Friday 1 February 2019

FAKTA SEJARAH - NAMA "MALAYSIA"

Mungkin ramai dari kita menyangkakan nama "Malaysia" hanya wujud selepas pembentuk Malaysia pada 1963. 

Namun hakikatnya nama "Malaysia" telah wujud lebih awal lagi dan ianya bukanlah dari ilham Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman seperti yang disangka oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

1. Sebuah rencana berjudul Sur:Es Iles Du Grand Ocean (On The Island of The Great Ocean) yang diterbitkan dalam Bulletin De La Societe de Geographie pada tahun 1832 yang ditulis oleh penjelajah Perancis, Dumont d’Urville.
Urville mencadangkan agar Lautan Pasifik Selatan dinamakan Oceania yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Perkataan Malaisie kemudian ditukar kepada Malaysia oleh seorang ahli geografi Amerika Syarikat, Thomas G. Bradford (1835).

2. Satu lagi sumber ialah sebuah peta yang dilakar oleh Alexander Keith Johnston pada tahun 1845 yang diberi tajuk South Eastern Peninsula and Malaysia (nama Malaysia tertera dalam peta tersebut).

3. Nama Malaysia turut disebut dalam buku bertajuk Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (1937) hasil tulisan Rupert Emerson dan The People of Malaysia (1945), tulisan Fay Cooper Cole. Berdasarkan dua buah buku itu, Malaysia ialah Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang meliputi Tanah Melayu, Hindia Timur, Borneo termasuk Filipina.

4. Duit syiling aluminium pada zaman pendudukan Jepun (1942) juga menjadi pendebatan tentang asal usul nama Malaysia. Syiling 20 sen itu difahamkan dikeluarkan pada tahun 1942. (Namun tertulis 2602, merujuk kepada kalendar Jepun).
Seperti yang ditulis oleh seorang penyelidik dalam buku bertajuk The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore), Kementerian Kewangan di Jepun mengesahkan bahawa nama Malaysia pada duit syiling itu mewakili nama umum penduduk Malaya pada masa itu.


5. Sehelai peta yang diterbitkan di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1914 tertera perkataan "Malaysia" yang dimaksudkan beberapa wilayah di Kepulauan Melayu.

6. Akhbar "The British North Borneo Herald" terbitan 1 Januari 1889. J.E. Tenison Woods melulis sebuah artikel bertajuk "Geographical Notes in Malaysia and Asia." mengenail catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu pada tahun 1883.
Terbukit nama "MALAYSIA" digunakan lebih awal dari tarikh pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. 
Nama Malaysia telah digunakan secara meluas oleh Orientalis Barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu, ianya telah digunakan sejak 129 tahun yang lalu.....

7. Buku "Ripley's Believe or not, edisi tahun 1929, cetakan tahun 1943, menulis tentang nama Malaysia dalam buku itu. 
m/s 59: this includes, Mongolia, Manchuria, Malaysia, Tibet, China....
m/s 119: .. is the native of Malaysia
m/s 121 : .. the man eating clams of Malaysia. 


8. Sebuah buku berbahasa Itali ditulis oleh Emilio Salgari berjudul "Pirati Della Malesia" diterbitkan di Itali pada tahun 1896. Nico Lorenzutti telah menterjemahkan buku tersebut ke dalam bahasa Inggeris dengan judul  "The Pirates of Malaysia".


Jules Sébastien César Dumont d’Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)
Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatanThailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.



Copy and paste : Facebook Hj Zulheimy Bin Maamor
1/2/2019: 12.45 am 

No comments: