Tidak jauh dari Pusara Aman, lebih tepat lagi di tempat letak kereta Cemetery South Street 18, terdapat satu lagi tanah perkuburan Islam lama yang jarang diterokai ramai.
la adalah satu-satunya sisa peninggalan dari Kampong Bereh yang pernah terletak di Old Choa Chu Kang Road.
Seperti masyarakat lain yang meninggalkan kampung halaman untuk memberi laluan kepada projek pembangunan negara, begitu juga penduduk Kampong Bereh yang telah diarahkan berpindah keluar seawal tahun 1985.
Namun, apa yang menariknya ialah ‘penghuni-penghuni’ kubur di Kampong Bereh tidak ikut dipindahkan sama.
Tapak Kubur Kampong Bereh itu pada awalnya adalah milik seorang pendatang Cina asal Thailand iaitu Koh Hui Cheok dari Koh Mah Wah & Company. Beliau ini terkenal aktif menyumbang dana buat British Red Cross Fund di Bangkok.
Tanah Koh Hui Cheok itu kemudiannya diserahkan kepada The Municipal Commissioners Of The Crown Of Singapore oleh anaknya, Koh Kye Kwang pada tahun 1930.
Bermula tahun 1930 itulah, tanah itu dikhususkan sebagai tanah perkuburan orang-orang Islam Kampong Bereh.
Dari tahun 1952 sehingga ke hari ini, Kubur Kampong Bereh itu kekal sebagai tanah milik negara atau State Land dan di bawah pengurusan Ministry Of Sustainability And The Environment.
***
Foto:-
Jejak Warisan Singapura
Copy and paste:
1 Julai 2025: 2.28 p.m
No comments:
Post a Comment