Bila diarahkan PKP, #workfromhome, orang Malaysia mampu duduk dirumah, patuh arahan Kerajaan & pihak berkuasa. Segelintir orang Malaysia je bebal/ message tak sampai katanya.
Orang Malaysia HEBAT.
PPE tak cukup? Face shield takde? Tak de hal, buat DIY. Cari barang, keluar duit sendiri dapat claim ke tak belakang kira asalkan PPE cukup. Lepas tu buat DIY boot cover, tudung, Isolation gown pakat jahit2 semua anggota kesihatan. Bawak mesin jahit, jahit ramai2.
Lepas tu designer, tukang jahit semua pakat bantu KKM jahitkan Isolation Gown etc. Company 3D buat face shield. Siap beri bantuan kewangan, bantuan bekalan PPE kepada KKM. Hebat hebat.
Orang Malaysia HEBAT.
Risau frontliner tak makan, disediakan makan. Hantar packed food ke hospital/klinik etc. Siap ada yang bekalkan stok beras, gula etc untuk frontliners, petugas di hospital/klinik. Buat fundraising, tabung Covid-19, tabung untuk bantuan orang susah yang terkesan dengan PKP. Kebanyakannya dapat raise bantuan dan derma, hebat orang Malaysia.
Orang Malaysia HEBAT.
Hujan ke. Ribut ke. Panas ke. Penat ke. Kerja tetap jalan. Kawan2 either frontliners, backliners, masih bertugas. Team kena quarantine takpe, team lain datang tolong, deploy anggota kesihatan. Penat ke tak heran, kerja tetap jalan. Takde de terlintas nak mogok ke, nak merajuk ke, tak2, semua anggota kesihatan ni memang sudah ditanam dalam diri, kesihatan rakyat keutamaan kami.
Abang polis dan askar masih bertugas di kawasan roadblock saring setiap kenderaan yang melalui kawasan. Yang jaga di kawasan EMCO, panas ke hujan ke, masih berdiri teguh. Sebab kenapa? Keselamatan rakyat keutamaan mereka.
Abang foodpanda, grabfood, bungkus it pon risau takut terdedah dengan virus tapi tetap hantar bungkusan makanan kita yang kita 'mengidamkan'. Hujan ke. Hantar jugak asalkan perut kita kenyang.
Cikgu2x yang ada orang kata takde fungsi yang suruh cut gaji, mereka bertungkus-lumus plan jadual pembelajaran anak2 murid mereka agar tidak ketinggalan. Buat e-learning, video call etc supaya masih boleh teruskan pembelajaran bukannya biar anak murid mereka bertik-tok, twitter etc.
Orang Malaysia HEBAT.
Kita mungkin tak mampu nak bina hospital dalam masa seminggu, tapi kita mampu ubah tempat convention center jadi hospital. Cukup semua kemudahan disediakan, Farmasi, X-Ray, semua ada. Dah ready untuk gelombang ke tiga, anggota kesihatan dah deploy.
Hotel, asrama, pusat latihan pula dijadikan pusat kuarantin. Semua disusun rapi dan dirancang dengan baik.
Orang Malaysia HEBAT.
Tak kira kerja kerajaan, swasta, sendirian pon bantu memerangi covid. Private hospital, GP, pon membantu buat saringan bagi yang mampu untuk membayar. Pihak insurans siap bantu memberi coverage khas untuk Covid-19. Farmasi komuniti dengan kerjasama MPS sediakan aplikasi/sistem untuk memudahkan rakyat mencari mask dan hand sanitizer.
Orang Malaysia HEBAT.
Sangat kreatif dan inovatif orang Malaysia. Disediakan sistem saringan Drive Thru. Siap ada buat booth untuk saringan, COMBAT, Coronavirus Mobile Test Unit. Ada juga yang cipta from scratch untuk sanitize satu badan, lalu je terus sprayyyy siap ada sensor. Hebat hebat.
Orang Malaysia HEBAT.
Semua memberi kerjasama. Semua membantu. Semua mendoakan. Semua fokus pada matlamat utama, untuk memerangi Covid-19.
Anda lah orang hebat itu, teruskan. Kalau orang sebelah bebal sangat, tepuk sikit kasi sedar, everyone is a hero, everyone play a role to win this war. We will not able to against it without being as 1 nation.
Malaysia boleh!
#stayathome
#kitajagakita
Copy and paste
Whatsapp Group Haji 2/2017 - 9/4/2020 @ 16 Syaaban 1441H : 8.31 pm
No comments:
Post a Comment