Wednesday, 7 September 2022

ASAL USUL BAHASA MELAYU

TAJUK: ASAL USUL BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH: ESRA FLORICCA NUYAH

ISI KANDUNGAN

i. ASAL USUL BAHASA MELAYU
ii. ASAL USUL PERKATAAN MELAYU
iii. ASAL USUL BANGSA MELAYU

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu dari turunan bahasa Austronesia Purba

PENGKAJI MENDAPATI BAHAWA BAHASA MELAYU SEBENARNYA BERASAL DARI BAHASA INDUK AUSTRONESIA PURBA. BAHASA MELAYU MERUPAKAN KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA PURBA YANG MANA BAHASA AUSTRONESIA PURBA INI DIKATAKAN TERBENTUKDI PULAU ASALNYA DI TAIWAN

JAMES T. COLLIN (1998) BERPENDAPAT BAHAWA PENUTUR BAHASA AUSTRONESIA PURBA INI TELAH BERIMIGRASI KE ARAH SELATAN DAN MELALUI  FILIPINA UNTUK MEMBANGUNKAN KEBUDAYAAN MANUSIA DI PULAU-PULAU YANG MASIH KOSONG DAN SETERUSNYA BAHASA AUSTRONESIA PURBA INI TELAH TERSEBAR DIKEPULAUAN PASIFIK. PERKARA INI DAPAT DILIHAT MELALUI PENERBITAN KAMUS YANG DIHASILKAN OLEH F de HOUTMAN PADA AWAL TAHUN 1603 TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA BAHASA MADAGASKAR MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN BAHASA MELAYU MALAH SELURUH KERABAT BAHASA AUSTRONESIA TURUT DIKENALI SEBAGAI KERABAT BAHASA MELAYU-POLINESIA SEHINGGA SEKARANG.

Menurut James T. Collin, bahasa Melayu merupakan turunan bahasa Austronesia Purba yang digunakan di Kalimantan Barat sejak kurang lebih dua juta tahun yang lalu. Hal ini berdasarkan pendapat yang disepakati sebahagian besar ahli terkemuka dalam bidang arkeologi Austronesia dan lingusitik perbandingan bahawa bahagian barat Kalimantan merupakan tempat asal bahasa Melayu yang dikaitkan dengan sejarah perpindahan dan penempatan baru penutur bahasa Melayu Purba. Pada mulanya, penutur bahasa Melayu purba ini mendiami daerah yang berhampiran dengan kawasan pengairan seperti tanah basah, delta dan pantai menyebabkan mereka mahir dengan teknologi pelayaran. Akibat daripada kemajuan dalam teknologi pelayaran, penutur bahasa Melayu Purba ini telah berimigrasi ke arah menyeberangi laut Cina Selatan melalui Pulau Tambela dan Riau ke Sumatera sehingga ke hujung selatan benua Asia yang dikenali sebagai Semenanjung Malaysia sekitar 100M.

BAHASA MELAYU BERASAL DARI TANAH BESAR ASIA ATAU ASIA TENGAH

Orang Melayu diandaikan berasal dari bahagian selatan China. Walau bagaimanapun, bahagian selatan China yang dimaksudkan tidaklah dapat dimengertikan dengan tepat kerana wujudnya pelbagai hipotesis yang mana bahagian selatan China yang dimaksudkan ialah Indo-China, ada juga yang menyatakan pantai timur China Selatan yang merujuk kepada kawasan Champa dan Kampuchea serta ada yang merujuk bahagian selatan China sebagai Burma. Sungguhpun begitu, orang Melayu dikatakan telah bermigrasi ke Nusantara secara berkelompok dan menduduki Nusantara sekitar tahun 2000SM. 

Hipotesis asal usul bahasa Melayu dari Tanah Besar Asia atau Asia Tengah telah dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin (1982) serta disokong oleh R.H. Geldern pada tahun 1932.

Hipotesis ini disokong oleh R.H. Geldern kerana beliau telah melakukan kajian arkeologi ke atas bahan artifak iaitu dengan penemuan sebilah kapak tua di Nusantara yang didapati mempunyai bentuk dan jenis yang sama dengan kapak tua yang ditemui di Sungai Hwang Ho, Yang Tze, Mekong, Brahmaputra, Salween dan Irrawadi. Oleh sebab itu, penemuan bukti artifak tersebut yang mempunyai persamaan dengan artifak yang ditemui di Tanah Besar Asia menyebabkan Geldern mengandaikan bahawa kapak tua tersebut telah dibawa oleh orang Asia Tengah ke Nusantara semasa berlakunya proses migrasi kawasan.

Seterusnya, penemuan bukti budaya yang mana J.R. Logan pada sekitar tahun 1955 dalam kajiannya mendapati bahawa terdapatnya persamaan antara adat resam antara penduduk di tanah pergunungan di antara negeri Assam, India dengan penduduk di kepulauan Hindu Timur. Hal ini dapat dibuktikan dalam kajian Logan yang melihat amalan adat resam yang diamalkan oleh penduduk di Sumatera sama dengan adat resam yang diamalkan oleh suku kaum Naga di Assam, India.

Aspek bahasa turut menjadi bukti yang dikemukakan oleh para sarjana untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu itu berasal dari Tanah Besar Asia. Hal ini telah dinyatakan oleh J.H.C. Kern (1833-1917) melalui kajian perbandingan perkataan asas yang mana kajian mendapati bahawa terdapatnya persamaan antara perkataan asas di Nusantara dengan perkataan yang ada di Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau di Lautan Pasifik. Sebagai contoh, antara perkataan asas yang menjadi data perbandingan dalam kajian tersebut ialah perkataan pisang, besi, buluh dan lalat. Daripada penemuan bukti kosa kata tersebut, J.H.C Kern pada akhirnya merumuskan bahawa bahasa Melayu berasal daripada satu induk yang ada di rantau Asia yang dimaksudkannya sebagai Tanah Besar Asia.

BAHASA MELAYU BERASAL DARI NUSANTARA

Ada dalam kalangan pengkaji yang tidak menyetujui hipotesis asal usul bahasa Melayu dari Tanah Besar Asia atau Asia Tengah sebaliknya, mereka menemukan bahawa bahasa Melayu itu diandaikan berasal dari Nusantara atau pun dikenali sebagai Kepulauan Melayu. Hal ini dapat dilihat menerusi analisis kajian John Crawfurd (1852) yang membandingkan bahasa Melayu dan Jawa dengan bahasa di Sumatera, Borneo dan kawasan Polinesia.

Daripada kajian perbandingan yang dilakukan, John Crawfurd mendapati bahawa terdapat banyak perkataan dari bahasa Jawa dan Melayu serupa dengan bahasa serumpun. Pendapat ini kemudiannya membawa kepada kesimpulan bahawa tempat asal bahasa serumpun adalah di Pulau Jawa yang melahirkan bahasa Jawa dan di Sumatera yang melahirkan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan oleh perkembangan kebudayaan yang sangat menonjol berlaku di Pulau Jawa dan Sumatera pada abad ke-19. Perkembangan kebudayaan tersebut menampakkan bahawa Pulau Jawa dan Sumatera memiliki ketamadunan tinggi yang hanya dapat dicapai selepas perkembangan budaya dalam tempoh yang sangat lama sekaligus tempoh tersebut menunjukkan bahawa orang Melayu berasal dan berkembang di Nusantara.

Seterusnya, William Marsden (1754-1836) melalui bukti bahasa telah mendapati bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Polinesia, Melanesia dan Mikronesia daripada aspek bentuk kata dan struktur bahasa. Ketiga-tiga bahasa yang disebutkan ini juga berasal daripada induk yang sama dengan bahasa Melayu iaitu bahasa Austronesia Purba. Persamaan ketiga-tiga bahasa ini dengan bahasa Melayu menunjukkan bahawa adanya hubungan kekerabatan antara bahasa-bahasa tersebut yang menjadi bukti bahawa bahasa-bahasa tersebut adalah dalam rumpun bahasa yang sama.

Bahasa Melayu sebenarnya didapati memang telah sedia ada di Kepulauan Melayu dan penduduk di Kepulauan Melayu menuturkan bahasa keluarga Nusantara termasuklah bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa penutur bahasa Melayu bukanlah berasal dari mana-mana sebaliknya mereka merupakan induk yang memang sedia ada di Nusantara dan kemudiannya menyebar ke tempat lain dengan membawa bersama bahasa Melayu pada ketika itu.

Bertitik tolak daripada pernyataan ini, para sarjana yang menolak hipotesis asal usul bahasa Melayu dari Asia Tengah ini menemukan bahawa bahasa di Nusantara yang berasal dari induk bahasa Austronesia berbeza dengan bahasa di Asia Tengah yang merupakan turunan dari induk bahasa Indo-Eropah. Hal ini demikian diperlihatkan oleh bukti sejarah bahasa yang mana bahasa Austronesia telah tersebar ke bahagian pesisir Pantai Timur Laut (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi) dan selatan (kawasan Nusantara). Sungguhpun begitu, penyebaran bahasa Austronesia sama sekali tidak melibatkan kawasan Asia Tengah sekaligus menafikan hipotesis asal usul bahasa Melayu dari Asia Tengah.

Jika dilihat pada susur galur salasilah bahasa, bahasa Melayu adalah turunan bahasa Austronesia yang tergolong dalam subkeluarga Indonesia Pusat manakala bahasa Cina, Tibet, Siam atau Annam yang dituturkan oleh penduduk di wilayah selatan China adalah berasal dari rumpun Cina-Tibet.
Sejarah keluarga bahasa ini juga tidak dapat dinafikan telah menolak hipotesis asal usul bahasa Melayu dari Asia Tengah.

RUMPUN AUSTRONESIA

KELUARGA KELUARGA KELUARGA KELUARGA NUSANTARA POLINESIA MELANESIA MIKRONESIA (INDONESIA)

KELUARGA RUMPUN TAIWANIK AUSTRONESIA

KELUARGA MELAYU-POLINESIA

BARAT TENGAH TIMUR

TEORI ASAL USUL MELAYU

1. TEORI HENDRICK KERN
2. TEORI JAMES COLLINS, NOTHOFER, ROBERT BLUST DAN ADELAAR

ASAL USUL PERKATAAN MELAYU

BEBERAPA HURUF MEMBENTUK SEBUAH PERKATAAN. PERKATAAN YANG DISUSUN PULA MENJADI SEBARIS AYAT. AYAT-AYAT YANG TELAH DIGABUNG DAPAT MELENGKAPI SATU SAMA LAIN DAN MENGHASILKAN SEBUAH PENULISAN YANG INDAH SERTA BERIRAMA. PERBEZAAN BAHASA PERTUTURAN DARI MASYARAKAT PELBAGAI KAUM TIDAK MENJADI SEBARANG MASALAH KERANA SETIAP INDIVIDU
FASIH DAN MENGETAHUI ILMU PENULISAN BAHASA MELAYU SERTA BAHASANYA.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

• BAHASA MELAYU KUNO
• BAHASA MELAYU KLASIK
• BAHASA MELAYU MODEN

RUMUSAN:

BAHASA MERUPAKAN SISTEM LAMBANG BUNYI SUARA YANG DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT BERKOMUNIKASI SESAMA MANUSIA. SECARA TEORINYA, PENUTUR BAHASA MELAYU ADALAH BERASAL DARI AUSTRONESIA YANG TERDAPAT DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN PULAU-PULAU MELAYU. JUSTERU, BAHASA MELAYU JUGA TELAH BERKEMBANG MENJADI TIGA TAHAP UTAMA IAITU DARI BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK DAN SETERUSNYA KE BAHASA MELAYU MODEN.


Copy and paste:
7 September 2022 : 10 Safar 1444H: 8.55 am

No comments: