Wednesday, 8 April 2020

COVID 19 - Tazkirah Ustaz Ebit Liew

Alhamdulillah...14 hari saya menjalani proses kuarantinkan diri disebabkan saya mempunyai kontak rapat dengan jemaah ijtimak tabligh (Sukarela saya ke hospital untuk check dan sukarela saya kuarantinkan diri even saya tak ada sintom2 covid19). Semuanya masih dalam keadaan baik dengan izin Allah s.w.t.. Dalam masa 14 hari apa yang saya lakukan untuk pastikan saya kekal sihat? Letakkan tawakkal 80%, usaha 20%.. 

Dalam usaha 20% apa yang saya lakukan? Saya berkongsi bukan kerana apa.. Tapi saya doakan moga boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan izin Allah s.w.t.. Mudah-mudahan  kita semua terus diberi kesihatan yang baik..InsyaAllah.. 

1) Tanamakan dalam hati dan minda kita sihat. Jangan beri sedikit pun ruang untuk rasa takut masuk dalam diri kita. Jalani kehidupan macam biasa. Pegang pada hati, Allah s.w.t ada untuk melindungi. Elakkan juga stress tentang apa-apa sekalipun. Kalau tak stress imunisasi kita akan lebih kuat, banyakkan usaha utk tenangkan diri walau kita mungkin berdepan dengan karenah anak2 sekalipun

2) Jaga solat + Solat sunnat

3) Sentiasa berwudhuk. Tak kisah time bila kita rasa nak berwudhuk. Kalau 10 kali kita berwudhuk maknanya 10 kali kita dah sucikan diri kita. 

4) Baca yassin setiap malam, sampai ayat "Salamun Khaulam mirrabbirrahim..." ulang 21 kali, niatkan dalam hati untuk Allah swt lindungi kita dari segala musibah.

5) Selepas solat baca Al Fatihah sekali, ayat kursi 3 kali, surah Al Fill 3 kali.(Amalkan juga sebelum tidur dan kalau ada anak kecil, hembuskan pada anak dari kepala hingga kaki). Bila-bila masa baca lebih baik.

6) Baca ayat Bismillah 5  tak kira masa, baca juga 11 kali selepas solat

7) Keluar rumah bila perlu sahaja, sebelum keluar baca Bismillahitawakkalualallah 3 kali, baca Al Fatihah 1 kali dan ayat kursi 3 kali.. Niat Allah s.w.t lindung kita dari segala bahaya.

8) Bila keluar beli barang di supermarket elak belek belek barang, saya hanya tuju tempat barang yang saya nak ambil, ambil barang, bayar dan terus balik. Kalau terpaksa sangat-sangat sahaja baru saya keluar. Ini bukan masa untuk kita berseronok.

9) Balik kena terus mandi. Jgn pegang anak-anak, jangan pegang sesiapa. Bersihkan diri dahulu. Pakaian dari baju stokin semuanya, saya akan basuh. Saya bsuh juga semua barang yang saya beli. Plastik bag tak simpan. Terus buang.

10) Gunakan hand sanitizer bila diluar rumah

11) Jaga jarak ketika diluar walaupun kita memakai mask

12) Cuci tangan sekerap mungkin, jaga kebersihan diri

13) Minum air garam sebelum tido. Baca istighfar 3 kali, selawat 3 kali, niatkan dalam hati diberi kesihatan yang baik (Saya guna garam yang warna perang, beli seketul, balik pecahkan jadi kecil, ambil 3 biji masukan dalam air bersih separuh gelas dan minum). Garam biasa pun boleh.

14) Bacalah berulang kali DOA ini, "Allahumma Jurni Fimusibati Waakhlifli Khoirun Minha"... Moga Allah s.w.t menggantikan segala musibah ini dengan sesuatu yg lebih baik.

Apa pun, apa sahaja yang kita buat niatkan kerana Allah s.w.t.. Niatkan nak sihat untuk kekal beribadat kpda Allah s.w.t... Nak sihat untuk jaga anak-anak.. nak sihat utk mudah keluar cari rezeki yang halal. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t kita selamat semuanya. InsyaAllah.aamiin..

Saya hanya berkongsi.. Hak Allah s.w.t untuk memberi kita sakit dan hak Allah s.w.t juga nak bagi kita sihat. Apa pun, berbalik pada Allah s.w.t adalah sebaik baik jalan yang kita ada..

#SilaKongsi
#JagaKesihatan
#DudukRumah
#Qif19
#HapusCovid19

Copy and paste from Whatsapp Group Haji 2/2017
8/4/2020 @ 14 Syaaban 1441H : 12.23 pm

No comments: