Monday, 13 August 2018

KAABAH ITU BERHALA?

Daniel Yusoff
Cemuhan Non-muslim dan murtadin terhadap kiblat umat islam. Kaabah Itu Berhala?
Assalamualaikum...Alhamdulillah dan ucapan terima kasih Abg Ngah buat rakan dalam group Bani Jawi ni sebab inform kat Abg Ngah pasal group murtadin dan kafirun (Kiub Batu Itu Berhala) yang lancang mempersenda, memaki hamun dan memburukkan islam. Abg Ngah dah balas kenyataan mereka melalui penulisan Abg Ngah. Tapi macam biasa laa depa akan konar leper kita punya fakta dan seboleh bolehnya memancing kita untuk marah dengan provokasi yang berbagai. Alhamdulillah Abg Ngah tak terpancing sikit pun dengan pojokan kata nista mereka. Inilah penulisan yang Abg Ngah up kan dalam group tersebut. Sengaja Abg Ngah kongsikan penulisan ni untuk pembacaan ahli group Bani Jawi.
Soalan: Kenapa orang islam sembah batu (Kaabah). Jadi, samalah macam orang non-muslim yang sembah berhala tu.
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, syabas saya ucapkan kepada orang yang tanya soalan dan selalu diulang untuk memancing kemarahan umat islam kononnya nak diajak berdebat. Sebab apa saya mengucapkan syabas pada depa ni? Sebab depa sebenaqnya nak ambil tahu mengenai islam. Tapi tu laa, kadang dah tahu tapi sengaja nak cari pasal. Sebab hati depa kosong dan tak tenteram sebenarnya. Hati mereka penuh dengan kebencian yang menebal. Islam bukanlah agama yang ganas, keras dan kasar, jika sesiapa yang ingin bertanya mengenai islam, insya-Allah akan dijawab dengan baik dan penuh kehormatan tanpa mempunyai kepentingan peribadi. Kerana, umat islam sudah dilatih untuk bersikap lemah lembut tidak kira pada sesiapa pun. Kepada yang non-muslim, murtadin yang ada dalam group ni.
Rakan-rakan dari non-muslim mesti terkeliru, kenapa bila orang islam beribadat, pasti mereka menghadap ke kiblat yakni Kaabah. Mereka sembah batu ke? Kata sembah Allah swt, macam cakap tidak serupa bikin sahaja. Lebih baik jadi macam kami, benda yang kami sembah tu hanya ada di depan mata kami sahaja, dekat dan lebih khusyuk. Tidak susah hendak pergi jauh-jauh sampai ke mekah untuk melihat Kaabah dan menunaikan haji. Begitulah kefahaman anda (non-muslim) terhadap kiblat orang islam. Jadi betul ke orang islam ni sembah batu (Kaabah)?
Sama sekali tidak untuk jawapan di atas, orang islam hanya menjadikan Kaabah sebagai kiblat dan tidak lebih daripada itu. Maii sini aya akan huraikan dalam bentuk perbandingan, supaya lebih jelas dan terperinci.
1. Kaabah bukan tuhan, kaabah adalah satu binaan yang dibuat daripada batu bata. Batu kaabah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti mana juga batu hajarul aswad yang berada di sisi bangunan kaabah. Hanya sebagai tanda bahawa ummat islam menghadapnya apabila beribadat. manakala orang yang menyembah berhala percaya bahawa patungnya itu mempunyai kuasa yang tersendiri.
2. Orang islam hanya menghadap ke tapak Kaabah, bukan menyembah Kaabah. Perkataan menyembah dan menghadap adalah dua perkataan yang berbeza dari segi frasa dan makna. Maksud sembah membawa pengabdian sepenuh hati, manakala menghadap pula membawa maksud menghalakan diri ke arahnya. Sedangkan orang yang menyembah patung berhala akan menyembahnya dan percaya bahawa ia sebagai tuhan yang memberi rezeki contohnya.
3. Bukti lain bahawa umat islam hanya menghadap Kaabah sebagai tapak kiblat dan bukannya menyembah kaabah ialah, walaupun Kaabah diangkat dan dipindahkan ke KLCC atau pun tempat yang lain sebagai contoh, umat islam tetap akan menghadap ke tapak Kaabah. Manakala orang yang menyembah berhala tetap akan menghala ke arah berhala walaupun dipindahkan ke seberang jalan sekali pun.
4. Menghadap ke arah satu tapak kiblat adalah satu keajaiban dalam islam, bayangkan di seluruh pelusuk dunia terdapat berbilion umat islam, tetapi ketika beribadat umat islam hanya menghadap ke Kaabah. Ini bermakna, kaabah adalah SIMBOLIK kepada penyatuan dan titik penyeragaman ibadah umat islam hanya semata-mata untuk menyembah Allah swt yang ESA (esa dan satu adalah berbeza, esa tidak memerlukan bilangan). Manakala, orang yang menyembah patung berhala mempunyai beratus-ratus ribu patung berhala yang berbeza-beza dan mempunyai puluhan ribu mazhab.
5. Menjadi bukti ketaatan seorang muslim kepada tuhannya, Allah memerintahkan muslim agar menghadap kiblat ketika beribadah, maka kita sebagai orang islam patuh dengan arahan tersebut. Seandainya tuhan memerintahkan umat islam menghadap ke arah sebiji batu sekalipun sudah tentu umat islam akan menghadapnya, kerana umat islam adalah umat yang paling taat kepada tuhannya. Manakala orang yang menyembah berhala akan memilih patung yang dia hendak sembah mengikut kehendak diri dia.
6. Jika benar orang yang menyembah berhala menyatakan bahawa umat islam menyembah kaabah, sudah pasti umat islam akan membina sebuah replika seperti kaabah kemudian letakkannya di hadapan rumah, jadi tidak perlu umat islam pergi jauh-jauh sehingga ke mekah untuk menunaikan haji dan umrah, atau pun umat islam tidak perlu lagi menghadap ke arah kiblat, kerana Kaabah sudah berada di hadapan mata. Maka sudah pasti umat islam tidak akan melakukan perkara tersebut, kerana bukan bangunan kaabah tersebut yang menjadi kepentingan umat islam, hanya tempat suci (tapak kaabah) sahaja yang penting bagi umat islam.
7. Seperti keterangan di atas tadi bahawa Kaabah tidak mempunyai apa-apa kuasa atau kelebihan tertentu, kalau pun Kaabah itu ditukar dalam bentuk gambar atau lukisan, maka tidak akan ada apa-apa kesan jika kaki memijaknya, buktinya ada pada sejadah umat islam, ketika solat bukan ke sejadah itu akan diletakkan di atas lantai dan umat islam akan duduk di atasnya. Manakala orang yang menyembah berhala akan meletakkan gambar-gambar tuhan mereka di tempat tempat yang mulia dan mereka percaya bahawa gambar itu membawa tuah.
8. Rakan-rakan non-muslim dan murtadin menjawab, kami bukan menyembah patung berhala. Kami hanya menjadikan patung-patung berhala itu sebagai wasilah untuk menyembah Allah swt, tidak boleh ke? Bukan ke Allah swt itu maha kuasa tanpa ada sedikit pun kekurangan, dia tidak memerlukan sesuatu pun untuk menjadi wasilah kepadanya, malah dia menyuruh kita menyembahnya tanpa ada satu wasilah, walau pun kita seorang ahli maksiat yang melangit tinggi dosanya. Cuba fikir-fikirkan ibrah ini, kalau lah kita mempunyai isteri, tiba-tiba semasa kita pergi ke outstation untuk beberapa hari urusan kerja, isteri akan rindu pada kita dengan melihat gambar kita, tetapi dia bukan melihat gambar kita, dia melihat seorang lelaki lain yang ada dalam gambar tersebut, cuba bayangkan bagaimana perasaan kita sebagai suaminya. Cuba bayangkan pula, rakan-rakan dari non-muslim yang menyembah patung berhala, cakap pada saya berapa ratus ribu patung yang sudah kalian sembah? Terlalu banyak bukan. Adakah rindu pada pencipta alam ini, tetapi benda lain pula yang ditatapnya. Sungguh ini tidak adil.
Kesimpulan.
Saya mengajak kepada rakan-rakan dari non-muslim dan murtadin berfikir sejenak, adakah amalan ibadah kita itu betul-betul berdasarkan fitrah yang ada pada diri kita atau pun kalian hanya menipu diri sendiri tanpa ada rasa. Kita telah dihadiahkan oleh Allah swt dengan akal yang sihat dan baik, tidak kah kita terfikir kepada siapa yang sepatutnya kita sembah. Bukan ke tuhan yang hebat itu hanya ada satu (esa)? Fikirkan sejenak, pasti akan ada jawapan.
Copy and paste:
FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
13 Ogos 2018: 8.58 pm

No comments: