Maklumat asal daripada : Zainal al-Johan
(wakil Persatuan Sejarah Malaysia & jurunasihat Adat Istiadat Negeri Melaka)
Tahukah kamu yang sebenarnya kita dijajah bukan kerana kekayaan rempah ratus seperti yang tercatat dalam sejarah yang diolah dengan sesuka hati oleh sang penjajah? Dan tahukan kamu yang kita ini sebenarnya dijajah kerana kehebatan tamadun bangsa Melayu itu sendiri. Ramai generasi muda yang tidak pernah tahu dan tak tahu pun betapa hebatnya peradaban bangsa Melayu iaitu :
1. Orang Melayu Cipta Meriam
Meriam terbesar dicipta oleh orang Melayu dan diletakkan di dalam istana Sultan Melaka. Namun, ianya telah dirampas dan dibawa ke Goa, India sewaktu Melaka ditakluki oleh penjajah. Dan meriam itu masih ada sehingga kini, tetapi untuk membawa balik semula artifak agung itu ke tanah air kita bukan mudah dan memerlukan kos jutaan ringgit.
2. Keris Tempa Melaka yang mengalahkan pedang Samurai
Kenapa? Sebab pedang Samurai dihasilkan daripada 12 campuran logam manakala Keris Tempa Melaka itu dihasilkan daripada 21 jenis campuran logam dan sehingga kini, keris itu masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana keris atau senjata. Dan bangsa Melayu telah memiliki teknologi ini sejak lebih 500 tahun yang lalu.
3. Bangsa Melayu cipta jam 2 abad lebih awal
Masih ingat dengan Panglima Awang yang berlayar mengelilingi dunia suatu ketika dulu. Dan dalam pelayarannya beliau menggunakan jam yang dicipta oleh bangsa Melayu dua abad lebih awal daripada bangsa Eropah mampu mencipta jam.
4. Bangsa Melayu menguasai ilmu pelayaran lebih awal daripada bangsa Eropah
Panglima Awang berlayar di lautan tanpa menggunakan kuasa enjin dan tidak pernah sesat ketika pelayarannya, sedangkan Kapten Columbus berbulan-bulan tersasar dalam pencariannya mencari tanah datar Amerika. Kepakaran bangsa Melayu berlayar ini telah wujud lebih lama sebelum bangsa Eropah mampu menggerakkan bangsa berlayar mereka mengelilingi dunia.
5. Teknologi tentera haiwan menggantikan manusia
Sewaktu era kegemilangan empayar Melaka dulu, bangsa Melayu sedang bereksperimen untuk membina pasukan tentera di kalangan haiwan yang boleh diseru, disuruh dan dipandu arah. Tapi sayang, sebelum teknologi itu dikembangkan, penjajah telah 'mencuri' teknologi itu dan mereka kaji dan guna pakai untuk kepentingan bengsa mereka.
6. Bangsa Melayu sudah cipta pemetik api di saat mereka baru berjaya mencipta mancis Ketika bangsa Eropah sangat bangga dengan penghasilan mancis yang permukaannya bila digores akan menyalakan api, bangsa Melayu telah pun berjaya mencipta pemetik api yang diperbuat daripada tanduk dengan serbuk putih daripada pokok enau yang bertindak seperti kerosin dan teknologi ini telah dikuasai oleh bangsa Melayu 600 tahun yang lalu sebelum bangsa Eropah berjaya menghasilkan mancis itu.
7. Bangsa Melayu cipta kunci mangga
600 tahun yang lalu,bangsa Portugis berjaya menghasilkan kunci mangga seperti yang kita gunakan sekarang, tetapi teknologi ini telah dikuasai oleh bangsa Melayu sejak 2000 tahun yang lalu dengan menggunakan besi tembaga.
Macam mana? Anda terkejut? Tak percaya yang bangsa Melayu begitu hebat suatu ketika dulu? Hairan kenapa semua kehebatan ini tiada langsung dalam subjek sejarah selama ini? Ini semua kerana penjajah yang bertindak menghapuskan semua bukti-bukti kehebatan tamadun bangsa Melayu. Beribu-ribu dokumen, buku, persuratan dan khazanah bangsa Melayu telah dirampas oleh penjajah. Salah satunya ialah usaha Raffles yang membawa catatan ribuan buku Melayu dalam kapal The Fame yang akhirnya terbakar di tengah lautan.
Bayangkan apa agaknya yang terkandung dalam ribuan catatan dan buku orang Melayu yang hangus terbakar dan terkubur begitu saja di tengah lautan luas itu? Dan penjajah mengolah semula sejarah baru untuk generasi akan datang iaitu kita untuk mempercayai bahawa mereka lah yang terkuat dan bertamadun. Mereka mengubah sejarah sesuka hati mereka dari mata pandangan mereka sendiri supaya generasi baru akan memandang bangsa Melayu tidak ada apa-apa kekuatan dan mereka pula ada segalanya.
Copy and paste: 10/4/2020 : 16 Syaaban 1441H : 12.59pm
No comments:
Post a Comment