Sunday, 21 April 2019

PENGALAMAN PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG - BAHAGIAN 1

Sindrom Serangan Jantung Akut atau Acute Coronary Syndrom (ACS) ialah gejala darah yang tidak cukup mengalir ke otot jantung dan berkisar antara angina tidak stabil yang mengakibatkan myocardial infarction (serangan Jantung). 
Kegagalan jantung adalah serius apabila organ penting ini tidak dapat mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien penting yang cukup ke seluruh badan disebabkan otot jantung lemah. Masalah jantung ini bukan bermaksud organ ini berhenti berfungsi, sebaliknya ia tidak dapat bekerja dengan baik bagi memenuhi keperluan badan terutama ketika aktiviti fizikal.

PENGALAMAN SAYA
Pada 11 Februari 2019, saya mengalami sakit-sakit di bahagian lengan kiri membawa ke leher dan akhirnya ke dada. 
Saya memang mempunyai sejarah penyakit Gastrik. Oleh kerana tidak menjangkakan yang lain, saya seperti biasa mengambil ubat Gaviscon dan Ranitidine yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan.
Namun keadaan menjadi semakin teruk apabila saya tidak dapat tidor semalaman kerana keadaan sakit saya berterusan hingga ke pagi.

12/2/2019 : HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN, WANGSA MAJU, KL
Pada keesokan harinya (12 Feb), saya dan isteri ke Klinik Kesihatan AU2 di Taman Keramat Kuala Lumpur untuk pemeriksaan. Doktor yang memeriksa saya telah mengesyorkan agar saya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital kerana khuatir jika penyakit saya ini berkaitan dengan jantung dan bukan gastrik. 
Saya pun terus menuju ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang terletak di Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. 
Di HATTM saya terus dibawa untuk ujian darah dan ujian ECG (Electrocardiogram) iaitu ujian untuk mengukur dan merekodkan aktiviti elektrik jantung. Ujian menggunakan mesin yang dikenali sebagai Electrocardiograph. 
Selesai Ujian Darah dan ECG saya dikehendaki menunggu lebih 3 jam kerana ujian darah mengambil masa lama sikit. 
Doktor yang merawat saya kemudian telah mengarahkan saya di masukkan ke wad untuk pemantauan lanjut kerana keputusan ujian ECG dan darah saya menunjukkan keadaan jantung saya tidak begitu baik. 

Saya berada di Wad HAT TM selama 2 malam. Sepanjang di wad pelbagai pemeriksaan dilakukan kepada saya antaranya ujian ECG, X Ray, Ujian Darah, Echo ECG dan lain-lain. 

Image result for sejarah hospital angkatan tentera tuanku mizan




Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dirancang pembinaannya pada tahun 2001 bagi menggantikan 95 Hospital Angkatan Tentera di Kinrara Kuala Lumpur yang telah wujud sejak era Kolonial lagi. 
Hospital yang terletak di Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini siap dibina pada Julai 2009 dan dirasmikan pada 20 Ogos 2009 oleh DYMM SPB YDP Agong ketika Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Hospital ini pun dinamakan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. 

Hospital yang dibina ini dilengkapi sebuah kebuk hiperbarik yang mampu menempatkan tidak kurang 10 pesakit serentak. Secara keseluruhannya hospital ini mempunyai 10 wad dan mengandungi 282 katil. Kos pembinaan hospital ini menelan belanja RM 267 juta. Melalui pembinaan hospital ini ia secara tidak langsung menjadi tanda aras untuk Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera yang moden dan canggih. Selain menyediakan rawatan untuk anggota tentera hospital ini juga turut menyediakan rawatan kepada para ahli keluarga tentera dan juga bekas para anggota tentera yang telah bersara. Hari ini hospital ini telah siap sepenuhnya dan mula berfungsi memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga tentera dan masyarakat setempat. Ia merupakan hospital angkatan tentera terbaru selain dari tiga hospital angkatan tentera yang telah sedia ada di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut Perak, Kem Terendak Melaka dan Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan. 











Saya telah dibenarkan keluar wad pada 14 Februari 2019 setelah keadaan saya stabil. 
Berikut adalah hasil Pemantauan selama 2 hari saya berada di Wad Lelaki Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan KL. 



ACS atau Acute Coronary Syndrome satu istilah umum untuk menggambarkan sakit pada bahagian dada disebabkan masalah jantung. 
Ianya terbahagi kepada 3 bahagian :
1. St - Elevation Myocardial Infaction (STEMI)
2. Non St-Elevation Myocardial Infaction (NSTEMI)
3. Unstable Angina. 

ST-elevation ataupun Non ST elevation itu adalah bacaan yang ditemui pada electrocardiogram(ECG) iaitu bacaan arus elektrik pada bahagian jantung. ST-elevation adalah lebih bahaya daripada non ST-elevation kerana seluruh ketebalan dinding jantung mengalami kekurangan bekalan oksigen dan ia boleh menyebabkan kematian sel pada kawasan tersebut.

TIMI Score merujuk kepada "Thrombolysis In Myocardial Infarction" iaitu skema prognostik mengkategorikan risiko kematian pesakit akibat Acute Coronary Syndrome.

Pihak HAT TM telah merujuk kes saya kepada Institut Jantung Negara (IJN) dan telah menetapkan tarikh ujian Angiogram pada 3 April 2019. 

Setelah dibekalkan dengan ubat-ubatan saya dibenarkan pulang ke rumah untuk menunggu tarikh selanjutnya. 

No comments: