Saturday, 10 September 2022

Kenapa Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) tak sama dengan hari kelahiran YDPA yang sebenar?

Oleh: Ayman Rashdan Wong

Ever wonder why? Here's why.
Tradisi menyambut Hari Keputeraan Rasmi YDPA sebenarnya berasal dari King's Official Birthday di Britain.
Di Britain pun, Queen Elizabeth II punya "official birthday" tahun ni jatuh pada 13 Jun, walaupun beliau lahir pada 21 April. Even ayahnya George VI yang lahir pada 14 Disember pun menyambut "birthday" pertamanya sebagai raja pada 9 Jun 1937.
Raja Britain pertama yang menyambut official birthday ialah George II yang memerintah dari tahun 1727 hingga 1760. George II ialah seorang yang fanatik hal ketenteraan, dan dia pernah memimpin tentera Britain mencapai kemenangan dalam perang Battle of Dettingen di Jerman pada tahun 1743.
5 tahun selepas kemenangan di Dettingen, George II teringin buat perarakan tentera untuk mempamerkan kemegahan tentera Britain. Hari yang paling sesuai kalau ikutkan adalah hari keputeraan raja. Tapi George II lahir pada 9 November, kalau buat perarakan pada November tak sesuai sebab dah dekat musim sejuk.
So George II pilih waktu musim panas (Jun-Ogos) untuk menyambut hari keputeraannya dan mengadakan perarakan tentera pertama sempena hari keputeraannya pada 14 Jun 1748. George II menamakan perarakan ini sebagai "Trooping the Colour", merujuk kepada warna pada panji-panji rejimen tentera yang diarak.
Sejak itu King's Official Birthday (atau Queen's Official Birthday kalau ratu yang memerintah) akan diadakan sekitar Jun setiap tahun. Walaupun tiada lagi raja Britain selepas George II yang turun ke medan perang, Trooping the Colour tetap diadakan untuk menonjolkan peranan raja sebagai pemerintah tertinggi (commander-in-chief) angkatan tentera.
Semasa Trooping the Colour, raja akan berkenan memeriksa perbarisan tentera Household Division yang terdiri daripada 7 rejimen (2 dari Household Cavalry dan 5 dari Foot Guards) di Horse Guards Parade. Dulu Elizabeth akan naik kuda sendiri untuk memeriksa tapi sekarang usia dah lanjut, tak larat, so naik kereta kuda saja.
Untuk tahun ni Trooping the Colour tetap berlangsung walaupun penularan COVID, cuma ia akan dibuat secara tertutup di Windsor Castle bukannya dibuka kepada orang awam macam tahun-tahun lepas.
King/Queen's Official Birthday turut disambut sebagai cuti umum di negara-negara Commonwealth realm (bekas jajahan British yang menjunjung Queen sebagai ketua negara) termasuk Canada, Australia dan New Zealand. Selalunya pada Jun juga. Untuk tahun ni, Australia buat 8 Jun, New Zealand 1 Jun.
Negara bekas Commonwealth realm seperti Malaysia, Brunei, Tonga dan Lesotho yang masih ada raja pun ada sambutan Hari Keputeraan Rasmi yang tersendiri, dan juga ada istiadat Trooping the Colour.
Di Malaysia ia dikenali sebagai Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda YDPA di mana panji-panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan diarak.
Kalau ikutkan, Istiadat Mengarak Panji-Panji di Malaysia boleh diadakan pada bila-bila masa sebab cuaca yang summer sepanjang tahun. Tapi sejak Merdeka, Hari Keputeraan Rasmi YDPA disambut pada RABU pertama Jun. Hanya bermula tahun 1992 baru disambut pada Sabtu pertama Jun.
Di zaman DYMM SPB Sultan Muhammad V, tarikh Hari Keputeraan Rasmi YDPA dipinda ke 9 September. Dan untuk tahun ini, ia dipinda sekali lagi ke Isnin pertama Jun.
Tak macam Brunei, Lesotho, Tonga or even Thailand dan Jepun di mana sambutan hari keputeraan raja jatuh pada hari kelahiran sebenar raja, hari keputeraan ketua negara Britain dan Malaysia memberi gambaran bahawa monarki di negara-negara ini adalah satu institusi, bukan individu.
Meskipun raja bersilih ganti, sistem beraja kekal berdiri sebagai satu institusi yang terikat dengan Perlembagaan. Moden, tapi pada masa yang sama masih memelihara tradisi dan identiti, menjamin kestabilan negara.
So selain bercuti, gunalah Hari Keputeraan YDPA ini untuk reflect dan menghayati makna institusi negara kita.
Long live the King! Long may he reign.
Copy and paste: 10 September 2022 > 13 Safar 1444H: 10.58 am

No comments: