SENJATA yang dikenali sebagai keris memang cukup
terkenal dan sinonim dengan bangsa Melayu bahkan kita selama ini hanya
disajikan dengan gambaran serta filem-filem yang menggambarkan bahawasanya
orang Melayu dahulu hanya menggunakan keris sebagai alat mempertahankan
diri.Senjata-senjata yang di keluarkan oleh Kerajaan-Kerajaan Melayu lama
mempunyai kualiti yang berbeza-beza. Selalunya yang terbaik dan yang paling
kuat akan dibuat oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja yang paling kaya.
Meriam-meriam Melayu yang terbaik tidak mempunyai sebarang masalah
menghancurkan kapal-kapal Eropah.
Melalui filem-filem serta drama Melayu lama dan
juga kini, rata-rata menampilkan watakwatak panglima Melayu hanya menggunakan
keris dan senjatasenjata lain seperti tombak, badik dan lembing, kalaupun
paling canggih yang ditonjolkan hanyalah panah dengan busurnya yang berapi.
Pendekar-pendekar Melayu purba digambarkan hanya
memakai serta menggunakan keris. Pengawal-pengawal diraja juga hanya
menggunakan tombak ketika mengawal istana. Ada juga gambaran ketika era
pemerintahan British di Tanah Melayu, orang Melayu masih lagi mempertahankan
diri dengan hanya menggunakan senjata-senjata tersebut.
Namun hakikatnya yang dilalui oleh orang Melayu
dahulu kala cukup berbeza, daripada catatan serta kajian yang terdahulu bahawa
sebenarnya orang Melayu sudah menggunakan senjata api.
Percaya atau tidak, itulah kesahihan yang perlu
diketahui oleh golongan moden hari ini betapa hebatnya orang Melayu sejak
dahulu lagi.
Seperti yang digambarkan, orang Melayu sudah
menggunakan senjata api sekitar tahun 1700-an. Kegunaan senjata api ini hanya
terhad digunakan di istana-istana dan di rumah pembesar-pembesar sahaja.
Mengikut kajian para sarjana lagi, penggunaan
meriam adalah salah satu daripada ciri-ciri tempur orang Melayu pada zaman
dahulu, lebih awal daripada kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara.
Setelah pelaut Portugis, Vasco da Gama membina
Kota Calicut (Calcutta) di pesisir Malabar, India pada 1489, orang Portugis
mula mengalih pandangan ke arah Asia Tenggara untuk meluaskan empayar mereka.
Sasaran utama pada waktu itu ialah sebuah kota
perlabuhan yang begitu pesat sehinggakan Duerte Barbosa, seorang penulis dan
pegawai Portugis pada masa itu mencatatkan bahawa siapa yang menguasai kota
ini, Venice, Itali akan tunduk kepadanya. Kota yang dimaksudkan ialah Melaka.
Dirampas Portugis
Ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka lagi sebenarnya orang Melayu sudah menggunakan senjata api. Hal ini diperkukuhkan dengan kenyataan sejarah
yang mungkin masih ramai yang tidak mengetahuinya bahawa ketika serangan
Portugis pada 1511, mereka sudah berperang dengan tentera Melaka yang ketika
itu sudah menggunakan senjata api sendiri.
Mengikut catatan Alfonso de Albuquerque yang menyerang Melaka pada 1511, orang
Melayu Melaka telah menggunakan meriam-meriam untuk mempertahankan Pelabuhan
Melaka dan dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 3,000 senjata api berjaya
dirampas oleh Portugis selepas orang Melayu berundur. Ada pula yang mengatakan angka yang tepat ialah 8,000.
Namun bukan isu angka yang menjadi keutamaan
tetapi fakta yang mengatakan orang Melayu telah pun menggunakan senjata api
seawal kurun ke-15 lagi di Melaka.
Selain beribu-ribu meriam dan senapang yang
dijumpai di Melaka selepas ditawan oleh Portugis, Albuquerque juga menjumpai
satu meriam yang mempunyai saiz yang jauh lebih besar daripada meriam-meriam
Portugis pada masa itu yang mana meriam ini telah dihantar oleh Albuquerque ke
Kota Calicut sebagai hadiah kepada seteru Portugis di India.
Fakta ini telah direkodkan oleh De Burros
seperti mana yang dipetik oleh John Crawfurd di dalam kamusnya A Descriptive
Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries.
Setelah menawan Melaka, Alfonso de Albuquerque
telah meneliti gudang-gudang senjata yang ditinggalkan di Melaka dan mengatakan
bahawa senapangsenapang di Melaka mempunyai kualiti yang sama hebat dengan
senapang-senapang buatan Jerman pada masa itu, malah tidak mampu ditandingi
oleh Portugis. Namun senapang yang paling berkualiti pada masa itu adalah hasil
buatan Kerajaan Turki Uthmaniah.
Albuquerque di dalam penulisannya, Comentários
do Grande Afonso de Albuquerque yang diterbitkan pada 1557 menyatakan bahawa,
senjata api yang dirampas sebanyak 3,000 laras, 2,000 daripadanya mempunyai
kualiti yang cukup tinggi dengan hasil buatan besi yang cukup mengkagumkan.
Bukan itu sahaja, jenis meriam yang digunakan
orang Melayu tidaklah diketahui namun para sarjana Barat berpendapat bahawa
tidak lama selepas teknologi senjata api diperkenalkan oleh bangsa Arab
terutamanya kerajaan Turki kepada dunia, orang Melayu sudah mula membuat
senjata api sendiri.
Bukti aktiviti pembuatan senjata api ini
direkodkan oleh W. Linehan dalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries
on the Tembeling. Sebenarnya di tebing-tebing Sungai Tembeling, Pahang, Linehan
telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang
dianggarkan seawal kurun ke 13 atau 14.
Difahamkan juga, Ulu Tembeling merupakan salah
satu lokasi yang dipercayai dijadikan sebagai pusat pembuatan senjata dan
peluru ketika eranya kerana kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pengkaji
menyatakan terdapat sebuah pusat pembuatan atau kilang senjata Melayu di sana.
Kekuatan meriam Melayu
Senjata-senjata yang di keluarkan oleh
Kerajaan-Kerajaan Melayu lama mempunyai kualiti yang berbeza-beza. Selalunya
yang terbaik dan yang paling kuat akan dibuat oleh Sultan-Sultan dan Raja-Raja
yang paling kaya. Meriam-meriam Melayu yang terbaik tidak mempunyai sebarang
masalah menghancurkan kapal-kapal Eropah.
Sebagai contoh, Syarikat Hindia Timur Belanda
(Vereenigde Oost-Indische Compagnie/ Dutch East India Company) telah kehilangan
sebuah kapal perang semasa mereka menyerang Makassar pada 1667 dan sebuah lagi
ssemasa mereka menyerang kubu kuat orang-orang Bugis di Bentan pada kurun ke
18. Malah orang-orang Belanda sendiri membeli senapang-senapang buatan
Makassar.
Antara meriam-meriam yang paling terkenal di
kepulauan Melayu sudah pastinya Meriam-Meriam Pattani yang di buat dan
dikeluarkan pada kurun ke 15, yang dikenali sebagai Seri Patani, Seri Negeri
dan Mahalela. Meriam-meriam ini mempunyai saiz yang sangat besar dan memainkan
peranan yang penting didalam menangkis serangan-serangan Siam sepanjang 200
tahun sehingga tahun 1786 dimana Patani akhirnya dapat dikalahkan oleh Siam.
Siam seterusnya merampas meriam -meriam ini dan
dibawa ke Bangkok. Malangnya Seri Negeri telah terjatuh kedalam laut manakala
Seri Patani masih lagi ada sehingga ke hari ini dimana ia dipamerkan di
Kementerian Pertahanan Thailand. Meriam Mahalela yang bersaiz sedikit kecil
dari Sri Patani dan Seri Negeri tidak dapat dikesan.
Kerajaan Melayu Singgora juga didapati telah
mula menghasilkan meriam pada sekitar kurun ke 16. Meriam-meriam ini digunakan
didalam perang menentang Siam pada sekitar abad yang sama. Apabila Siam berjaya
menakluk Singgora pada 1987, meriam-meriam Singgora ini pula digunakan oleh
Siam untuk menangkis serangan-serangan Annam dan Burma. Pada tahun 1766, Burma
berjaya melanggar Ayuthiya, dan membawa meriam-meriam Singgora ini ke Burma dan
digunakan untuk melawan British. Pada 1887, British akhirnya berjaya menewaskan
Burma dan membawa meriam Singgora ini ke London.
Menurut pengkaji bedil tempatan yang juga tenaga
pengajar Universiti Malaya (UM), Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, orang Melayu
sememangnya telah memiliki senjata api sebelum kedatangan Portugis ke Melaka
lagi. Kepakaran senjata api Melayu berkait rapat dengan teknologi dari kerajaan
Turki terutamanya dengan pembuatan meriam.
Dikhabarkan Laksamana Hang Tuah juga telah
diutuskan oleh Sultan Mansyur Shah ke Istanbul, Turki untuk membeli serta
mempelajari ilmu senjata api. Kebanyakan senjata api serta meriam Melayu Melaka
telah dirampas Portugis dan dibawa ke kapal perang mereka yang dikenali sebagai
Flor de La Mar.
Namun, difahamkan kapal tersebut yang dipenuhi
dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk
berdozen-dozen emas, senjata api, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan
bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis karam selepas kejayaan Portugis
menakluki Melaka.
Copy and paste
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/melayu-sudah-lama-ada-senjata-api-1.33603#ixzz5eHxWPuu9
© Utusan Melayu (M) Bhd
1/2/2019: 10.13 pm
No comments:
Post a Comment