Saturday, 27 April 2019

KEKALAHAN TERBESAR PORTUGIS DI NUSANTARA DI TANGAN PEMERINTAH TERNATE SULTAN BABULLAH & RAHSIANYA

Sekitar tahun 1570, angkatan Portugis datang ke Ternate (Maluku Utara) bagi menjajah dan menguasai kepulauan rempah itu. Pasukan tentera Ternate berjuang bermati-matian mempertahankan tanah air mereka dari di rampas Portugis. Namun mereka tewas dan Potugis berjaya membina kubu-kubu di Ternate sepertimana di Melaka. Ramai tentera Ternate syahid termasuk Sultan sendiri iaitu Sultan Khairun, ayah kepada Sultan Babullah.

Portugis yang kejam telah menghina mayat Sultan Khairun dengan membelah jenazahnya dan mengambil jantungnya untuk dipersembahkan kepada Raja Muda Portugis di Goa, India. Seluruh umat Islam di Ternate bersa begitu terhina sekali dengan sikap biadap penjajah Portugis
Setelah Sultan Babullah menaiki takhta menggantikan ayahandanya, baginda mula menyusun satu strategi yang bijaksana untuk mengusir Portugis dari bumi Ternate. Serangan dari laut dan darat dilancarkan secara agresif oleh tentera Ternate. Kesannya, satu demi satu kubu Portugis dapat dimusnahkan. Kapal-kapal Portugis juga berjaya ditawan dan ditenggelamkan. Akhirnya Portugis mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah dan menjadi tawanan Sultan Babullah.
Ini adalah kekalahan Portugis yang terbesar di Nusantara. Begitu besarnya jiwa Sultan Babullah, baginda melepaskan semua tawanan Portugis dengan syarat mereka mesti meninggalkan Ternate dengan serta-merta.
Apakah rahsia kejayaan Sultan Babullah?
Pada tahun 1579, utusan kerajaan England yang bernama Francis Drake telah datang ke Ternate menghadap Sultan Babullah. Kedatangan Francis Drake itu bertujuan menjalinkan hubungan dagangan kerana Wilayah Ternate kaya dengan rempah. Francis Drake menyatakan bahawa Sultan Babullah dikelilingi oleh 60 orang pembesar yang dipanggil sebagai ‘Majlis Sultan’ dan ahli-ahli Majlis Sultan tersebut terdiri daripada orang-orang yang berserban dan berjubah seperti orang-orang Turki.
Ini bermakna selain dari kewarakan dirinya, Sultan Babullah dikelilingi oleh segerombolan para ulama yang mana mereka menjadi tulang belakang pemerintahan baginda. Peristiwa itu dirakamkan oleh Matthaus Merian melalui lukisannya pada tahun 1631.
Sejarah membuktikan...gandingan Sultan yang soleh & ulama yang haq boleh menghasilkan kekuatan yang luar biasa....lihat saja gandingan Sultan Muhammad Al Fateh & Syeikh Aq Syamsuddin, Mullah Gurani berserta para ulama yang lain.....inilah sifirnya, inilah rahsianya.....
Ustaz Hasanuddin
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
27/4/2019: 8.09 pm

No comments: