Wednesday, 22 June 2022

KOTA MEKAH - TEMPAT YANG BARAKAH DAN MEMPUNYAI KEAJAIBAN DUNIA YANG TIADA TANDINGANNYA”

SUMBER: KEMBARA SAHABAT HARAMAIN TRAVEL SDN BHD

Kota Mekah adalah sebuah kota yang utama di Arab Saudi yang akan menjadi tujuan utama umat islam menunaikan rukun islam yang kelima iaitu ibadah haji dan tempat menunaikan umrah. Di sebuah kota tersebut terdapat bangunan utama yang mana dipanggil Masjidil Haram dengan Kaabah didalamnya.
Kota Mekah mempunyai sejarah yang cukup istimewa, antaranya ia merupakan sejarah rumah Allah yang pertama didirikan untuk manusia. Sejarah kehidupan Hajar dan Ismail sebagai manusia yang membuat pembaharuan semula bagi Kota Mekah yang amatlah unik.
Mekkah adalah salah satu kota yang paling dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan Mekah adalah satu kawasan yang sangat mulia dan istimewa.

Banyak yang diceritakan menurut Ibn Qayyim al- Jawziyyah telah menyebut keistimewaan bumi Mekah.
  • Tempat lahir dan kebangkitan Rasulullah Saw.
  • Tempat ibadat seluruh manusia.
  • Tanah Haram dan aman iaitu dilarang menumpahkan darah, memburu binatang dan menebang pokok.
  • Menziarahinyadengan tujuan untuk membersihkan dosa-dosa lalu.
  • Orang yang mengunjunginya dijanjikan syurga.
  • Allah swt telah bersumpah dengannnya.
  • Satu-satu tempat diwajibkan bagi yang mampu untuk bertawaf, bersaie, mencium dan beristilam batunya.
  • Tidak boleh memasukinya selain mereka yang punyai urusan yang kerap dan wajib,serta mestilah berada dalam keadaan berihram. Allah juga memerintahkan kepada mereka yang memasuki kota ini dengan rendah diri.
  • Hati tertarik dan jatuh cinta untuk datang menziarahinya.
  • Antara kemuliaan Mekah juga, penduduknya tidak pernah membayar cukai dan mereka tidak pernah dikuasai oleh mana-mana raja. Penduduk Mekah banyak mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim seperti mengkhitankan anak, menunaikan haji, mengkafankan mayat dan mandi junub, berkahwin dengan adanya saksi dn mahar.
  • Mekah adalah bumi yang paling Allah swt kasihi. Begitu juga bumi yang paling Rasulullah saw.
  • Terdapat air zam-zam yang mana hanya di mekah sahaja yang boleh dapat dan air zam-zam ini bukan air yang biasa-biasa.Ia adalah panglima segala air yang di dalamnya tersimpan kemuliaan, disukai setiap jiwa, tidak ternilai harganya dan dicari setiap insan.

Copy and paste: 22/6/2022 > 23 Zulkaedah 1443H : 8.47 pm

No comments: