Semalam ada sahabat hadiahkan saya sebuah buku berjodol "Koklir, Chindaku & Balan-Balan", beliau adalah pengarang buku tersebut.... dia hadiahkan saya buku itu setelah dia membaca blog saya mengenai Alam Mistik, Mitos dsbnya.....
Bila terlihat perkataan 'Koklir', ingatan saya kembali ke tahun 1983/84 semasa saya membuat tugas rondaan sungai di Sungai Rejang, Sibu, Sarawak....
Dah lama saya tak dengar nama itu - "KOKLIR"
Dulu bila membuat rondaan di sungai terutama waktu malam, keadaan sungai yang gelap gelita dikelilingi hutan tebal dan tebing sungai yang kelam.... dengan pelbagai bunyi - bunyi haiwan rimba adakala menaikkan bulu roma....
Dalam bot saya masa itu ada seorang anggota Renjer berbangsa Iban yang mengendalikan bot getah Dingy, dia attached kat bot kami untuk sebarang tugas yang diperlukan ketika operasi....
Waktu sedang meronda itu, mata kami sentiasa liar memerhati di sekitar tebing sungai, mana tahu ada anasir-anasir subversif yang menunggu di tebing sungai....
Adakala kami terdengar seperti suara jeritan atau mengilai....
Aku dah mula panik, tapi budak Iban tu relak je.... dia nampak aku gelisah, terus dia kata itu bunyi haiwan .... jangan risau.... baru aku rasa lega..... dia orang Iban... hutan dan sungai tu mainan dialah kan..... dia tahu bunyi apa, suara apa....
Tiba-tiba dia tanya aku, "kamu pernah dengan bunyi Koklir tak"
Aku tergamam, "haa... apa ... Koklir ?.. apa tu?"
"Kalau kat Semenanjung orang panggil 'Pontianak', tapi di Sarawak ini kami panggil 'Koklir"....katanya...
"oooo.. pontianak versi Sarawak lah ye? balas saya.....
Dia ketawa.... sambil tu dia cuba menyakat saya.... "nanti selalu-selalulah tengok atas pokok-pokok tu ye... mana tau ada koklir...."
Saya punya bengang masa tu.... masa ni pula dia nak bergurau....tak kelakar lah.....
Terus dia menyakat lagi , "Cantik apa Koklir itu..... kenapa mau takut?"
Aku terus bangun.... masuk bahagian dalam bot dan baring atas bunk...malas nak layan.... terus layan mata sebelum tiba waktu giliran aku berjaga malam....
Harapan aku nanti bila giliran aku pula bertugas.... janganlah pula si Koklir tu datang bertamu sudahlah..... kot-kot nak berkenalan dengan orang Semenanjung....



Serba sedikit yang saya belajar dari sana tentang koklir ini....
Dinamakan koklir kerana dia dikatakan mengeluarkan bunyi berkokok seperti "kok...kok....kok"...seperti ayam jantan ditengah malam yang pekat apabila menghampiri manusia......
So kat sana... kalau malam-malam bunyi macam ayam berkokok, jangan pula kita relax je.... kerana kalau malam itu bukan bunyi ayam... tapi bunyi koklir.... Koklir adalah jelmaan wanita yang mati ketika bersalin... samalah macam pontianak di semenanjung....
Kalau mengikut catatan Benedict Sandin dalam "Ghost Story, Sarawak Gazette, 20 Sept .1964).... Koklir akan berupa gadis Iban yang muda dan cantik dan berpakaian pakaian tradisi Iban penuh....
Berbeza dengan pontianak, kalau di Semenanjung tu yang selalu kita tengok dalam filem-filem Melayu mesti pakai baju warna putih... pelikkan, macam tak ada baju warna lain....dulu masa hidup berbagai fesyen berbagai warna baju....
Selain Koklir di Sarawak juga cukup popular dengan Hantu Bangkit, yang ini lebih kurang macam zombie Kampung Pisang tu lah.... yang lain-lain yang saya pernah dengar waktu bertugas di Sarawak dulu seperti Antu Anak / Indai Abang, Antu Buyu... Antu Berowok (Bidayuh) dan macam-macam lagilah..... tak kurang juga manusia yang berangai Hantu....yang ini kat mana-mana ceruk rantau pun ada, lebih hantu dari hantu.....
Begitulah antara pengalaman suka duka bertugas di Bot Ronda di Sungai Rejang di Sarawak.....
Kata orang jauh berjalan luas pemandangan dan luas pengalaman.... untung saya kerja Navy dulu dapatlah berjalan ke negeri orang dan dapat belajar sejarah dan budaya orang lain....
Di Sarawak memang banyak budaya etnik entik yang tidak kurang menarik untuk kita pelajari.... begitu juga dengan kepercayaan-kepercayaan mereka.... yang penting kita sentiasa menghormati budaya, Agama dan kepercayaan mereka ... jangan kita persendakan Agama, budaya dan kepercayaan orang lain.....
Hj Zulheimy Maamor
5/9/2026: 1.38 p.m
No comments:
Post a Comment