Dikumpul oleh: Hj Zulheimy Maamor
- MANUSKRIP MELAYU PURBA..Tamadun Melayu suatu ketika dahulu kalau dilihat dalam fakta sejarahnya merupakan sebuah tamadun yang sangat dikagumi disebabkan pelbagai aspek kemahiran dalam ilmu sains dan teknologi purba yang cukup hebat, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam manuskrip manuskrip jawi Melayu lama (purba).
- Terdapat lebih 20,000 manuskrip Melayu bertebaran di seluruh dunia.
- Di Malaysia, cuma ada 4,884 naskah manuskrip yang telah disimpan dan dijaga. Lagi 15,000 manuskrip, ada di Rusia, German, Algeria, Muzium Topkapi, Turki, Britain, Belanda, Portugas dan beberapa negara lain. Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah berkata, semua manuskrip berkenaan tersimpan di beberapa negara dan ia cukup terpelihara.
- Sebanyak 4,600 manuskrip bertulisan Jawi dalam pelbagai biang ilmu yang menjadi koleksi Perpustakaan Negara Malaysia masih belum dikaji sehingga ke hari ini.
- Sehingga kin 20,000 manuskrip Melayu sudah dapat dikesan.
- Terdapat sebuah perpustakaan lama dari Selangor yang tersimpan jauh di bandar tua Deventer, utara Belanda sejak 1971.
- Sebuah manuskrip Melayu tentang rekabentuk dan senibina kapal dari Alam Melayu oleh Rafael Monleon (1840-1900) , dalam Historia De La Navigacion, di Muzium Ketenteraan Sepanyol, Barcelona.
- Ketua Bahagian Asia Tenggara, British Library, London, Datuk Dr Annabel Teh Gallop, telah mendedahkan satu koleksi yang mengandungi 72 manuskrip terdiri daripada 45 kitab berbentuk naskhah berjilid dan 27 pucuk surat yang mana ia adalah milik Tengku Panglima Besar Tun Sayid Jafar Ba' Alawi atau lebih dikenali sebagai Sayid Jafar. Koleksi disimpan di sebuah perpustakaan Athenaeumbibliotheek di sebuah bangunan bersejarah.
- Dr. Annabel Teh Gallop telah menerima Anugerah Merdeka 2022 yang disampaikan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku Penaung Diraja dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka. Anugerah ini diterima beliau diatas jasa mendigitalkan sebahagian besar manuskrip Melayu yang berada di London ke laman sesawang.
- Menerusi arkib digital di British Library, ditemui lebih 100 naskhah manuskrip pelbagai bidang termasuk kanun bertulis, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah serta surat daripada kesultanan Melayu kepada pembesar luar.
- PNM secara berterusan berusaha untuk mengesan dan memperolehi manuskrip Melayu yang berada di luar negara dan telah berjaya memperolehi sejumlah 1,090 naskhah manuskrip telah dibuat salinan ~ melibatkan 22 buah institusi penyimpanan bahan di luar negara antaranya National Library Board Singapore, Bibliotheque Nationale de Paris, Leiden University Library, Belanda, Cambridge University Library, Royal Asiatic Society, The School of Oriental and African Studies (SOAS) dan British Library di London.
- Sehingga 30 November 2024, PNM telah berjaya memperoleh sebanyak 5,336 naskhah manuskrip Melayu dalam pelbagai bidang disiplin ilmu seperti agama, bahasa dan persuratan, sastera, sejarah, perubatan tradisional, perundangan atau ketatanegaraan dan lain-lain yang diperoleh melalui pembelian dan sumbangan.
- Menurut Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu UKM,terdapat 10,000-15,000 judul manuskrip yang bertulisan jawi lama di 151 perpustakaan, arkib dan muzium di sekitar 28 buah negara di seluruh dunia. Sehingga kini lebih kurang 5% daripadanya telah dikaji, bakinya 95% lagi masih belum dikaji yang tidak diketahui isinya.
- Sebuah madrasah di selatan Thailand juga ditemui manuskrip-manuskrip Melayu dalam tulisan Jawi yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu dan dikhabarkan oleh seorang pelajar pondok itu kepada saya,semua manuskrip itu kini dalam perhatian kerajaan Turki.
- Aktivis Kebudayaan dan Pengasas Pusaka, Eddin Khoo berkata, negara asing sangat berminat dengan manuskrip ini kerana mereka boleh mengetahui adat budaya Melayu termasuk latar belakang sejarah suatu ketika dulu.Beliau yang juga anak kepada Tokoh Sejarah Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, khazanah negara ini perlu dibawa pulang untuk kajian mendalam berhubung pelbagai bidang.
- Manuskrip yang tertua dalam koleksi ini dipercayai dihasilkan pada 1603.
- Manuskrip Melayu disimpan di Perpustakaan Utama Amerika Syarikat, merupakan manuskrip dan kitab-kitab kesusasteraan Melayu yang berada dalam koleksi simpanan Charles Wilkes seorang ahli artifak dan juga ketua tentera Amerika yang banyak merekod dan menyimpan segala artifak yang diperolehi di alam nusantara pada abad ke 18.
- Di Eropah, British Museum dan British Library menyimpan banyak manuskrip dari Alam Melayu, malah Universiti Leiden di Belanda juga memiliki arkib yang penuh dengan manuskrip-manuskrip lama ini.
- Manuskrip Melayu di University Leiden, Belanda > University Leiden ditubuhkan pada 1575 oleh Putera William. Perpustakaannya mempunyak lebih daripada 5.2 juta buku dan 50,000 jurnal. Difahamkan lebih 30,000 manuskrip Melayu tersimpan di perpustakaan ini. Koleksi manuskrip Alam Melayu dari Hindia Belanda, koleksi Herman van der Tuuk dan koleksi dari Akademi Delft telah dibawa ke Leiden, Belanda. Koleksi manuskrip Alam Melayu yang berada di Leiden ini terus berkembang pada abad ke-20 dengan pertambahan koleksi perpustakaan peribadi C. Snouck Hurgronje.
- Pada 1824, Koleksi manuskrip Stamford Raffles musnah dalam satu kebakaran kapal laut bernama Fame. Pada mulanya ia disimpan di National Institution apabila dipindahkan ke sana pada tahun 1858.Khazanah yang digelar ' Smithsonian Deposit ' ini juga telah melalui proses digitasi oleh perpustakaan utama Amerika Syarikat di Washington D.C iaitu Library Of Congress.
- Antara manuskrip dalam koleksi Wilkes pula adalah Sejarah Melayu oleh Munshi Abdullah ( 1840 ), Hikayat Abdullah ( 1843 ), Hikayat Amir Hamzah ( 1838 ), Hikayat Johor ( 1838 ), Hikayat Panca Tanderan ( 1835 ), Hikayat Patani ( 1839 ), Hikayat Syah Mardan ( 1837 ), Hikayat Isma Yatim ( 1837 ), Hikayat Singapura ( 1837 ), Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu Dalam Segala Negeri ( 1837 ), 7 buah Kitab Injil ( 1820 - 1831 ), dan Kitab Tib tulisan tangan Munshi Abdullah yang ditulis pada tahun 1837.
- Manuskrip Sulalatus Salatin mempunyai lebih 30 versi, Manuskrip undang-undang Melayu ada lebih 50 versi, terdiri dari 2 bahagian utama iaitu Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut.
- Hukum Kanun Brunei > ditemui satu naskah di Perpustakaan Vatican yang dilabel 'Vat.Ind.IV' yang diiktiraf paling tertua antara semua versi, ada persamaan antara Hukum Kanun Brunei dan naskah Vatikan itu. Bayangkan, manuskrip paling tua Undang-Undang Laut Melayu dipegang oleh Perpustakaan Paus Katolik di Vatican. > 'Malakaans Wetboek van Zeerecht' di Biblioteca Apostolica Vaticana'.
- Kitab Ilmu Bedil adalah manuskrip Melayu yang ditulis pada pertengahan abad ke -19 dan mengandungi pengetahuan tradisional tentang senjata api Melayu. Kini disimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP Kuala Lumpur.
- Manuskrip Melayu bertajuk 'Hikayat Nurul Lisan Menjawab Masalah (MSS 1792)' , adalah salah satu daripada manuskrip Melayu koleksi Kitab Tib, dipamerkan dalam Pameran Manuskrip Melayu Kitab Tib 1001 Rahsia Ilmu Perubatan Tradisional telah diadakan sempena Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu (PAMM 2024). Kitab Tib sudahpun dicalonkan dalam program Memory of the World UNESCO pada 2023 sebagai warisan dunia yang berharga. Manuskrip ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.
- Penerangan dari UNESCO mengenai 2 buah manuskrip Melayu : "Kitab Ilmu Bedil (MS 101) or Book of Traditional Weaponry, is a Malay manuscript which is regarded as a traditional literary genre written in the mid-19th century containing the precious traditional knowledge on weaponry. It includes the making of traditional firearms, guns, firing and shooting techniques, position, marksmanship, unerring, and ammunition."
- Arkib di Turki menyimpan 96 juta manuskrip termasuk manuskrip daripada Tanah Melayu. Ia membuktikan hubungan Uthmaniyyah dengan Kesultanan Melayu Melaka - Ustaz Amin.
- Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), semasa serangan Portugis pada tahun 1511 Masehi. Maka manuskrip Hikayat Amir Hamzah ini dipercayai telah pun ada sejak abad ke-15 lagi di Kesultanan Melaka dan dunia kesusasteraan Melayu. Ia adalah manuskrip Melayu terawal yang menyebut asal-usul Rendang di alam Melayu.
Lain-lain Bacaan:
- Koleksi Manuskrip Melayu - Perpustakaan Negara Malaysia
- Manuskrip Melayu : Jabatan Warisan Negara.
- Wikipedia : Kategori Manuskrip Melayu
Hj Zulheimy Maamor
12 Julai 2025: 11.59 a.m
No comments:
Post a Comment