Thursday, 7 November 2019

RAHSIA MENJEMPUT REZEKI


  • Istighfar paling kurang 100 kali dan jika banyak masalah bacalah 1000 kali sehari atau lebih pun tidak mengapa. In sya Allah akan terbuka jalan penyelesaian  pada masalah itu. Istighfar membuka segala simpulan. Apa sahaja yang berlaku didalam hidup kitalah puncanya. Tuhan tidak menzalimi sebaliknya kita yang menzalimi diri sendiri. Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada Dia. Bila ada DIA didalam hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa. Hanya DIA yang mengaturkan semua masalah. Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqomah. 
  • Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk dipermudahkan. Buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari. Dengan niat khusus. Tetapi jangan lupa solat fardhu. 
  • Buat solat Taubat bermula dari titik untuk berubah, buat setiap malam. Kemudian buat solat Tahajud kerana disitu banyak keistimewaan yang dijanjikan. 
  • Buat Solat Dhuha jangan putus. Solat Dhuha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang, tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang dari Allah. Kunci dunia ini adalah kasih sayang. Jika ada kasih sayang yang baik daripada Allah maka Allah akan beri apa saja yang Dia mahu. 
  • Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja didalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita. Orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa mereka. 
Majalah Al-Islam Ogos 2013
7/11/2019 : 7.05 pm

No comments: