Wednesday, 7 September 2022

ASAL USUL BAHASA MELAYU -RUMPUN BAHASA MELAYU -CABANG-CABANG BAHASA AUSTRONESIA

ASAL USUL BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH: ESRA FLORICCA NUYAH

PENGENALAN:

DEFINISI BAHASA

Bahasa merupakan satu sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan atau berkomunikasi antara manusia. Bahasa adalah gabungan fonem yang membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalmat yang memiliki maksud. 
Misalnya, istilah ‘Melayu’ digunakan dalam pengertian yang luas serta yang sempit. Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang ini. Penggunaan istilah ‘Melayu’ yang lebih am ialah yang merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu di pantai Timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lain yang berdekatan.

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal usul orang Melayu iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur disebabkan oleh sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidik dengan lebih mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara ringkas mengenai latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno iaitu nenek moyang orang Melayu. Beberapa teori telahpun mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Perkara ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi iaitu dengan kedatangan pertama yang disebut Melayu

Proto dan kemudian kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi, datang pula gelombang kedua iaitu golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara dan telah menunujukkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam. Namun begitu, terdapat teori terbaharu yang menyatakan bahawa tempat asal orang Melayu ialah Pulau Borneo dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga kelompok yang besar melalui tiga arah iaitu:

 Ke Barat,arah ke Sumatera Utara
 Ke Timur Laut menghala ke kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke Sulawesi dan Kalimantan Timur, dan
 Ke Barat Daya iaitu Sumatera Selatan dan Jawa Barat

o Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat dilihat unsur persamaan.
o Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris.
o Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu rumpun bahasa Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.

o Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di kepulauan Melayu, kumpulan bahasa Polinesia, antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori.
Kumpulan bahasa Melanesia antaranya bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris
dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti berikut:

RUMPUN AUSTRONESIA
Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut: 

Rumpun Austronesia

Keluarga Nusantara Polinesia Melanesia Mikronesia(Indonesia)

Namun, ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah mengelompokkan rumpun bahasa austronesia kepada dua kumpulan utama, iaitu: Rumpun Austronesia Keluarga Keluarga Melayu- Taiwanik Polinesia Barat Tengah Timur.

TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU
Terdapat banyak teori asal-usul bahasa Melayu. Teori ini bolehdibahagikan kepada dua teori penting yang mendasari asal-usul bahasa Melayu, iaitu:(1) Teori Hendrick Kern(2) Teori James Collins, Nothofer, Robert Blust, dan Adelaar.

TEORI HENDRIK KERN
 Orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.
 Orang-orang Austronesia berasal dari Champa (di persisiran pantai Kemboja).
 Orang-orang Austronesia turun ke Semenanjung menjadi orang Melayu.
 Orang Melayu dari Semenanjung berpecah-pecah ke sebelah timur.
 Teori ini tidak lagi digunakan pada masa kini.

TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI JAMES COLLINS, NOTHOFER, ROBERT BLUST, ADELAAR

 Mewakili dua pendapat yang agak sama tetapi ada sedikit perbezaan, iaitu dari segi migrasi orang Melayu.
 Namun, keempat-empat ahli sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.
 Kerana Pulau Borneo – tempat asal-usul penutur orang Melayu.

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.

Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting: 

Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):
1. Ditulis dalam huruf India.
2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu
bersurat abad ke-7.

Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380):  Masih memakai abjad India. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. 

Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
1. Ditulis dalam tulisan Jawi
2. Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

BAHASA MELAYU KLASIK

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

1. Zaman kerajaan Melaka
2. Zaman kerajaab Acheh
3. Zaman kerajaan Johor-Riau

Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

o Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
o Banyak ayat pasif.
o Menggunakan bahasa istana.
o Kosa kata klasik: edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya(saya), masyghul (bersedih).
o Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun
o Ayat songsang.
o Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’

BAHASA MELAYU MODEN

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. 
Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, terdapat dua teori penting tentang asal-usul bahasa Melayu, iaitu teori yang dipelopori oleh Hendrik Kern dan teori yang dipelopori oleh 4 orang sarjana iaitu James Collins, Nothofer, Robert Blust dan Adelaar.

Teori Hendrik Kern – teori ini menghuraikan bahawa orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.

Teori 4 sarjana - teori ini menghuraikan tentang migrasi orang-orang Melayu yang dipercayai berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.

RUMPUN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun bahasa Austronesia. Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austris.
Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia , Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. 
Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki,Sulawesi selatan, Bima- Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya.
Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.

Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.
Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan.
Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.

Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, dibahagian timur negara India.
Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India.

Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA

Rumpun Bahasa Austronesia adalah sebuah keluarga bahasa yang tersebar meliputi gugusan kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik.
Beberapa anggota keluarga bahasa ini juga dituturkan di tanah besar Asia. Rumpun bahasa Austronesia tersebar luas dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara hingga ke New Zealand di wilayah (Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagascar jauh di barat sampai ke Pulau Easter (Rapanui) di hujung timur.

Sepertimana bahasa-bahasa Bantu, Indo-Eropah, Afro-Asiatik dan Uralik, Rumpun bahasa Austronesia merupakan salah satu keluarga bahasa tua yang telah dikenal pasti dengan lengkap. NamaAustronesia berasal dari kata Latin auster "angin selatan" dan kata Greek nĂªsos "pulau". Nama ini sememangnya cocok, kerana sebahagian

besar bahasa Austronesia dituturkan di pulau-pulau yang terletak dalam, atau berhampiran dengan, Hemisfera Selatan: hanya beberapa bahasa, seperti bahasa Melayu dan bahasa-bahasa Cham, dituturkan di tanah besar Asia. Kebanyakan bahasa Austronesia mempunyai bilangan penutur yang kecil. Walau bagaimanapun,bahasa Austronesia utama memiliki jutaan penutur. 
Sesetengah bahasa Austronesia merupakan bahasa rasmi di beberapa buah negara. Otto Dempwolff, seorang sarjana Jerman, merupakan ahli bahasa pertama yang menyelidik bahasa-bahasa Austronesian dengan mendalam menggunakan comparative method.

Para ahli bahasa tidak sepakat tentang keluarga bahasa manakah yang mempunyai bahasa yang terbanyak. Walau bagaimanapun, rumpun bahasa 
Austronesia pastinya menduduki antara tangga teratas dengan 1,268 bahasa (menurut Ethnologue), yang bersamaan dengan lebih kurang satu perlima daripada jumlah keseluruhan bahasa yang diketahui di dunia.

Rumpun bahasa Austronesia memiliki beberapa cabangan utama, dan kesemuanya kecuali satu diketemui di Taiwan. Bahasa-bahasa Formosa Taiwan dikategorikan kepada sembilan subkumpulan aras pertama ("first-order") bahasa Austronesia. Kesemua bahasa Austronesia yang dituturkan di luar Taiwan (termasuklah bahasa Yami) tergolong dalam cabang Melayu-Polinesia, yang kadangkala dikenali dengan nama bahasa Extra-Formosa.

Secara lazimnya, rumpun bahasa Austronesia dibahagi kepada beberapa kelompok. Dua kelompok utama ialah bahasa Taiwan dan bahasa Melayu-Polinesia. Kemudian rumpun bahasa Melayu-Polinesia dibahagi pula menjadi bahasa- bahasa Melayu-Polinesia Barat, Tengah dan Timur.
Di bawah adalah salasilah pembahagian rumpun bahasa ini secara terperinci.

Austronesia
Taiwanik
o bahasa Atayalik
o bahasa Tsouik
o bahasa Paiwanik
o bahasa Taiwanik Barat
o bahasa Taiwanik yang terpengaruh bahasa China

bahasa Melayu-Polinesia
o bahasa Melayu-Polinesia Barat
o bahasa Borneo
o bahasa Filipina Utara
o bahasa Filipina Tengah
o bahasa Filipina Selatan
o bahasa Mindanao Selatan
o bahasa Sama-Bajau
o bahasa Sulawesi
o bahasa Sundik

bahasa Melayu-Polinesia Tengah
o bahasa Bima-Sumba
o bahasa Maluku Tengah
o bahasa Maluku Tenggara
o bahasa Timor-Flores

bahasa Melayu-Polinesia Timur
o bahasa Halmahera Selatan-Papua Barat-Laut
o bahasa Oseania

Salah satu cabang terpenting adalah cabang Sundik yang menurunkan bahasa-bahasa Austronesia dengan jumlah penutur terbesar yaitu: bahasa Jawa, bahasa Melayu (dan bahasa Indonesia), bahasa Sunda, bahasa Madura, bahasa Aceh, bahasa Batak dan bahasa Bali.

BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA

PEMETAAN RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA

MASYARAKAT AUSTRONESIA

Sumber rujukan:
http://bloggersyamil.blogspot.com/2016/08/pengenalan-definisi-bahasa-1.html

http://bkree66.blogspot.com/2012/04/rumpun-bahasa-melayu.html

http://kapcai2bmw.blogspot.com/2012/08/bahasa-bahasa-austronesia-asal-usul.html?m=1

Copy and paste: 7/9/2022 : 10 Safar 1444H: 9.54 am

No comments: