Sumber: MyNewsHub
Yano Shigeru, atau nama Islamnya Haji Ali Bin Ahmad - salah seorang tentera Jepun yang memilih untuk terus tinggal di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua tamat.
Ini kisah penuh dia yang dirakam dalam dokumentari terkenal Jepun tahun 1971:
1. Siapa Dia?
Yano Shigeru berkhidmat 8 tahun sebagai tentera Jepun dan berada di Tanah Melayu sejak tahun 1943. Apabila Jepun kalah perang pada 1945, kebanyakan tentera Jepun pulang, tapi dia dan beberapa lagi yang lain tidak kembali.
Dokumentari 50 minit bertajuk "In Search of the Unreturned Soldiers in Malaysia" oleh pengarah Jepun terkenal Shohei Imamura telah menjejaki kisah mereka di Malaysia pada tahun 1970. Filem itu mengikuti satu demi satu petunjuk palsu untuk mencari bekas askar Jepun yang telah membuang budaya kelahiran mereka untuk berasimilasi dengan masyarakat Malaysia.
2. Hidup Susah Selepas Perang
Haji Ali sendiri mengakui permulaannya sangat sukar kerana dendam rakyat tempatan masih belum padam terhadap kezaliman tentera Jepun.
"Saya tidak mempunyai modal yang besar ketika itu. Walaupun saya tidak pernah menyakiti sesiapa, warga-warga tempatan tidak menyenangi kehadiran saya di sini, lebih-lebih lagi kaum Cina,"
Untuk terus hidup, dia buat apa saja kerja orang Melayu buat masa itu - dia menjadi nelayan selama 5 tahun.
Katanya, dia dilayan baik oleh guru-guru agama tempatan:
"Namun, saya dilayan dengan baik sekali oleh rakan-rakan dari kalangan guru-guru agama."
3. Jadi Melayu, Peluk Islam
Dengan hasil titik peluh menjadi nelayan, dia kumpul duit sikit, kahwin dengan gadis tempatan dan buka kedai basikal sendiri di Masjid Tanah, Melaka.
Hidayah datang melalui kawan nelayannya sendiri:
"Rakan saya yang juga seorang nelayan selalu memberikan nasihat-nasihat yang berguna kepada saya. Kata-kata semangatnya menjadi ‘panduan’ kepada saya sehingga akhirnya, hati saya terbuka dengan luas untuk menerima Islam."
Dia juga sangat terkesan bila seorang guru agama hadiahkan dia buku tentang hari kiamat. Dia kata:
"Umat Islam mempunyai sebuah kitab bernama Al-Quran. Kitab ini bukan ditulis oleh manusia, tetapi Allah swt."
"Orang Jepun memandang kaum Melayu sebagai bangsa yang lemah; kami kuat bekerja dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang diingini. Namun, secara spiritualnya, kami lemah,"
Selepas memeluk Islam, pegangan dia sangat kuat. Dia tak benarkan anak-anak belajar tinggi dan pindah ke bandar, cukup sampai Darjah 6 sahaja, lepas itu hantar ke sekolah agama untuk belajar solat.
4. Tak Mahu Pulang Ke Jepun
Bila kru dokumentari Shohei Imura tanya sama ada dia mahu pulang ke Jepun, jawapan dia mengejutkan:
"Saya mahu gunakan wang itu untuk pergi ke Arab Saudi. Saya mahu ke Makkah,"
Dia hidup secara sederhana di Masjid Tanah sehingga akhir hayatnya. Video dokumentari itu pernah viral di Malaysia pada 2016 dan ditonton ratusan ribu orang.
C&P
23 September 2026: 10:44 a.m.
No comments:
Post a Comment