Monday, 13 June 2022

RINGKASAN PERJALANAN HAJI





Sumber Dari : Kembara Sahabat Haramain Mekah Madinah

Semua org ada kenangan tersendiri bila teringat pengalaman haji. Bg saya, beberapa org penting yg membantu dari peringkat awal hingga balik amat saya kenang. Bermula dari rayuan haji, ilmu yg disampaikan, dan yg paling saya kenang dan terhutang budi ialah seorang Ustaz Dato yg membimbing saya dari mula, semasa hinggalah pulang.
Ilmu yg disampaikan, saya cuba ringkaskan semudah2 supaya org lain juga mendapat menfaat. Moga menjadi jariah kpd Tuan Guru yg dihormati.
Ini ialah rangka asas yg selalu dikatakan sukar difahami lepas mengikuti kursus haji berbelas2 minggu. Insyaallah, jika memahami rangka ini, memudahkan pemahaman ilmu2 haji seterusnya..
Sedikit flashback..
Dlm menunaikan haji, kita perlu menunaikan umrah dan kemudian haji. Ini contoh hj tamattuk.
Bermula dari Malaysia, samada masuk Mekah atau Madinah dulu.. hari yg memasuki Mekah itulah perlu memakai ihram dan berniat UMRAH pd lokasi2 tertentu (miqat yg telah ditetapkan). (Kalau pakej dari Malaysia - Mekah; niatnya di atas kapal terbang di miqat yg bernama Qarnul Manazil. Kalau Malaysia - Madinah - Mekah; niatnya di Miqat Bir Ali atau dipanggil juga Zul Hulaifah. Satu masjid yg dibina. Berhenti solat 2 rakaat, naik kenderaan dan niat UMRAH).
Setelah niat, kita telah berpantang (berihram). Banyakkan talbiah. Sampai Mekah, ke Hotel, checkin. Kita masih berihram, kemudian utk terus ke kompleks masjidil haram utk meneruskan Umrah. Didalam Masjidil Haram kita menyambung amal2 Umrah yg berbaki iaitu Tawaf, Saie dan bercukur/gunting. Tamatlah umrah.
Setelah siap Umrah tiada lagi apa2 amal berkait dengan haji, melainkan ulangbalik solat, baca quran, banyakkan doa dan istighfar atau lakukan tawaf sunat jika mampu. Tunggulah sehingga tarikh 8 zulhijjah, maka follow carta yg disertakan di atas.
Kadang kala tanggapan susah utk belajar haji ini menghalang minat utk org menunaikan haji. Sebenarnya haji ialah satu amal yg sgt mudah dan yg penting dtg dengan niat yg betul dan kembali dengan membawa semangat haji yg boleh mengubah sempadan hidup dari kegelapan kepada cahaya.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَ سَعْيًا مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبًا مَغْفُوْرًا
Perkongsian dari sahabat
Copy and paste: 13 Jun 2022 : 14 Zulkaedah 1443H: 9.00 pm

No comments: