Saturday, 27 June 2020

Sejarah Kitab Perubatan Tajuk Muluk



Antara kitab perubatan Melayu yang paling banyak diperkatakan sama ada menerusi karya-karya klasik seperti Hikayat Melayu dan Hikayat Hang Tuah mahupun di kalangan golongan yang memburu ilmu hikmah Melayu adalah Tajuk Muluk dan Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu Perubatan).

Berbanding Kitab Ilmu Perubatan, Tajul Muluk adalah lebih lama dan dikatakan menjadi ilmu kitab-kitab perubatan Melayu yang lain. Kitab ini mengandungi 134 sohifah atau bab yang merangkumi segala perkara, sama ada daripada gerak pada tubuh, mendirikan rumah, membuka tanah, mimpi, perubatan lelaki, peredaran air mani wanita, mengalahkan musuh dan sebagainya.

Kitab ini sebenarnya dikatakan diadaptasi daripada sebuah kitab lain yang berasal dari Parsi dan telah di'Islam'kan dengan kemasukan elemen-elemen Islam. Kitab ini ditulis (semula) pada zaman sultan Acheh yang bernama Sultan Mansur Billah Shah ibni Al-Sultan Jauhar Al-Alam Shah.

Pada bahagian akhir kitab tersebut, dinyatakan bahawa kitab ini telah selesai diterjemahkan oleh Faqir Tuan Haji Wan Hassan ibn Sheikh Tuan Ishak Fatani pada hari Jumaat pada waktu Dhuha enam likur haribulan Muharram pada hijrah Nabi seribu dua ratus empat puluh sembilan di dalam negeri Makkah. Mungkin kebanyakan generasi sekarang, sukar untuk membaca kitab ini walaupun ianya banyak terjual memandangkan bahasa yang digunakan merupakan bahasa Melayu lama bercampur Arab.

Malah istilah-istilah yang digunakan adakalanya mendangkalkan fikiran kita, seperti kamkuha dan sebagainya. Malahan ejaan untuk ayam pula apabila dibaca berbunyi hayam, sekaligus menunjukkan pengaruh dialek banjar di dalamnya.

Satu lagi kitab perubatan yang terkenal adalah Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu Perubatan). Kitab ini ditulis oleh Wan Ahmad bin Muhammad Zin bin Mustaffa Al-Fatani dan selesai penulisannya pada bulan Safar tahun 1333 Hijrah. Kitab ini lebih mudah bahasanya tetapi lebih nipis dengan 43 sohifah atau bab sahaja. Bagaimanapun, kitab ini sama seperti tajuknya, lebih banyak menjurus kepada perubatan seperti 'Pada fasal yang pertama; pada barang yang jadi penyakit daripadanya dan barang yang bergantung dengan demikian itu...

Suatu ketika dahulu, barangsiapa yang berhajat sangat nak jadi doktor tradisional (bomoh la tuh), penguasaan Tajul Muluk - sama ada dibaca atau dihafal - memang perlu. Malah, dikatakan juga, sesiapa yang menyimpan kitab ini dan dijadikan rujukan, seringkali mendapat penghormatan di kalangan penduduk kampung. Sebenarnya ada lain-lain kitab perubatan yang lebih ekstrem yang bercampur aduk antara agama (ilmu hakikat) dengan perubatan, malah termasuk juga di dalamnya jampi serapah mahupun hizib dan sebagainya seperti Kitab Pati Rahsia yang dikaitkan penulisannya dengan Paduka Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud dan sebagainya...

Sayangnya, kitab-kitab ini semakin lenyap dan tidak lagi mendapat perhatian, mahupun kajian daripada pihak yang sepatutnya. Mungkin memandangkan ia datang dari zaman silam, bermakna ia adalah kuno dan ketinggalan. Barangkali kesilapan kita ialah memandang mudah akan kecendekiawan orang Melayu sendiri yang sudah pun menemui penawar demam malaria atau demam kura dengan penggunaan pati kulit batang pokok kuinin sebelum 'orang putih' mempatenkannya sebagai penemuan barat awal abad ke-20.

Malah ketiadaan bomoh-bomoh yang benar-benar menjalankan peranan sebagai doktor tradisional yang bukan bermodalkan air liur, hembus-hembus, pembohong-pembohong dan temberang-temberang, serta asap kemenyan yang sekadar melengkapkan upacara perubatan, membuatkan kitab-kitab ini terbiar begitu sahaja. Berbeza dengan masyarakat Cina yang berjaya menaiktarafkan bidang perubatan sensei mereka untuk digandingkan dengan perubatan moden, orang Melayu bagaikan kehilangan dalam keseronokan mereka mendabik dada bahawa Melayu sudah bertamadun..


Copy and paste: 27/6/2020 @ 6 Zulkaedah 1441H : 9.97 pm

DI ANTARA AKHLAK RASULULLAH SAW

Kredit : FB Affifudin Hassan

١. Baginda selalu diam.
٢. Berbicara ketika perlu.
٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
٧. Berfikir terus-menerus.
٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١ . Marah bukan kerana nafsu.
١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.
١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.
٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.
٣٨ . Paling berlapang dada.
٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.
٤٠ . Paling halus keperibadiannya.
٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki)


Copy and paste : 27 June 2020 / 5 Zulkaedah 1441H : 12.25 pm

SEJARAH PERANG PARA ULAMA BANTEN MENENTANG BELANDA

Boleh dikatakan rata-ratanya perjuangan jihad menentang penjajah di Alam Melayu digerakkan oleh para ulama. Dalam banyak sejarah jihad menetang penjajah di Alam Melayu, salah satunya ialah perang yang dipimpin oleh para ulama Banten dan Jawa Barat menentang Belanda yang dikenali sebagai Perang Cilegon 1888.
Pemimpin utama perang ini ialah Kyai Haji Wasyid, seorang ulama besar Banten. Beliau mendapat pendidikan di Mekah. Antara gurunya ialah Syeikh Nawawi al-Bantani.
Setelah terhapusnya Kesultanan Banten pada tahun 1813, gerakan jihad menentang penjajah di Banten dilihat terbantut seketika. Namun, apabila Kyai Haji Wasyid pulang dari Mekah, beliau telah mengumpulkan para ulama Banten dan Jawa Barat untuk membentuk satu angkatan jihad bagi menentang Belanda.
Antara ulama yang menyahut seruan jihad Kiyai Haji Wasyid ialah Kyai Haji Abdul Karim, Kyai Haji Tubagus Ismail, Kyai Haji Asnawi, Kyai Haji Abdul Ghani, Kyai Haji Uthman, Kyai Haji Nasiman, Kyai Haji Abu Bakar Pontang, Kyai Haji Marzuki dan ramai lagi.
Malah apabila sampainya berita tentang pembentukan gerakan jihad di Banten ini, maka ulama-ulama dan pelajar agama dari Banten yang berada di Mekah bergegas pulang ke Banten untuk menyertai angkatan jihad tersebut.
Disebabkan gerakan jihad ini diketuai oleh para ulama, maka rakyat jelata berbondong-bondong menyertainya kerana penghormatan dan kepercayaan yang diletakkan pada para ulama. Dengan itu, Kyai Haji Wasyid berjaya membentuk dan menggerakkan para ulama dan rakyat jelata untuk bersatu menentang Belanda.
Oleh kerana para ulama di Banten rata-ratanya adalah pengamal tarekat Qadiriyah termasuk Kyai Haji Wasyid dan Kyai Abdul Karim yang merupakan mursyid tarekat Qadiriyah, maka tempat majlis-majlis zikir dijadikan sebagai markas mereka merancang strategi dan taktik perang.
Apabila tercetusnya perang Cilegon pada bulan Julai 1888, gerakan jihad ulama Banten ini dapat menawan dan menguasai beberapa bangunan pentadbiran Belanda.
Betapa kuatnya gerakan jihad di Banten ini sehinggakan perang ini memberi kesan yang besar dan serius kepada Belanda. Hal ini diakui oleh Snouck Hurgronje Dengan itu, Belanda meningkatkan kekuatan tenteranya di Banten dan meningkatkan serangan ke atas gerakan ulama Banten ini.
Dengan itu, sebahagian dari para ulama Banten menemui syahid. Antaranya ialah Kyai Haji Wasyid, Kyai Haji Tubagus Ismail dan Kyai Haji Nasiman, Sebahagian yang lain berundur ke dalam hutan, sebahagian lagi ditangkap dan sebahagian yang lain melarikan diri ke tempat-tempat lain termasuk ke Mekah.
Mereka yang ditangkap sebahagiannya dihukum gantung sampai mati dan sebahagian yang lain dibuang daerah. Selepas perang Cilegon itu, Belanda mula memburu para ulama. Mereka menghantar mata-mata mereka hingga ke Mekah.
Di samping itu, Belanda turut melarang pengajaran kitab dan pengamalan tarekat kerana gerakan-gerakan tarekat ini bakal menumbuhkan gerakan jihad yang mengancam dan menentang Belanda.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Copy and paste from FB
27 June 2020 / 5 Zulkaedah 1441H : 11.21 am

Sejarah Nokia sangat unik.


Apa kaitan dengan umat Islam.
Mari hayati tajuk ini

TRANSKRIPSI VIDEO
PENGAJARAN TERHADAP UMAT ISLAM DISEBALIK KEJATUHAN NOKIA.
▪️Dua sebab utama kegagalan Nokia, yang boleh menjadi pengajaran kepada kita sebagai umat Islam.
▪️Nokia telah pun wujud sejak tahun 1865 dan pernah menjadi gergasi dalam industri telefon bimbit suatu masa dulu.
▪️Namun kini Nokia telah hilang entah kemana. Nokia pernah menguasai 25 peratus pasaran telefon bimbit dunia dan 70 peratus pasaran Asia.
▪️Namun kini, Nokia sudah tidak lagi memiliki penguasaan tersebut. Ada dua faktor yang menggagalkan Nokia.
▪️Faktor pertama. Nokia gagal untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi.Mereka gagal membaca perubahan yang sedang berlaku di dalam pasaran. Bahkan mereka enggan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan.
▪️Pada akhir tahun 2010 berlaku kemunculan IOS dan Android. Kebanyakkan syarikat telefon bimbit yang muncul ketika itu mereka memakai Android sebagai sistem operasi mereka. Tetapi Nokia masih berdegil untuk kekal dengan Symbian.
▪️Nokia masih sibuk memfokuskan usaha mereka kepada pengeluaran hardware. Sedangkan dunia ketika itu lebih berfokuskan kepada software. Kemunculan IOS menyebabkan Nokia makin ketinggalan ke belakang. Itulah kesilapan pertama mereka. Gagal menyesuaikan diri dengan dengan permintaan dan perubahan semasa.
▪️Faktor kedua kegagalan Nokia adalah memilih perisian yang salah untuk menggantikan symbian. Setelah Stephen Elop menjadi CEO Nokia, beliau cuba memperbaiki kesilapan yang sudah terjadi. Mereka menggantikan symbian dengan Windows sebagai perisian terbaru mereka. Walaupun pada asalnya mereka bersetuju untuk mengambil Android.
▪️Inilah kesilapan kedua yang membunuh terus kebangkitan Nokia. Niat mereka memakai Windows untuk menjadi lebih unik dari android dan IOS.
▪️Tetapi Malangnya Windows masih belum mampu menjadi perisian yang terbaik untuk telefon bimbit.
▪️Ketika banyak aplikasi yang boleh diisi di Android dan juga IOS, tetapi Nokia terperangkap dengan Windows yang belum memiliki ekosistem aplikasi yang baik.
▪️Inilah Mengapa Nokia yang suatu masa dulu merupakan Gergasi pengeluar telefon bimbit berpengaruh, hilang daripada dunia.
▪️Dua perkara kegagalan ini, apabila dibuat oleh umat Islam pasti akan terjadi seumpama Nokia.
▪️Pertama bila umat Islam enggan berubah bersesuaian dengan kontak semasa. Menjadi pengisi kepada dunia hari ini. Pasti umat Islam tidak lagi dipandang sebagai umat terbaik.
▪️Kedua jika umat Islam mahu berubah tetapi perubahan itu tidak signifikan dengan keadaan dan realiti, yang jauh daripada keperluan semasa Umat.
▪️Pasti Islam juga tidak akan berjaya menjadi pengaruh kepada dunia. Jangan biarkan Islam dan umat Islam menjadi seumpama Nokia kerana enggan berubah dan salah membuat perubahan.
▪️Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
▪️Terima kasih kerana anda Share. Saya menghargai anda.
Copy and paste : 27 June 2020 / 5 Zulkaedah 1441H : 11.01 am

