Saturday, 11 April 2020

33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran.

Ramai di kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Qur'an berniat semata² untuk pahala dan masing² kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Qur'an, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yg dia niatkan ketika membaca Al-Qur'an.

Ini sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah saw;
“Sesungguhnya setiap amal yg dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorg akan mendapat (hasil amalnya) apa yg dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة  تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها

Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulamak untuk mendapatkan keuntungan

Dari 2 prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dgn beberapa dari niat² ketika membaca Al-Qur'an, antaranya tujuan & niat;

1. Belajar & beramal;

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan belajar dan beramal dengannya.

2. Memohon hidayah;

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan memohon hidayah dari Allah swt.

3. Bermunajat;

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk bermunajat kepada Allah Taala.

4. Menyembuhkan penyakit;

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

5. Meminta dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya;

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan meminta kepada Allah utk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

6. Ubat bagi hati yg keras;

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini kerana ia merupakan ubat bagi hati yg keras, dgn Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dgn iman).

7. Menikmati hidangan;

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan (utk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

8. Supaya tidak termasuk dalam golongan yg lalai;

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan org² yg lalai, bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan org yg mengingati Allah.

9. Menambah keyakinan;

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

10. Mentaati perintah Allah;

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mentaati perintah Allah Taala yg memerintahkan utk membaca Al-Qur'an dgn tartil.

11. Mendapat pahala dan kebaikan;

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yg saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi org yg Dia kehendaki.

12. Mendapat syafaat;

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk mendapat syafaat Al-Qur'an pada hari kiamat kelak.

13. Mengikut wasiat nabi;

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mengikuti wasiat Nabi saw.

14. Supaya Allah mengangkat darjat diri & umat Islam;

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan semoga Allah mengangkat darjat saya dgn Al-Qur'an dan mengangkat darjat umat ini dgn Al-Qur'an.

15. Supaya Allah mengangkat darjat di Syurga;

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan utk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dgn perhiasan yg tidak diberikan ketika di dunia.

16. Mendekatkan diri kepada Allah;

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk mendekatkan diri kepada Allah melalui kalamNya.

17. Agar dimasukkan dalam golongan Ahlillah;

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan org² yg khusus.

18. Agar dimasukkan dalam golongan ahli yg mahir membaca Al-Qur'an;

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan (agar termasuk dalam golongan) org² yg mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yg mulia lagi taat.

19. Agar diselamatkan daripada ahli Neraka;

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

20. Agar hati rasa bersama dengan Allah;

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dgn Allah Taala.

21. Supaya tidak mensia²kan usia;

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar tidak menghinakan atau mensia²kan usia.

22. Agar Al-Qur'an menjadi saksi kebaikan;

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar dia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

23. Memandang musyaf ialah 1 kebaikan;

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk melihat kepada musyaf yg mana perbuatan itu adalah 1 ibadat.

24. Agar Allah mengurniakan sakinah;

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar diturunkan sakinah (ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah kepada makhluk di sisiNya.

25. Mendapat kebaikan;

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

26. Supaya aroma mulut menjadi harum;

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)

Saya niat membaca Al-Qur'an agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dgn lantunan Quran).

27. Agar tidak sesat di dunia;

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

28. Agar terhindar dari kesedihan, kerisauan & kegusaran;

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dgn sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

29. Agar Al-Qur'an menjadi kawan di alam kubur;
l
(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar dia menjadi kawan saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya utk ke syurga.

30. Agar Allah mentarbiah;

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dgn akhlak yg dihiaskan akannya kepada Rasulullah saw.

31. Agar dapat menyibukkan diri dengan yang Hak;

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan menyibukkan diri saya dgn Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yg menyibukkan saya.

32. Mujahadah melawan nafsu.

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan utk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

33. Agar Allah memisahkan diri dengan Al-Kafirin;

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)

Saya niat membaca Al-Qur'an ini dgn tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dgn para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)

Marilah kita menjadi ahlil Qur'an, yg telah dijamin keuntungannya, yg mana keuntungan itu Allah kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

Kongsikan artikal ini, Nabi Muhammad saw berpesan; “Sampaikanlah dari saya walau 1 ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.”

Bila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah.

Insya Allah ramai yg akan mendapat manfaat.

Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017
11/4/2020 @ 17 Syaaban 1441H : 10.14 am

No comments: