Monday, 18 November 2019

Berapa banyakkah mazhab Kristian yang ada ?

Oleh Winda A

Mengikut majalah Newsweek, pada bulan April tahun 2000, Kristian mempunyai sebanyak 33,800 aliran Mazhab. Untuk menyatukan aliran yang pelbagai ini, puak Kristian telah mengadakan sebuah konferen dipanggil WCC ataupun World Council Church. Tujuannya adalah untuk menyatukan semua mazhab Kristian yang berada di dunia. Hanya 1 mazhab sahaja yang tidak turut serta iaitu Mazhab Katolik yang berpusat di Vatican City. Sebabnya mereka merasakan merekalah mazhab yang paling betul dan menepati ajaran Kristian yang sebenar.

Sungguhpun terdapat banyak mazhab kristian di dunia ini, tetapi terdapat 2 mazhab Kristian terbesar iaitu Katolik dan Protestan. Di dalam bahasa Arab, Protestan dikenali sebagai Berustatenat. Kristian Katolik adalah mazhab Kristian yang terbesar di dunia berbanding Protestan. Pada akhir abad ke 19, penganut Roman Katolik telah mencecah seramai 1.1 bilion orang ataupun 52% daripada penganut Kristian. Manakala sekitar 200- 300 juta adalah penganut kepada Kristian Protestan. Jika dibandingkan dengan Katolik, Protestan adalah mazhab Kristian yang sangat giat berdakwah kepada non- Christian. Kebanyakan bible di dunia adalah bible daripada versi Protestan.
Di dalam bible terdiri daripada 2 bahagian iaitu Old Testament dan New Testament. Surah-surah didalam bible dikenali sebagai Book. Old Testament adalah risalah-risalah yang ditulis sebelum nabi Isa. Contohnya seperti Book of Genesis, Exodus, Number, Leviticus, Deutronomy. Kelima-lima yang disebut ini adalah 5 book yang terawal dalam Old Testament dan dikenali juga dengan "Pentateuch". Orang Kristian mendakwa 5 surah ini telah ditulis sendiri oleh Moses. Pada asalnya Book dalam old Testament ditulis dalam bahasa Ibrani.
Manakala New Testament / perjanjian baru. Risalah-risalah dalam New Testament dikenali juga sebagai Gospel. Antara gospel-gospel yang terdapat dalam New Testament ialah, Matthew, Mark, Luke, John. Gospel di dalam New Testament telah ditulis setelah Jesus diangkat ke langit. Pada asalnya ia ditulis dalam bahasa Greek.
Copy and paste: 18/11/2019: 1.06 pm

No comments: