Oleh:
Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar
Ketua Setiausaha Negara
Segala usaha telah dan sedang dibuat dan dilaksanakan oleh masyarakat dunia untuk menangani penyebaran Covid19. Tiada satu negara pun yang boleh dikatakan tidak terkesan secara langsung atau tidak langsung dari pandemic ini. Pandemic ini telah mengujudkan rasa takut atau fear kepada semua manusia dari jangkitan makhluk halus Allah ini. Oleh itu langkah terbaik adalah pengasingan diri sama ada secara sukarela atau secara paksa melalui perintah atau perundangan tertentu. Apa yang saya ingin katakan disini adalah kesan dari rasa takut dan pengasingan ini kepada ekonomi dunia keseluruhannya jika masalah ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau pun paling cepat hingga bulan august ini.
Pertama: work from home akan bertukar kepada 'no work stay at home' (i.e. jobless/retrenchment);
Kedua: operasi syarikat terpaksa ditutup kerana tiada permintaan dari dalam dan luar negara;
Ketiga: tekanan kepada pekerjaan. Pemberhentian terpaksa dibuat. Kos sosial yang lebih tinggi;
Keempat: kos yang tinggi kepada kerajaan untuk menampung keperluan rakyat sedangkan kewangan kerajaan bergantung kepada pendapatan syarikat. IMF menyatakan 88 buah negara telah mengalami krisis kewangan fiscal dan memohon bantuan IMF;
Kelima: hutang rumah (and household debt) tidak dapat dibayar memberi tekanan kepada lenders/banks. Foreclosure tidak dapat dielakan.
Keenam: harga minyak dunia yang jatuh memberi tekanan kepada semua negara pengeluar minyak disebabkan ketamakan OPEC atau tiada permintaan untuk operasi perniagaan;
Ketujuh: snowball effect boleh berlaku kepada semua aktiviti ekonomi di semua negara. US, Europe, China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia akan lebih terkesan. Dan sudah tentu negara-negara yang bergantung kepada ekonomi mereka tersepit lebih teruk lagi. Krisis ini berbeza dengan krisis sebelum-sebelum ini, tahun 2008/09; tahun 1997/98; tahun 86/87, tahun 70an atau tahun 1929 great depression. Semua krisis-krisis ini menyaksikan kejatuhan tetapi kejatuhan kali ini bukan jatuh ditepi jalan (sidewalk) tetapi kejatuhan dari bangunan tinggi. IMF dan World Bank telah menyatakan dunia telah memasuki fasa recession!!!.
Akhirnya: jika isu ini terus berpanjangan, food crisis and human crisis boleh terjadi. Ramai pakar telah meramalkan akan berlaku krisis makanan (sila google untuk rujukan lanjut). Banyak negara telah menyekat eksport makanan mereka. Ada negara yang membiarkan hasil tanaman tidak dituai disebabkan ketakutan atau fear jangkitan. Oleh itu adalah terbaik untuk sektor pertanian kita diberi kelonggaran khas untuk memulakan aktiviti pengeluaran makanan dengan segera, terutamanya pengeluran kabohiderat. Langkah ini perlu dimulakan dari sekarang kerana tanaman memerlukan lead time yang agak panjang. OUR FOOD OUR FUTURE!
So, what should we do now? Sama-sama kita berusaha hentikan virus ini dari merebak, pulih seperti sediakala secepat mungkin. STAY @ HOME. Kita tidak mampu menangani isu ini bersendirian disebabkan ianya isu global dan saling berkaitan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=640111673233104&id=327017001209241
Copy and paste : Whatsapp Group Keluarga Maamor Yang Chik
4/4/2020 @ 10 Syaaban 1441H : 1.56 pm
No comments:
Post a Comment