Monday, 20 August 2018

PERBEZAAN HARI RAYA HAJI IKUT MATHLA' RUKYAH SETEMPAT

Wukuf Arafah hari Isnin 20 Ogos 2018 Raya Aidiladha Selasa 21 Ogos
Di saudi.

Assalamualaikum ustaz.. Pertanyaan saya.. Bila agaknya sunat kita puasa arafah ? memulakan takbir muqayyad di malaysia..
Nak ikut waktu mekah atau Malaysia?
JAWAPAN :
PENETAPAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN DZULHIJJAH BERDASARKAN RU'YAH SETEMPAT INI DAPAT DIFAHAMI DARI HADIS BERIKUT :
، عَنْ كُرَيْبٍ، أَنَّ أُمَّ الْفَضْلِ بِنْتَ الْحَارِثِ، بَعَثَتْهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بِالشَّامِ، قَالَ: فَقَدِمْتُ الشَّامَ، فَقَضَيْتُ حَاجَتَهَا، وَاسْتُهِلَّ عَلَيَّ رَمَضَانُ وَأَنَا بِالشَّامِ، فَرَأَيْتُ الْهِلَالَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، ثُمَّ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فِي آخِرِ الشَّهْرِ، فَسَأَلَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، ثُمَّ ذَكَرَ الْهِلَالَ فَقَالَ: مَتَى رَأَيْتُمُ الْهِلَالَ؟ فَقُلْتُ: رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، فَقَالَ: أَنْتَ رَأَيْتَهُ؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ، وَرَآهُ النَّاسُ، وَصَامُوا وَصَامَ مُعَاوِيَةُ، فَقَالَ: " لَكِنَّا رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ السَّبْتِ، فَلَا نَزَالُ نَصُومُ حَتَّى نُكْمِلَ ثَلَاثِينَ، أَوْ نَرَاهُ، فَقُلْتُ: أَوَ لَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ؟ فَقَالَ: لَا، هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " وَشَكَّ يَحْيَى بْنُ يَحْيَى فِي نَكْتَفِي أَوْ تَكْتَفِي
Dari Kuraib bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Sham. Kuraib berkata, ‘Aku tiba di Sham dan menunaikan hajatnya sedangkan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan.’ Katanya, ‘Bilakah kamu melihat anak bulan?’ Aku menjawab, ‘Kami melihat pada malam Jumaat!’ Ibn Abbas bertanya lagi katanya, ‘Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?’ Aku menjawab, ‘Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa.’ Ibn Abbas berkata, ‘Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal.’ Aku bertanya, ‘Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?’ Ibn Abbas menjawab, ‘Tidak! Beginilah caranya Rasulullah SAW menyuruh kami…’.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1087)
Pencerahan :
Hadis ini menyebutkan bahwa sesuai petunjuk Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Ibnu Abbas (di Madinah) tidak mengambil ru’yah Muawiyah (di Syam, kini syiria), padahal kedua-duanya sangat dekat dari segi jarak dan waktu.
Maka atas dasar ini fuqaha mengatakan setiap negara mengambil ru’yah negaranya sendiri, bukan ru’yah Negara lainnya”. (Lihat al-Mufhim al-Qurthubi 3/142, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an al-Qurthubi 2/295,Nailul Author asy-Syaukani 4/230)
*Jadi Puasa Arafah bagi kita semua mengikut ru'yah tempatan. Iaitu jatuh pada hari Selasa 9 dzulhijjah.*
PUASA ARAFAH TELAH BERLAKU SEBELUM ADANYA WUQUF ARAFAH
Ketika Nabi SAW puasa pada 9 dzulhijjah belum ada umat Islam yg wuquf di Arafah. Sebab ibadah haji baru terlaksana di tahun ke-10 hijriyah (baca : Zaadul maad II : 101, Manarul qari III : 64).
Sedangkan puasa 9 dzulhijjah sudah disyariatkan sejak tahun ke-2 hijriyah jauh sebelum wukuf haji disyariatkan (baca : shubhul a'sya II : 444, Bulughul Amani Juz VI : 119, Subulus salam I : 60).
Jelas, penamaan nama Arafah bukan karena fi'lun (wukuf di Arafah dalam ibadah haji). Bahkan ibadah korban dan idul Adha sudah disambut sejak tahun kedua hijrah..
Kecanggihan teknologi maklumat yg menghubungkan kita dengan mekah tidak sama sekali boleh dijadikan alasan untuk terus ikut waktu di sana.. Jelas sekali kita solat ikut waktu solat tempatan bukan waktu solat mekah. Begitu juga waktu solat hari raya mestilah sesuai waktu tempatan..
Mohd Hazri Al-Bindany
Copy and paste from Facebook
20 August 2018: 2.00 pm

No comments: