Monday, 29 April 2019

Warisan Sejarah 'Word Class' Yang Perlu Diberi Perhatian

Ada beberapa warisan sejarah kita yang prestijnya melangkaui luar negara kita. Di mana warisan sejarah ini memiliki nilai sejarah dan prestij yang bernilai tinggi. Di mana jika warisan-warisan ini berada di tempat lain, maka ia akan diangkat sebegitu tinggi, dijaga rapi dan diwarwarkan dengan begitu bangga sekali.
Srikandi senaraikan beberapa darinya yang mana Srikandi pernah tampilkan dalam tulisan-tulisan Srikandi sebelum ini.
1) Kapak genggam berusia 1.83 juta tahun (Bukit Bunuh, Lenggong, Perak). Kapak genggam paling tua di dunia.
2) Perahu Pontian berusia antara abad ke-3 hingga ke-5 Masehi (Pahang). Perahu purba tertua yang pernah ditemui di Asia Tenggara setakat ini.
3) Lima buah kapal purba di Tapak Arkeologi Sungai Batu (masih belum diekskavasi) yang dianggarkan memiliki usia yang sama seperti Tamadun Sungai Batu (terkini 582 SM). Jika dinaikkan, akan menjadi kapal purba tertua di dunia, mengatasi penemuan sebuah kapal purba Yunani yang berusia 400 SM pada tahun 2018.
4) Tamadun Sungai Batu yang berusia 582 SM. Tamadun tertua di Asia Tenggara setakat ini
5) Kedah Tua sebagai salah satu ibukota empayar Srivijaya. Ini jelas terbukti tercatat dalam Prasasti Kepingan Leiden Besar (kurun ke-11 Masihi).
Senarai di atas hanyalah beberapa warisan sejarah yang sempat Srikandi perjuangkan melalui tulisan-tulisan Srikandi sebelum ini. Di sana juga ada satu warisan sejarah yang mungkin ada di sebelah Sabah dan Sarawak, walaupun belum lagi ditemui namun Srikandi optimis ia wujud di situ.
Ia berkenaan penemuan koleksi lukisan gua yang amat bernilai tinggi dari segi sejarah:
Srikandi yakin budaya lukisan gua itu bertebaran ke seluruh Borneo, tidak terkecuali kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak. Kita cuma perlukan pasukan dan peruntukan untuk menyelongkar rahsia di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Srikandi berharap... one day... semua warisan sejarah di atas dan lainnya akan diangkat sebaik mungkin sehingga menjadi kebanggaan seluruh warganegara Malaysia. Ia akan menjadi pemangkin jatidiri dan sikap patriotik di dalam semua lapisan masyarakat terutama generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.
~Srikandi
Semberani Sang Bidasari

Copy and paste: FB Sungai Batu - Tamadun Melayu 788SM
29 April 2019: 1.20 pm

No comments: