Wednesday, 13 November 2019

BENARKAH MELAYU DARI KETURUNAN BANI ISREAL ??

Sekadar Kajian
Oleh; Sandiwara

Artikel salinan; Winda A

Dikatakan bumi Melayu (Tanah Melayu) dan orang Melayu Semenanjung (termasuk Melayu Selatan Thai) itulah yang paling menepati keterangan perihal bumi Mala (Malaya) dan orang Malai (Malay) keturunan dari Lehi, anak kepada Menasseh yang dikisahkan di dalam Book of Mormon itu.

Book of Mormon (yang diriwayatkan Nephi), memperihalkan kisah pelarian, pelayaran dan suka-duka pengembaraan Lehi berserta isterinya, Sariah, yang membawa bersama mereka anggota keluarga dari anak-anak mereka Laman, Lemuel, Sam dan Nephi (yang masing-masing menikahi wanita puak Bani Ismail) untuk mencari ‘bumi bertuah’ yang dijanjikan (‘Promised Land’) Tuhan.
Menasseh adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan 722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut:

Reuben

Issachar
Zebulun
Dan
Naphtali
Gad
Asher
Simeon
Ephraim
Manasseh

Menurut naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi Yusuf a.s. Manakala Nabi Yusuf (Joseph), selain Bunyamin (Benjamin) adalah anak kepada Nabi Ya’akub (Jacob) dengan isterinya Rahil (Rachel).
Nabi Ya’akob, yang dinamakan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari dua hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran:
Reuben (dilahirkan Leah)

Simeon (dilahirkan Leah)
Levi (dilahirkan Leah)
Judah (dilahirkan Leah)
Dan (dilahirkan Bilhah)
Naphtali (dilahirkan Bilhah)
Gad (dilahirkan Zilpah)
Asher (dilahirkan Zilpah)
Issachar (dilahirkan Leah)
Zebulun (dilahirkan Leah)
Joseph (dilahirkan Rachel)
Benjamin (dilahirkan Rachel)

Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak agihan tanah pusaka:
Reuben

Judah
Issachar
Zebulun
Dan
Naphtali
Gad
Asher
Benjamin
Ephraim
Manasseh
Simeon
Levi

Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Ya’akob) mengurniakan hak dua bahagian kepada Nabi Yusuf untuk langsung kepada kedua-dua cucunya, Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Yusuf.

Berikutan kemangkatan Nabi Sulaiman (King Solomon), Bumi Canaan terbahagi dua wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Manakala puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.

Judah (atau Yahudza) terkenal sebagai bapa kepada bangsa Yahudi, di mana nama bangsa tersebut diambil dari nama Judah, bapa kepada “Children of Judah” atau Bani Yahudza. Oleh itu keturunan dari Bani Israel (atau “Children of Israel”) yang tidak ada kena mengena dengan keturunan Judah, bukanlah berbangsa Yahudi sebenarnya. Pun begitu, bangsa Yahudi itu tetap dari antara “Children of Israel” (Bani Israel) kerana Judah itu adalah salah seorang anak kepada Israel (Nabi Yaakob). Para Nabi dari bangsa Yahudi (yakni dari keturunan Yahudza) adalah Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahaya dan Nabi Isa.
Sementara itu, dikatakan Melayu juga langsung dari keturunan Bani Ibrahim (bangsa Hebrew) melalui perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Keturah (atau Saffurah) “ibu melayu” dari keturunan bangsawan melayu kemboja dari cabang keturunan Ham (sebagaimana Hajar juga), sementara Sarah (sepertimana Nabi Ibrahim sendiri) dari cabang keturunan Sam (atau Shem).

Sam serta Ham, dan saudara mereka yang lain, Japheth (atau Yafid), adalah tiga putera Nabi Nuh yang terselamat dari banjir besar untuk menurunkan tiga cabang keturunan utama manusia sejagat di mana masing-masing dikenali dengan nama bangsa Semite, Hamite dan Japhethite.

Dengan Keturah, Nabi Ibrahim dikurniakan enam orang putera yang diantaranya Madyan (Mid’ian). Nabi Shuib adalah Nabi bangsa Hebrew dari Bani Madyan. Putera-putera lain Nabi Ibrahim dengan Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Ishbak dan Shu’ah.

Maka begitulah dikatakan melayu terawal yang terlebih dahulu menduduki dan membina tamadun melayu di Tanah Melayu ini adalah langsung dari keturunan Bani Ibrahim. Lalu tidak hairanlah jika berlaku keturunan Bani Ibrahim dari cabang kecil Bani Israel, umpamanya, untuk datang kemudiannya ke “bumi bertuah” Tanah Melayu bertujuan mencari dan bersatu dengan saudara jauh untuk mendapat perlindungan dan menumpang senang di sini.

Rajah salasilah Bani Jawi yang menurunkan bangsa Melayu ini bukan saja mengaitkan orang-orang Melayu dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Shuib, malah Nabi Musa (dari perkahwinan Nabi Musa dengan puteri Nabi Shuib), dan Nabi Sulaiman juga, selain Nabi Yusuf.
Sementara itu, ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas.
Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Menariknya Gunung Ledang di selatan Semenanjung itu lebih terkenal dengan nama Mount Ophir oleh masyarakat silam antarabangsa.
Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-ratus untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.
Nampaknya perdagangan rempah-ratus telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa ‘misteri’ di Nusantara ini telah mampu mengeksport emas di kala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.
Apapun, salah satu puak dari ‘the Lost Tribe of Israel’ adalah dipercayai Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Kumpulan ‘Illuminati’ Zionis ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan tentang bangsa Malai dan Bumi Mala ini.
Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan orang Red Indian Amerika itulah induk bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe of Israel’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.

Professor Dr. Ralph A. Olsen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon ini dan menerbitkan kajiannya dalam buku berjudul “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon” yang ditulisnya dalam tahun 1997.
Pendapat beliau Semenanjung Tanah Melayu, bermula dari Segenting Kra ke bawah, menepati deskripsi bumi Mala yang diperihalkan dalam Book of Mormon itu.
Satu kajian berkaitan Projek Genome oleh Rabbi Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen secara mendapatkan sampel DNA untuk dianalisis bagi mengaitkan bangsa Malai (Melayu) di Tanah Melayu (Bumi Mala) dengan Bani Israel.
Pencarian melalui projek genome DNA oleh Rabbi Jacobovici mendapati ramai keturunan Bani Israel dari suku Puak Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Sementara itu, seorang Yahudi dari Baghdad, orang Yahudi yang pertama datang dan menetap di Pulau Pinang pada tahun 1895 itu namanya Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau cuma disertai orang-orang yahudi lain 30 tahun kemudian selepas Perang Dunia Pertama.
Barangkali tujuan utama kedatangan Ezekiel Aaron Menasseh ke sini adalah untuk mencari saudara jauh Melayunya, salah satu dari 10 puak Bani Israel yang ‘hilang’ itu.
Beliau seperti nampak kesal ketika pertama kalinya tiba ke sini apabila menyatakan dialah satu-satunya orang yang mengamalkan ajaran agama Yahudi di sini.
Begitulah, Ezekiel Aaron Menasseh terpaksa menelan realiti dan kena akur kepada hakikat betapa sudah berduyun-duyun ramainya keturunan Bani Israel yang sudah keluar meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi penganut Kristian atau Islam.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَىٰ وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
(Al-Quran, Al-Baqarah 2:62)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita
Copy and paste: 13 November 2019 : 7.25 am

No comments: