Tuesday 7 August 2018

Queen of Langkasuka (Full Movie HD 2008),Sejarah Kesultanan Melayu-Pattani.


Tolong Share ye☺

Saya amat berharap supaya media prima seperti RTM atau TV3 menyiarkan filem epik sejarah melayu ini.Dubbing dalam dialek bahasa melayu-kedah atau melayu-kelantan.

Filem ini dari segi senjata api adalah 100% accurate,Filem ini produksi terbitannya daripada Thailand jadi bahasa digunakan pun dalam bahasa Thai.Kalau dalam bahasa melayu takut Malaysia dan Indonesia klaim filem ini milik mereka,Langkasuka tiada kaitan dengan filem ini.

Kelibat meriam agung bersaiz gergasi iaitu meriam seri pattani kelihatan di dalam filem ini,Meriam tersebut kini dipamerkan di bangunan kementerian pertahanan Thailand yang berhadapan dengan Istana raja siam di Grand Palace.

Ada juga penggunaan senjata api melayu seperti terakol(Pistol),Rentaka(Swivel gun),Pemuras(Blunderbuss) dan Istinggar (Musket-Flintlock mechanisme).

Meriam seri pattani dari segi fakta sejarah dibina untuk menahan gempuran 60,000 bala tentera Ayutthaya-Siam bukan dibina untuk melawan kesultanan songkhla gabungan lanun jepun(Wako) dan Jawa.Meriam melayu agung ini dibina ketika era ratu hijau (1584-1616).

Secara analoginya,Meriam Seri Pattani boleh dinyahklarifikasikan sebagai meriam kuno terbesar dalam sejarah dunia sebaris meriam jugra milik empayar mughal-India dan meriam terpedo Sahi-Silah milik Turki-Uthmaniyyah (Penaklukan Konstatiopple).

Untuk pengetahuan umum,Dari wilayah Pattani darussalam sehingga ke Tanah Sari sempadan Myanmar adalah wilayah milik melayu tetapi kita kehilangan negeri-negeri tersebut akibat daripada perjanjian anglo-siam pada tahun 1909.Majoriti berdialek bahasa melayu-Kedah,barangkali wilayah-wilayah tersebut bekas tanah jajahan kesultanan kedah suatu ketika dahulu.

Semoga tembelang sejarah melayu diseleweng oleh orientalist barat terhapus dari minda kita yang terjajah.

Copy and paste from Whatsapp
7 August 2018 : 9.30pm

No comments: