dan damai.... 

Setelah keadaan kesihatan ku agak stabil, maka aku dibenarkan keluar dari wad dan pulang ke rumah pada 3 April 2019. 
Sementara menunggu waktu dibenarkan keluar, sempat juga aku dan isteri turun ke lobby bawah kerana aku dah lama sangat tak dapat menikmati makanan di luar sambil menikmati suasa luar sejak dari 18 Mac lagi aku terperok je dalam wad...... 
Selepas menikmati hidangan di Lobby IJN, aku terserempak dengan rakan sekolah Menengah ku .. Sdr Husin Pilus dan datang untuk mengambil ubat di IJN.... lama juga kami dah tak bertemu.....

Sebelum pulang, saya kena kauseling mengenai pemakanan oleh pakar pemakanan IJN dan juga kaunseling mengenai fisioterapi dan latihan pemulihan selepas keluar wad. 
Ini yang paling penting bagi kita kerana selepas keluar dari Hospital, kita akan kena jaga kesihatan diri kita sendiri. Jadi ambil perhatian sepenuhnya segala apa yang dinyatakan oleh pakar Pemakanan dan Pakar Kaunseling tentang prosedur selepas keluar dari Wad, langkah-langkah yang perlu diambil apabila ada apa-apa kesan sampingan selepas pulang ke rumah, makanan yang perlu dijaga dan perlu dielakkan sepanjang tempoh pemulihan di rumah, tidak boleh memandu selama beberapa bulan dan mengangkat barang-barang berat dan banyak lagi... masa kaunseling itu minta isteri atau teman pengiring kita mencatat butir-butir penting supaya kita tidak lupa apabila berada di rumah nanti.... dan yang penting hadir pada setiap temujanji dan sesi Terapi yang ditetapkan... jangan tidak hadir... 

Setelah mengambil ubat di Kaunter Perubatan, barulah saya dilepaskan untuk pulang ke rumah... Kakak dan anak saudara saya yang datang mengambil saya dan isteri di IJN.


Memang bila baru keluar dari Wad ubatnya banyak sekali terpaksa kita makan. Tapi jangan risau, setelah beberapa lama selepas pembedahan, ubat ini akan berkurangan sedikit demi sedikit mengikut tahap kesihatan kita setiap kali bertemu doktor di saat Temujanji selepas keluar wad. 
Sehingga kini (2021), saya hanya tinggal 3 jenis ubat sahaja yang perlu saya makan mungkin sepanjang hayat saya....

10 - 12 APRIL 2019 - MASUK WAD KEMBALI
Pada 10 April 2019, saya ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan kerana luka berdarah di kaki kanan saya. 
Namun pihak HAT TM merujuk saya kembali ke Institut Jantung Negara dan saya dihantar dengan Ambulan ke IJN. 

Di IJN saya dimasukan sementara ke bilik Kecemasan sebelum dimasukkan ke wad biasa tingkat 2. 




Isteri yang sentiasa menemani ku.... terima kasih isteri ku
 Saya discharge dari IJN pada petang 12 April 2019. 

Setelah keluar dari Wad IJN, saya masih ada beberapa sessi Fisioterapi yang perlu saya hadir iaitu sebanyak 8 Sessi....
Sessi Fisioterapi terakhir saya ialah pada 4 July 2019 dimana pada hari tersebut saya dikurniakan sijil tamat latihan Fisioterapi IJN.... satu kenangan manis sepanjang latihan fisioterapi.....











 Menerima sijil Tamat Latihan Fisioterapi pada 4 July 2019....

Demikian secebis kenangan sepanjang saya menjalani rawatan penyakit jantung di Institut Jantung Negara, KL.... saya kongsikan pengalaman ini untuk mereka-mereka yang mungkin bakal menjalani pembedahan CABG seperti yang saya lalui.... nasihat saya jangan risau, tenangkan hati, In sya Allah semuanya akan berjalan dengan lancar.... memang mula-mula saya bila doktor beritahu kena buat pembedahan CABG, saya agak gementar sikit masa tu, maklumkan sehingga umur saya 58 tahun saya tak pernah lalui satu pembedahan pun selama itu... ini adalah pembedahan pertama dalam hidup saya, memang agak takut, namun doktor dan jururawat di IJN akan sentiasa ada untuk memberi semangat dan sedikit demi sedikit perasaan takut itu hilang... malah pada malam sebelum pembedahan, pakar bius akan datang menziarahi kita di wad untuk menerangkan prosedur pembedahan dan memberi kata semangat kepada kita... 
Saya tidak akan pernah melupakan jasa-jasa setaf IJN termasuk para Doktor, jururawat, Pakar Jurupulih anggota, setaf tadbir...
Kepada jururawat-jururawat yang menjaga saya sepanjang saya di wad IJN, saya sangat terharu kerana layanan baik anda semua tanpa mengira bangsa dan agama.... sabar melayan kerenah pesakit ... adakala kami agak sensitif sikit ...namun sikap profesional para jururawat dan doktor di IJN amat terbaik....
Syabas IJN..... kenangan bersama anda bukanlah kenangan pahit sebaliknya kenangan manis belaka..... selepas ini saya pasti rindu akan IJN....


Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, KL
25 April 2019 : 10.30 pm



84 comments:

Unknown said...

Menarik untuk dijadikan panduan.. Saya sudah hampir 1 bulan menjaga ayah di htaa ktn.. Dr sebelum operate sehingga la hari ini hari ke 9 selepas operate.. Pengalaman yang mendekatkan saya dan adik beradik bersama ayah yang sebelum ni tinggal berjauhan

Unknown said...

Perkongsian pengalaman yg sangat bagus..semoga kita semua sukses dunia dan akhirat.. aaminn ya Allah..

Anonymous said...

Info pengalaman berguna buat saya.. sebab suami sy juga mempunyai masalah jantung, doc sarangkan membuat bypass.. 3 saluran tsumbat.. tp belum buat kerana doc nk monitor dulu...6 bulan sekali jumpe doc pakar hospitar serdang.

Unknown said...

Terima kasih sgt2 kerana berkongsi pengalaman yg berharga ini... Semoga Allah merahmati kalian semua Aamin...

zulheimymaamor.blogspot said...

Sama-sama... in sya Allah puan... bawa bertenang dan bersabar... semoga semuanya dipermudahkan ... di Hospital Serdang rasanya mereka juga buat bypass kalau tak silap...

Unknown said...

Boleh share berapa kos CABG ni tuan...TQ

Unknown said...

Boleh kongsikan cost rawatan tuan?

Unknown said...

Terima kasih do atas perkongsian. Ayah saya baru sahaja selesai bypass jantung.

zulheimymaamor.blogspot said...

Tentang kos rawatan saya tidak pasti... sebab saya pesara Kerajaan ... semua kos ditanggung oleh Kerajaan.... dan saya tidak diberi sebarang detail tentang kos bayaran....

Maad Derod said...

Terima kasih atas panduan juga perkongsian pengalaman.Semuga Hj teruskan kerjaya seperti sediakala selapas operation.

Unknown said...

Salam puan ..kalau puan tak keberatan ..puan boleh cube jus lega ..pengeluaran lega health sdn bhd ..produk tu insyaallah boleh membantu suami puan jika diizinkan allah swt .. puan boleh tgk di youtube lega health ..di situ byk testimoni yg mengamalkan jus lega ..dan tak perlu bypass ..kalau puan berminat ..puan boleh wassap saya 017-239 1415 ..

zulheimymaamor.blogspot said...

Terima kasih Mohd Derod

Unknown said...

Kalau di kpj kos utk cabg rm120k... Ijn dlm lingkungan 60-80k.. Ijn kos yg paling murah di malaysia utk cabg.....

Unknown said...

Berapa kos keseluruhan untuk pembedahan Tuan Haji?

Mohammad Hanif Bin Samsudin said...

Assalamualaikum, terlebih dahulu terima kasih atas perkongsian oleh Tuan Haji, 16 hb 12 2019 ni pula ayah saya akan buat Bypass, insyaallah semoga semuanya selamat. Perkongsian yang sangat berguna untuk saya.

afm said...

hi good to hear that you are doing well after the surgery, my hubby will be going for the surgery on 27 dec 2019. your sharing has been meaningful for me in order to get prepared for the CABG.good luck to you and wish you all the best in your future undertakings.

wakzalwai said...

Terima kasih atas perkongsian. Boleh jadi panduan utk saya, akan buat bypass, 2Jan 2020 Insyaalah..

zulheimymaamor.blogspot said...

You're almost welcome afm... wakzalwai...Mohammad hanif and others.

NiNa YaNa said...

Assalamualaikum mak sy baru 2 minggu lepas buat bypass kt ijn..persoalan yg sy nk tanya dekat encik adalah adakah encik mengalami bengkak di kaki bahagian buku lali tu? Kedua dua kaki mak sy bengkak di bahagian buku lali mcm ade air je bertakunh dekat situ

zulheimymaamor.blogspot said...

Waalaikumsalam Cik Nina.... ada juga sekali tu mengalami bengkak di kaki (bengkak air)... saya terus rujuk ke IJN... doktor bagi ubat mengurangkan bengkak...Alhamdulillah okay lepas tu.... satu lagi ialah masalah luka di jahitan kaki saya agak lama baru sembuh dan kering.... doktor bagi cream .. dan sekarang Alhamdullillah ok sikit... sbb saya memang ada masalah eczema (jangkitan kulit) sebelum bypass lagi....
Apa apa masalah rujuk segera ke IJN ..takut ada kesan sampingan dari pembedahan...tambah kalau yang ada masalah masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dsb....
IJN akan sentiasa memantau tahap kesihatan kita dalam masa 6 - 9 bulan selepas bypass....
saya sekarang dah hampir setahun buat bypass ...sekarang saya dah tak perlu rujuk ke IJN lagi... saya henya perlu ke hospital biasa....

Unknown said...

Assalam, sy nak bertanya.bagaimana encik mendaftar sebagai pesara kerajaan? Kerana sy ingin mendaftar ayah sy ke IJN utk membuat pembedahan CABG? Setahu sy, doktor ada memberitahu ayah sy bahawa pesara kerajaan pun tidak terkecuali dikenakan bayaran. Harap sgt encik dpt menjawab pertanyaan sy ini. Terima kasih.

zulheimymaamor.blogspot said...

W Salam
Saya adalah pesara Tentera dan saya mempunyai Kad Pesara Tentera. Untuk rawatan di IJN memang dikenakan bayaran tapi ianya ditanggung oleh Kerajaan sekiranya kita ada kad Pesara Kerajaan atau surat jaminan dari JPA (jika Awam) mengesahkan ayah saudara adalah pesara Kerajaan....
Hubungi IJN mengenai apa apa dokumen lagi yang diperlukan sekiranya pesara Kerajaan... mereka akan membantu....

Unknown said...

Terima kasih bnyk2 kerana berkongsi informasi...Insha allah, sedikit sebanyk dpt membantu.

Ija said...

Terima atas tulisan tuan...byk bg semangat to husband then husband tunggu. Bypass n tukar injak di IJN hari khamis nih 13/2/2020 br pulih 70% dr stroke semoga berjalan lancar..amin

zulheimymaamor.blogspot said...

Sama sama Puan Ija.... saya berdoa semoga suami puan sembuh dengan izin dari Yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang...
in Sya Allah....

Ija said...

Alhamdulillah berjalan lancar tapi waktu di ICU husband jantung berhenti 4 second Allah je yg tau waktu itu sy n doc team panic then kesesokan hari husband kena menjalani second minor operations utk masukan pacemaker(bateri) kerana jantung lemah....3 kes dlm 1 masa.... husband je dpt rasa rasa kesakitannyam..

Alhamdulillah dh discharge skrg namun setiap 3 hr ke IJN buat INR ujian darah kerana consume ubat WARFARIN selama 6 minggu.

Sekarang 5 hari selepas discharge masih lemah n muntah2 jika makan..tapi sy bagi oat n susu doc bekalkan kadang2 muntah gak...kaki kanan pun sakit langsung x leh gerak...stroke lama kena recovery semula from zero yg sblm ni dh boleh berjalan...

Memang kesian tgk..ye la kita yg menjaganya tgk pun sedih...ni kan yg menanggung...tapi semua ada hikmahnya Allah aturkan....

zulheimymaamor.blogspot said...

Alhamdulillah.. semoga Puan tabah dan bersabar dengan ujian Allah s.w.t. Insya Allah ada hikmah disebalik semua itu... saya turut berdoa atas kesembuhan suami puan...

Piqah said...

Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian tuan insha'Allah harini jam 7.30 pagi 4/6/2020 ayah saya akan menjalani pembedahan cabg. Semoga urusan ayah sy dipermudahkan

zulheimymaamor.blogspot said...

Semoga dipermudahkan segala urusan ayah puan

Unknown said...

Assalamualaikum tuan haji.terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu dan memotivasi saya dan ibu saya.Ibu saya berada di kpj kajang sekarang.selepas pemeriksaan ada 4 blockage kat jantung sekarang kami adik beradik yg kena decide utk bypass coz ibu saya terlalu takut utk operation.umurnya 65.ikutkan doktor mmg xbagi pilihan and nak suruh buat dalam minggu ni jugak coz blockage antara 80 to 90%.Saya otw dr kedah nak balik ke kajang utk jumpa doc pagi esok.xde lain yang nak minta cuma harap2 kami buat keputusan yang tepat dan minta semua mendoakan agar ibu saya selamat sekiranya menjalani pembedahan.Apa nasihat atau pandangan haji berkenaan masalah ibu saya.doc suggest utk ke cvs atau ijn private.ibu saya adalah isteri pesara kerajaan jugak sbb arwah ayah bekas penjawat awam.Cuma katanya kalau nam guna kad pesara ada que dan agak lambat.ibu ada insurance yang cover 50k cost sebenar yang doc estimate +-65k maximum.Doakan urusan kamj dipermudahkan.terima kasih banyak tuan.assalamualaikum

zulheimymaamor.blogspot said...

Walaikumsalam wbt....
Pujuklah ibu untuk teruskan pembedahan CABG... kerana jantung 4 blokage tu dah agak teruk... in sya Allah kalau dapat buat di IJN lagi bagus.... kerana disana doktor doktornya adalah pakar pakar jantung belaka....
Seperti dalam blog saya....kita perlu tabah...kerana semasa pembedahan dilakukan kita berada dalam keadaan tidak sedar... kita hanya sedar apabila selesai pembedahan...
Cuma masa di ICU dalam rawatan rapi selepas pembedahan itu kita berada dalam keadaan lemah dan sakit sikit sikit terutama bila batuk... bersin dan sebagainya...
namun semua itu akan berkurangan dalam beberapa hari... Alhamdulillah dalam seminggu kita dah berasa macam biasa....cuma ada juga beberapa peraturan masih kena jagaa...seperti kena tidor terlentang ... tidak boleh mengangkat barang brang yang berat dsb... nanti doktor akan beritahu apa apa yang tidak boleh kita lakukan dalam fasa pemulihan pertama yang mungkin mengambil masa 9 - setahun....

Dila Donghae said...

Assalamulaikum encik. Terima kasih atas perkongsian. Sy tlh baca peekongsian encik ni sblm ayah sy menjalani CABG lagi. Ayah sy juga br shj menjalani CABG pd 8 jun yg lalu. Sy nak tny,slps CABG ade kesan sampingan lain spt luka di kaki? Ayah pg td kena minor serangan blk dan BP nya agak tggi 2 hr lps. Doktor di hosp kuala pilah pun x pasti apa punca dan hanya boleh dirujuk kpd pakar di IJN.

zulheimymaamor.blogspot said...

Waalaikumsalam Puan...
Saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana selepaa pembedahan CABG saya tidak mepunyai apa apa kesan sampingan lain selain dari luka di kaki yang lambat sembuh...
Namun syukur kini luka dikaki dah pun sembuh cuma sekali sekala ada rasa gatal gatal pada kulit kaki...kerana saya memang daru dulu ada masalah eczema (penyakit kulit)...
Mungkin ayah Puan sebelum bypass memang ada penyakit penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan lain- lain...

Apa apa masalah perlu rujuk kepada IJN sehingga diberitahu oleh mereka...

Saya sekarang tidak lagi merujuk kepada IJN kerana pakar IJN telah discharge saya dari IJN setelah 2 kali appointment menunjukkan tahap kesihatan yang sangat baik... sekarang saya hanya merujuk kepada Hospital biasa sahaja....

Farhan said...

Assalamulaikum. Semoga Tuan sihat dan sentiasa didalam Rahmat Allah. Perkongsian pengalaman tuan sangat membantu untuk faham sintom dari mula terjadinya serangan jantung sehingga prosedur CABG dan pemulihan.

Farhan said...

Assalamulaikum. Semoga Tuan sihat dan sentiasa didalam Rahmat Allah. Perkongsian pengalaman tuan sangat membantu untuk faham sintom dari mula terjadinya serangan jantung sehingga prosedur CABG dan pemulihan.

zulheimymaamor.blogspot said...

Terima kasih

Husniey Husain said...

Suka saya membaca penulisan Tuan Haji, semoga sentiasa sihat. Dengan membaca entri blog tuan haji ini bolehlah saya buat persediaan untuk ayah saya yang bakal operate bypass yang dijadualkan bulan Oktober nanti.

Sekarang di wad kardiologi HTAA, Kuantan.. Baru baru ini ayah ditempatkan di CCU keadaan sangat lemah & telah pun dipasang pacemaker bateri jantung.. 3 saluran di jantung ayah tersumbat.. Mohon doakan semoga semua urusan proses pembedahan, pemulihan nanti berjalan lancar.. Terima kasih.. ☺️

zulheimymaamor.blogspot said...

Terima kasih

sitihaziq said...

Assalamualaikum Tuan Hj. Ayah saya mengalami 3 saluran tersumbat. 28/9 ni akan temujanji dgn doktor pakar bedah. Nak tanya tn hj drpd pengalaman tn hj, bila operation dilakukan selepas bertemu dgn pakar bedah??

zulheimymaamor.blogspot said...

Walalaikumsalam.... Selepas bertemu pakar jantung, mereka akan tentukan bila kita kena buat Angiogram dahulu.... saya buat Angiogram pada 18 Mac dan doktor sahkan 3 saluran tersumbat.. saya terpaksa ditahan di wad IJN sehingga diberitahu pembedahan akan dilakukan pada 24 Mac 2017.. bermakna 6 hari selepas Angiogram... itu bergantung kepada sejauh mana seriusnya keadaan jantung kita....

Unknown said...

Kalau 3 salur tersumbat. Kalau x buat pembedahan mcm mn tuan?

zulheimymaamor.blogspot said...

Sebab tu kena buat Angiogram... Doktor yang akan tentukan samada kena buat pembedahan atau lain lain .... tapi kalau doktor kata kena buat bypass kita tak buat... risiko diserang sakit jantung amat tinggi.....
Saya Alhamdulillah dah setahun lebih buat bypass... tidak pernah lagi mengalamai kesakitkan dada seperti sebelum pembedahan... kalau dulu berjalan beberapa meter pun dah mula rasa sakit sakit di dada kiri.... dan kemudian mereka ke lengan kiri dan terus ke leher kemudian ke jantung.... itu lah pengalaman saya dulu... selepas pembedahan saya tak rasa dah semua tu ...dah boleh berjalan kaki jauh.. dan dah boleh naik jejambat....

sitihaziq said...

Assalamualaikum tn hj. Nak tanya...perlukah katil medical (katil hospital)dirumah disediakan selepas pembedahan bypass??

zulheimymaamor.blogspot said...

Waalaikumsalam.... bagi saya tak perlu katil hospital kalau kita tidak ada sebarang penyakit penyakit yang lain.... saya dah setahun lebih buat bypass tak gunapun katil hospital.... cuma dalam 9 bulan - 1 setahun selepas pembedahan tu kena jaga betul-betul.... tak boleh tidor mengereng, jangan memandu dalam masa sembilan bulan ... tidak boleh mengangkat barang-barang berat melebihi 2 kg.... selepas mandi guna 3 tuala berlainan untuk mengelap badan, kaki dan kepala... semua itu akan diberitahu oleh petugas kesihatan sebelum kita keluar dari wad... pakar pemakanan pun akan jumpa kita sebelum keluar wad tentang penjagaan makanan selepas bypass.... in sya Allah berdoalah semoga Allah swt permudahkan segala urusan selepas pembedahan....

Azlina said...

Suami saya mengalami penat selepas melakukan bypass. Kesian saya melihat beliau. Komplikasi begini kenapa ye

zulheimymaamor.blogspot said...

Bergantung kepada individu... saya pun kalau berjalan kaki jauh sedikit agar merasa lelah dan letih.... mungkin faktor usia ... bila buat temujanji nanti beritahu doktor masalah ni...'

Unknown said...

Berapa umur encik masa buat bypass..ya

zulheimymaamor.blogspot said...

58 tahun

Unknown said...

Salam..ayah saya sedang di bilik pembedahan tuk cabg. Boleh share x ubat dan kain yg digunakan sepanjang tempoh recovery sbb nak jaga luka tu. Mandi mcm mn atau lap shj? Pakai sabun atau mandiantibiotik? Pemakanana pantang ke x?

zulheimymaamor.blogspot said...

Senarai ubat ubat ada dalam blog saya di atas tu... cuba skroll balik....
Selalunya tempoh recovery dalam 9 - 1 tahun...
Pemakanan kena jaga...nanti sebelum keluar pakar pemakanan akan menemui ayah saudara tentang diet pemakanan ... semua akan diberi secara detail....
Selepas keluar dari ICU dah boleh mandi... tapi sepanjang tempoh recovery kena guna tiga tuala (tuala kecil pun boleh)... satu tuala untuk muka...satu tuala untuk badan dan satu lagi untuk kaki... ini demi untuk mengelakkan jangkitan kuman pada bekas jahitan yang masih baru...
se elok eloknya guna sabun antiseptic atau anti bacteria...
Kalau boleh jangan memandu sepanjang tempoh recovery untuk mengelakkan stress dijalanraya....

tapi jangan risaulah....sebelum dibenarkan keluar pakar pakar pemakanan dan doktor akan menemui pesakit terlebih dahulu tentang apa yang perlu dilakukan sepanjang tempoh recovery....

Afizah said...

Terima ksih Tn Hj atas penulisan pnglmn tn hj yg sgt mmbntu trutama kami ank2 yg brhdpn dgn ujian ibu bapa pesakit jantung. Smoga tn hj dianugerahi kesihatan yg baik dan doakn ayah saya yg berusia 73 tahun diberikn kekuatan smngat spt tn hj menempuhi rwtn ini.

zulheimymaamor.blogspot said...

Sama - sama...Aamiin...in sya Allah saya doakan kesembuhan...

Unknown said...

Doktor cadangkan suami sy buat Bypass coz 3 saluran jantung utama tersumbat

Aco said...

Terima kasih atas perkongsian Tuan Haji. Ayah saya akan ada first appointment dgn IJN selepas di refer olh Hospital Serdang utk CABG.

Insyaallah semoga urusan kita dipermudahkan

zulheimymaamor.blogspot said...

Aamiin..In sya Allah... Syafakallah

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian pengalaman Tuan Haji..tmbah pengetahuan dan dpt bersedia sbb isnin depan ayah saya akan menjalani ops bypass di Hospital Penang..doakan moga semua berjalan lancar ye..

zulheimymaamor.blogspot said...

In sya Allah... Aamiin

SS said...

Tq for sharing Tn Hj.. Saya akan ke ijn 8/1 utk temujanji pertama kerana doktor suspek ada salur darah tersumbat..nervous takut semua ada. hanya mampu berserah Pada Yang Satu.

zulheimymaamor.blogspot said...

In sya Allah saya doakan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan...Aamiin

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu ...suami saya tlh disarankan oleh dr pakar utk buat bypass selepas buat engiogram di serdang..suami saya akan dimasukkan ke ward IJN 14 Feb akan datang..dan akan menjalini bypass pada.18 Feb .Haji ada ambil apa apa supplements ke sebelum cabg krn suami saya dinasihatkan agar berhenti ambil supplements. Dan kami buat keputusan utk hanya mkn ubat yg diberi doctor sahaja..dan berserah dgn ketentuan Allah..saya pada mulanya xdpt terima ..tapi bila baca perkongsian dari Haji rasa lega dari pelbagai persoalan dan berserah pada Allah...Maha Mengetahui

zulheimymaamor.blogspot said...

Waalaikumsalam....
Saya tidak ada ambil apa-apa supplement sebelum buat pembedahan.
Memang doktor tak galakkan kita ambil apa-apa supplement atau ubat selain dari ubat yang disyorkan oleh pihak IJN, kerana takut nanti boleh menyebabkan pendarahan selepas pembedahan.
Sebab itu suami puan dimasukkan ke wad lebih awal dari tarikh pembedahan untuk mengelakkan suami puan memakan apa apa ubat-ubatan atau supplement...
In sya Allah... saya doakan semuanya akan berjalan lancar.. semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamiin

Unknown said...

Terima kasih hj...mohon hj berikan nasihat sebagai semangat kpd saya sebagai isteri...dan persediaan mental dan fizikal...tentunya isteri hj yg tlh melalui pengalaman dan ketabahan ada nasihat yg blh saya mohon sebagai perkongsian...

Julia qaisara said...

Assalammualaikum tuan haji.. Suami saya baru lepas cabg 24/12/2020..hari ni discharged.. Dia mengadu sakit belakang dan saya lihat hari ini kaki bengkak.. Adakah itu normal? Tuan haji ada mengalami pengalaman yg sama ke

zulheimymaamor.blogspot said...

Waalaikumsalam .... memang selepas pembedahan ada kesan kesan sampingan bergantung kepada individu... ada yang sihat tiada apa apa masalah... saya lepas pembedahan mengalami masalah luka di kaki pada bekas jahitan dan gatal-gatal pada kulit kaki....syukur Alhamdulillah sekarang dah kembali normal... dah setahun lebih...

zulheimymaamor.blogspot said...

Pada Puan yang meminta nasihat sebagai isteri kena beri galakkan dan semangat pada suami...kalau boleh sentiasa ada di sisi menemani beliau... kalau di IJN di wad biasa isteri boleh menemani suami sepanjang di wad....cuma di ICU selepas pembedahan sahaja tidak dibenarkan....
Saya dulu selepas pembedahan...jika isteri ada bersama saya rasa semacam ada semangat , rasa ceria...
Sentiasa beri kata kata semangat....in sya Allah semoga semua berjalan lancar...

aten said...

Assalamualaikum tuan Haji, saya tau post ni sudah dua tahun. Tp terima kasih di atas perkongsian tuan. Saya baca tuan haji buat angio pada bulan Mac kan. Tp appointment surgery tuan haji pada bulan yang sama ye? Mak saya kena tunggu 3 bulan selepas angio utk buat bypass. Adakah sebab kes tuan haji dah kira emergency? Mak saya ada diabetes dan juga darah tinggi, saya risau kalau ada komplikasi. Doktor ada ckp bwh jantung mak ada bengkak. Taktau apa maksud dia. Mak yg cerita. Saya tak dpt masuk bilik doctor sbb covid ni hanya pesakit shj dibenarkan jumpa doctor. Lepas doctor bagi tarikh surgery lagi 2 bulan, saya assume tak emergency kot. Apa pandangan tuan?

zulheimymaamor.blogspot said...

Walaikumsalam....doktor selalunya akan bagi keutamaan kepada kes Emergency. Dalam kes saya selepas buat angiogram... doktor mengesahkan keadaan jantung saya perlukan pembedahan segera kerana 3 saluran tersumbat..walaupun saya tidak ada penyakit penyakit lain seperti diabetes atau darah tinggi......
Doktor kata jantung emak saudara ada bengkak... tapi ada tak doktor beritahu saluran jantung emak saudara tersumbat... mungkin saluran jantung beliau tidak tersumbat atau tidak begitu serius...

Alisa said...

terima kasih atas perkongsian tuan haji. sangat bermakna dan banyak input saya dapat. ayah saya juga baru selesai menjalani angiogram di IJN di bawah pemerhatian Dr Beni Isman Rusani. ada 2 saluran tersumbat dan injap bocor. ayah saya akan disegerakan utk menjalani pembedahan dlm masa yg terdekat ni. masih perlu duduk di wad sehingga hari pembedahan. harap semua nya ok nanti. musim covid ni kami tak boleh melawat. kami hanya bervideo call sahaja untuk tahu perkembangan ayah kami. moga Tuan Haji dan pesakit jantung lain terus kuat dan sihat. aminnn... doakan urusan ayah saya dipermudahkan juga untuk pembedahan nanti.

zulheimymaamor.blogspot said...

Terima kasih atas doa Puan Alisa.... in Sya Allah saya turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Puan dan kesembuhan ayah puan....Aamiin

Unknown said...

Untuk umur 79thn. Ada risiko yg besar tak untuk bypass procedure.

Lagi2 kesan selepas pembedahan.

zulheimymaamor.blogspot said...

Yang ini kena rujuk kepada doktor pakar ...

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya berasal dr Sabah, pd 29/4/2021 ayah saya akan dijadualkan utk CABG di Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu. Ayah saya berumur 62 Tahun. Dalam keadaan risau ttg risiko pembedahan, tulisan Tuan ini dpt sdikit sbnyak mmbntu saya utk mgurangkan prasaan risau. Terima ksih bnyak diatas perkongsian ini.

zulheimymaamor.blogspot said...

Sama- sama... saya mendoakan ayah saudara/saudari selamat menjalani pembedahan CABG nanti...

fatihah nazri said...

Terima kasih atas perkongsian.. Sekarang, jam 15:18 kami masih lagi menunggu khabar ayah. Dari jam 9am ayah dlm operation theatre buat pintasan jantung. Harap semuanya baik-baik belaka. Amiin ya rabb ❤️

zulheimymaamor.blogspot said...

Bagaimana perkhabaran ayah saudari?

zidlan said...
This comment has been removed by the author.
Azlan said...

Alhamdulillah, sblm bypass ogos 2021 lalu sy byk dpt info dr blog tn hj ini.. Hari ke 2 di wad HDU IJN jantung sy stop pula jam 4.50 pagi.. Nasib baik masih monitor ecg.. Bertungkus lumus nurse dan Dr selamatkan sy.. Seminggu slpas bypass kena operate sekali lagi utk implant bateri icd.. Alhamdulillah sekarang keadaan jantung bertambah baik..

zulheimymaamor.blogspot said...

Alhamdulillah En. Azlan...

Anonymous said...

sy bakal2 bypass..macammana kesihatan tuan selepas setahun dua bypass..

zulheimymaamor.blogspot said...

Alhamdulillah...semakin sehat...tiada lagi masaalah jantung....tetapi tetap kena jaga permakanan.....dan kena makan ubat Kolesterol, Darah Tinggi dan Cair Darah sepanjang hayat....

su ganu said...

Assalamualaikum..Encik sy nk tny...ibu sy bakal menjalani pembedahan pintasan ni 25/3/2023 dan perlu admit pada 23/3/2023 di HUSM, Kubang Kerian...asalnya tarikh operation tersbt slps rya iatu 29/4/2023 tetapi disebabkan ibu sy selalu skt diwaktu mlm sehinggakan perlu mengambil ubt di bwh lidah setiap mlm, dicdngkn oleh pakar jantung supaya dipercepatkan pembedahan tersebut...Utk Pengetahuan Encik, ibu sy berumur 77 tahun dan mempunyai penyakit kecing manis dan darah tinggi...pengalaman Encik sepanjang di IJN, ada tak patient yg sebaya umur ibu sy @ mengalami penyakit kencing manis & Darah tinggi? dan tempoh penyembuhan adakah sama dgn patient biasa? Sebenarnya risau juga nk membenarkan ibu menjalani pembedahan ini namun tidak sampai hati bile melihat penderitaan yg dialami beliau semasa kesakitan. Blh tak Encik share kan...Tkasih

zulheimymaamor.blogspot said...

Waalaikumsalam.... masa saya di IJN tak ada pula saya jumpa di wad saya pesakit berusia seperti ibu saudara.... yang sebaiknya saudara berjumpa pakar Jantung dan minta nasihat dari mereka....saya tak berani nak komen bagi yang ada penyakit kencing manis & darah tinggi.... tapi masa di wad saya dulu ada juga pesakit depan saya yang ada masalah kencing manis dan darah tinggi.... cuma saya tak pasti berapa lama mereka perlu menjalani penyembuhan.... saya pun mengambil masa yang lama untuk penyembuhan terutama luka pada bekas jahitan di kaki kerana saya ada eczema (masalah kulit).... luka saya lambat sembuh.... memang ada risiko bagi mereka yang buat bypass ni... bergantung kepada individu... nasihat saya minta nasihat pakar jantung ... mereka lebih arif...

su ganu said...

Tksh byk2 Encik...tp hr ni mak sy dh admit kat HUSM, Kubang Kerian utk proceed operation bypass kerana telah mempunyai simptom yg dh teruk...

Anonymous said...

Bagaimana keadaan ibu saudari skrg ye..ayah saya pn umur 70an jgk.doc sarankan buat bypass sbb ada 3 blocking..