Kita ada atau tidak 10 sifat ini?


Jom renung sejenak.
10 tindakan yang akan membawa kegembiraan.
1- Hargai apa yang kamu ada. Ini kerana ramai yang menangisi apa yang tiada dan melupai apa yang ada.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
Jika kamu bersyukur aku tambahkan nikmat bagi mu. (Ibrahim 7)

2- Fokus kepada perkara yang betul betul penting saja. Jangan membiarkan banyak gangguan yang tidak penting masuk ke dalam hidup kita. Ini kerana kita hanya akan berjaya bila kita fokus dan tidak gangguan yang menghilangkan fokus kita.
Sabda Baginda:
مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
Daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak penting.(Hadis Hasan)

3- Menentukan tujuan hidup dan usaha kita yang betul-betul kita akan buat demi mengejar apa yang ingin kita mencapainya.
Allahu tidak menjadikan kita sia- sia. Allah jadikan kita ada tujuan.
Allah berfirman:
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا
Tuhan kami, engkau tidak jadikan ini sia-sia.( Ali Imran 191)

4- Berani menyahut cabaran hidup. Ini kerana hidup ini penuh dengan cabaran yang tak boleh dinafikan.
Firman Allah:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ
Kami akan menguji kamu semua dengan sesuatu. (Al-Baqarah 155)

5- Sentiasa bermuhasabah dan mencari nilai diri untuk membenarkan kita mengenali siapakah diri kita sebenar. Ini adalah kecerdikan bagi mereka yang berada di muka bumi.
Sabda Nabi:
الكَيِّس مَنْ دَانَ نَفْسَهُ، وَعَمِلَ لِما بَعْدَ الْموْتِ
Orang cerdik siapa yang Sentiasa menghitung dirinya dan berusaha membuat persediaan untuk selepas mati. (Hadis Hasan)

6- Sayangi tubuh anda dan jagalah dia sebaik mungkin. Jangan biarkan diri anda tidak menjaga pemakanan dan kesihatan anda.
Sabda Nabi:
وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Dan bagi dirimu ada hak yang perlu ditunaikan. Maka berilah hak tersebut.(Bukhari)

7- Hadkan masa anda dari bersama dengan orang-orang yang negatif. Elakkan dari banyak bertemu dengan orang-orang yang negatif.
Sabda Nabi:
المرءُ على دينِ خليلِه فلينظُرْ أحدُكم من يخالِلُ
Seseorang itu akan berada atas agama kawan. Maka hendaklah kamu perhati siapa kawan kamu. (Hadis Hassan)

8- Layanilah orang lain sebagaimana yang anda hendak orang lain layani anda.
Sabda Nabi:
البِرُّ لا يَبْلَى، والإثمُ لا يُنْسَى، والدَّيَّانُ لا ينامُ،
فكن كما شِئْتَ، كما تَدِينُ تُدَانُ
Kebaikan tidak akan luput, dosa tidak akan dilupakan, sang pemberi hutang tidak akan dilalaikan. Jadilah apa yang kau kehendaki. Apa yang kamu buat dalam hidup, itu yang kamu dapat.

9- Tunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Ini menyebabkan kita boleh menjadi contoh kepada orang lain dan orang lain boleh mencontohi kita
10- Terimalah apa yang ada dan hiduplah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan datang.
Sabda Nabi:
طُوبَى لِمنْ هُدِيَ للإسلامِ ، وكانَ عيشُه كَفَافًا وقَنَعَ
Berbahagialah siapa yang diberi hidayah dengan yang hidupnya cukup dan tenang.(Hadis Sahih)

Semoga menjadi panduan untuk hidup kita.

MAYBANK 564388553039 MAAHD AL QURAN ASY SYAFIE


Copy and paste : 27 June 2020 / 5 Zulkaedah 1441H: 10.47 am

Friday, 26 June 2020

Why Pork is Haram in Islam ~ 15 Things You Should Know About Pigs:

1) A pig is a real garbage gut. It will eat anything including urine, excrement, dirt, decaying animal flesh, maggots, or decaying vegetables. They will even eat the cancerous growths off other pigs or animals.
2) The meat and fat of a pig absorbs toxins like a sponge. Their meat can be 30 times more toxic than beef or venison.
3) When eating beef or venison, it takes 8 to 9 hours to digest the meat so what little toxins are in the meat are slowly put into our system and can be filtered by the liver. But when pork is eaten, it takes only 4 hours to digest the meat. We thus get a much higher level of toxins within a shorter time.
4) Unlike other mammals, a pig does not sweat or perspire. Perspiration is a means by which toxins are removed from the body. Since a pig does not sweat, the toxins remain within its body and in the meat.
5) Pigs and swine are so poisonous that you can hardly kill them with strychnine or other poisons.
6) Farmers will often pen up pigs within a rattlesnake nest because the pigs will eat the snakes, and if bitten they will not be harmed by the venom.
7) When a pig is butchered, worms and insects take to its flesh sooner and faster than to other animal's flesh. In a few days the swine flesh is full of worms.
Swine and pigs have over a dozen parasites within them, such as tapeworms, flukes, worms, and trichinae. There is no safe temperature at which pork can be cooked to ensure that all these parasites, their cysts, and eggs will be killed.
9) Pig meat has twice as much fat as beef. A 3 oz T bone steak contains 8.5 grams of fat; a 3 oz pork chop contains 18 grams of fat. A 3 oz beef rib has 11.1 grams of fat; a 3 oz pork spare rib has 23.2 grams of fat.
10) Cows have a complex digestive system, having four stomachs. It thus takes over 24 hours to digest their vegetarian diet causing its food to be purified of toxins. In contrast, the swine's one stomach takes only about 4 hours to digest its foul diet, turning its toxic food into flesh.
11) The swine carries about 30 diseases which can be easily passed to humans. This is why God commanded that we are not even to touch their carcase (Leviticus 11:8).
12) The trichinae worm of the swine is microscopically small, and once ingested can lodge itself in our intestines, muscles, spinal cord or the brain. This results in the disease trichinosis. The symptoms are sometimes lacking, but when present they are mistaken for other diseases, such as typhoid, arthritis, rheumatism, gastritis, MS, meningitis, gall bladder trouble, or acute alcoholism.
13) The pig is so poisonous and filthy, that nature had to prepare him a sewer line or canal running down each leg with an outlet in the bottom of the foot. Out of this hole oozes pus and filth his body cannot pass into its system fast enough. Some of this pus gets into the meat of the pig.
14) According to Jewish law, pork is one of a number of foods forbidden from consumption by Jews. These foods are known as "non-kosher" foods. In order for a meat to be kosher, it must first come from a kosher animal. A kosher animal must be a ruminant and have split hooves - therefore cows, sheep, goats and deer are all kosher, whereas camels and pigs (having each only one sign of kashrut) are not kosher.
15) Quran, Holy book of Muslims also prohibits consumption of pork.
"He has made unlawful for you that which dies of itself and blood and the flesh of swine and that on which the name of any other than Allah has been invoked. But he who is driven by necessity, being neither disobedient nor exceeding the limit, then surely, Allah is Most Forgiving, Merciful." Quran 2:173

I cannot understand why anyone would eat it. You might as well vacuum all day and then take the vacuum bag and make a nice soup out of it.
" Of course our Creator has given us the health laws through the Holy Quran and not eating pigs is even CLEARLY mentioned in the Bible (Leviticus 11:07)
But some humans think they are more intelligent than the Creator so they choose
Copy and paste from FB
26 June 2020 / 4 Zulkaedah 1441H : 9.01 am

Thursday, 25 June 2020

Tragedi Lintasan Lemal 1972


Salah satu peristiwa yang masih segar dalam ingatan saya ialah Tragedi Lemal yang berlaku pada 30 Mac 1972 iaitu hari terakhir persekolahan bagi Penggal Satu pada tahun tersebut. Tragedi yang melibatkan kemalangan antara bas dan kereta api itu telah mengorbankan sebanyak 13 nyawa penumpang yang kebanyakannya murid sekolah. Tragedi yang berlaku semasa saya berada di Tingkatan Satu ini amat menyentuh hati memandangkan ianya melibatkan banyak kehilangan nyawa pada ketika itu.


Di sekitar daerah Pasir Mas pada ketika itu terdapat empat lintasan landasan kereta api iaitu pertamanya di Jalan Tengku Ahmad, di tengah-tengah bandar Pasir Mas, keduanya di Kampung Lemal berhampiran dengan Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (dulunya Lembaga Letrik Negara), ketiganya di pekan Rantau Panjang iaitu landasan ke Sungai Golok, Thailand dan keempatnya di Kampung Repek iaitu kira-kira 10 km dari bandar Pasir Mas. Kesemua lintasan ini merupakan lintasan terbuka sebagaimana juga di kebanyakan lintasan lain yang terdapat di seluruh negara pada ketika itu.

Tragedi yang melibatkan dua kenderaan awam iaitu kereta api barang berenjin kuasa wap milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan bas pendek model Seddon MK17 milik Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) ini telah mendapat liputan yang meluas di media dan mendapat perhatian utama pihak kementerian terbabit. Menteri Perhubungan Malaysia, Allahyarham Tan Sri Sardon Jubir beberapa hari selepas kejadian itu telah mengarahkan semua lintasan terbuka di seluruh negara dipasang dengan pintu pagar bagi mengelakkan berulangnya tragedi ngeri seperti itu.

Meskipun pada ketika itu baru di Tingkatan Satu, namun saya telah memberi perhatian serius kepada tragedi ini memandangkan tiap-tiap hari bas sekolah yang kami naiki melalui lintasan kereta api di Jalan Tengku Ahmad untuk ke bandar Pasir Mas. Yang lebih menyentuhkan perasaan lagi ialah tiga daripada mangsa tragedi tersebut merupakan saudara dan rakan saya yang tinggal di kampung berhampiran. Dua orang rakan saya terselamat tetapi saudara saya yang pada ketika itu pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Rendah Perempuan Pasir Mas (kini SMK Perempuan Pasir Mas) meninggal dunia di Hospital Besar Kota Bharu (kini Hospital Raja Perempuan Zainab II). Selepas itu beberapa kejadian kecil yang melibatkan kereta dan motosikal di lintasan yang sama turut berlaku tetapi tiada kehilangan nyawa. Malah semasa di Tingkatan Enam pada tahun 1978, bas yang saya naiki pernah nyaris-nyaris dirempuh kereta api di lintasan Jalan Tengku Ahmad semasa hujan lebat.

Ekoran daripada beberapa peristiwa tersebut saya pernah menghantar satu komentar dalam ruangan Forum Pembaca di akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada hari Jumaat 23 Jun 1978. Bagi saya komentar tersebut merupakan salah satu sumbangan dan tanggungjawab saya terhadap kepentingan umum dalam usaha untuk mencegah agar tragedi ngeri seperti yang berlaku pada 30 Mac 1972 itu tidak berulang lagi di mana-mana tempat di negara ini pada masa akan datang. Saya berpandangan bahawa melalui komentar seperti ini sekurang-kurangnya menjadi salah satu daripada senarai semak yang perlu diteliti oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
Namun selepas 9 tahun kejadian itu, apa yang dibimbangi tersebut telah benar-benar berulang.

Pada 27 November 1981 satu tragedi yang seakan sama telah berlaku lagi, malah lebih dahsyat kerana jumlah mereka yang terkorban seramai 17 orang berbanding 13 orang dalam tragedi terdahulu. Tragedi kali ini berlaku di lintasan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam yang melibatkan sebuah bas yang membawa para belia untuk melancong ke Pulau Pangkor, Perak. Kedua-dua tragedi tersebut seakan-akan sama senario kejadiannya, cuma masa dan tempat sahaja yang berbeza. Saya yang pada ketika itu sedang menuntut di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu sekali lagi tersentak setelah membaca berita tragedi tersebut di akhbar. Seperti biasa sekali lagi pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan masing-masing berhubung dengan tragedi tersebut.

Sebagai insan kerdil yang sentiasa mengikuti perkembangannya, sekali lagi saya terpanggil untuk menulis tentang perkara ini dengan harapan yang sama sebagaimana saya menulis komentar terdahulu setelah kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Dengan merujuk kepada beberapa sumber saya telah menulis tentang perkara ini dan menghantarnya kepada majalah Sarina terbitan Amir Enterprise Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu ‘digest’ berbahasa Melayu pada ketika itu. Rencana tersebut telah disiarkan di muka surat 110 majalah Sarina Jilid 7 No. 70 terbitan bulan Januari 1982. Dengan tersiarnya rencana tersebut, saya sekali lagi berharap agar luahan yang saya anggap mewakili masyarakat umum itu diberi sedikit perhatian oleh pihak-pihak berkenaan dengan sewajarnya.
Alhamdulillah, akhirnya aspek keselamatan pengguna telah diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan di mana mulai pertengahan tahun 1980-an semua lintasan utama kereta api di seluruh negara telah dilengkapi dengan pintu pagar serta pengawal bertugas.

Dengan adanya langkah keselamatan tersebut maka tragedi ngeri seperti yang berlaku di dua lokasi berkenaan telah dapat dielakkan sepenuhnya. Meskipun akibat daripada adanya pintu pagar tersebut telah menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas pada waktu-waktu tertentu di bandar-bandar yang agak sibuk, namun itu adalah fenomena biasa yang lebih baik berbanding jika berlakunya sesuatu kemalangan ngeri. Bagi mengelakkan masalah kesesakan tersebut, kini di kebanyakan lintasan kereta api di negara ini sudah dibina jejambat dan jejantas untuk kenderaan dan orang ramai melintasinya. Sekian.

Copy and paste: 25 Jun 2020 / 4 Zulkaedah 1441H : 10.24 pm

PANDUAN HAJI - SENARAI SEMAKAN HAJI IFRAD

Sumber : Nota Kursus Haji

SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI (DIRUMAH)
  • Mandi Sunat Ihram - SUNAT
  • Memakai Pakaian Ihram - WAJIB
  • Solat Sunat Musafir 2 rakaat- SUNAT
DIDALAM KAPAL TERBANG
  • Berniat Haji setiba di Miqat  - WAJIB
  • Menjaga 13 pantang larang Ihram - WAJIB
  • Perbanyakkan bertalbiah - SUNAT
SETIBA DI MEKAH
  • Doa memasuki Kota Mekah - SUNAT
  • Menyempurnakan tawaf Qudum (Selamat Datang) - SUNAT
  • Saie Haji - RUKUN

MENUNGGU HARI WUKUQ 
  • Kekal dengan pakaian ihram dan larangannya
  • Teruskan iktikaf, solat dan membaca Al-Quran
  • Ziarahi tempat-tempat bersejarah
8 ZULHIJJAH
  • Berangkat ke Arafah selepas Asar
9 ZULHIJJAH
  • Wukuq di Arafah - RUKUN
  • Khutbah Wuquf di Arafah
  • Banyakan talbiah, zikir dsb
MALAM 10 ZULHIJJAH
  • Mabit di Muzdalifah
  • Mengutip 7 anak batu
  • Berangkat ke Mina
PAGI 10 ZULHIJJAH - DI MINA
  • Melontar Jamrah Kubra - WAJIB
  • Bergunting / bercukur- RUKUN
**Boleh menukar ihram kepada pakaian biasa...namun teruskan jaga 3 lagi Larangan Ihram.

HARI TASYRIQ (11, 12 & 13 ZULHIJJAH)
  • Melontar 3 Jamrah setiap hari
  • Berangkat balik ke Mekah selesai melontar 3 Jamrah pada hari akhir)
DI MEKAH
  • Tawaf Haji - RUKUN
  • Saie Haji (jika belum) - RUKUN
  • Tertib - RUKUN
  • Bebas semua 3 Larangan Ihram (Tahallul Thani)
  • Tidak perlu lagi bergunting / bercukur
** Sempurna ibadah Haji - Jemaah akan tinggal di Mekah sehingga tiba waktu berangkat ke Madinah. Sebelum meninggalkan Mekah, lakukan tawaf Wida'.

Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, KL
25 Jun 2020 / 3 Zulkaedah 1441H : 2.13 pm 










PANDUAN HAJI - TATACARA HAJI TAMATTUK

Kenangan menunaikan Haji tahun 2017.
Saya menggunakan Haji Tamattuk iaitu mengerjakan Umrah dahulu dalam Bulan Haji kemudian mengerjakan Haji di tahun yang sama.
Haji Tamattuk dikenakan Dam..

Dibawah ini diturunkan tatacara mengerjakan Haji Tamattuk sepertimana yang diajarkan ketika kursus Haji...

SEBELUM BERLEPAS KE TANAH SUCI
  • Banyakkan bertaubat
  • Solat Sunat Taubat
  • Perbanyakkan bersedekah, Zikir dan solat sunat
  • Berdoa untuk orang yang ditinggalkan.
SEMASA HENDAK BERANGKAT KE TANAH SUCI
  • Mandi Sunat Ihram
  • Berwudhuk
  • Memakai pakaian Ihram - Wajib (jika masuk ke Jeddah dahulu)
  • Solat Sunat Musafir 2 rakaat - Sunat
DALAM KAPALTERBANG
  • Berniat Umrah apabila tiba di Miqat (Qarnul Manazil)  - RUKUN
SETIBA DI MEKKAH
  • Bertalbiah - SUNAT
  • Menjaga larangan Ihram - WAJIB
  • Tawaf Umrah - RUKUN
  • Saie Umrah - RUKUN
  • Bercukur / bergunting - RUKUN
  • Tertib Umrah - RUKUN
*** Selesai mengerjakan Umrah, dibolehkan menanggalkan pakaian Ihram dan bebas daripada segala pantang larang ihram. 

8 ZULHIJJAH - BERANGKAT KE ARAFAH (HARI TARWIYAH)
  • Mandi Sunat Ihram - SUNAT
  • Memakai pakaian Ihram - WAJIB
  • Solat Sunat Ihram - SUNAT
  • Berniat Haji di Mekah - RUKUN
  • Bertalbiah - SUNAT
  • Menjaga Larangan Ihram - WAJIB
9 ZULHIJJAH - WUKUF DI ARAFAH (RUKUN)
  • Khutbah Arafah - SUNAT
  • Solat Zohor - WAJIB
  • Doa Arafah - SUNAT
  • Banyakkan amalan sunat - SUNAT
MABIT DI MUZDALIFAH - WAJIB
  • Mengutip 7 anak batu di Muzdalifah
10 ZULHIJJAH
  • Melontar Jamrah Kubra - WAJIB
  • Bercukur / Bergunting (Tahallul Awal) - RUKUN
  • Menyempurnakan Dam bagi Haji Tamattuk
11 ZULHIJJAH
  • Mabit di Mina pada 11 Zulhijjah - WAJIB
  • Melontar 3 Jamrah
12 ZULHIJJAH
  • Melontar 3 Jamrah (Nafar Awal)
13 ZULHIJJAH
  • Melontar 3 Jamrah (Nafar Thani)
  • Pulang ke Mekkah
DI MEKAH
  • Tawaf Haji - RUKUN
  • Saie Haji (Tahallul Thani) - RUKUN
  • Bercukur dan bergunting (Jemaah yang tidak membuat Tahallul Awal) - RUKUN
  • Tertib - RUKUN
** Dengan ini selesai ibadat Haji dan telah halal melakukan semua perkara yang terlarang semasa Ihram.

Sebelum meninggalkan Mekkah samada menuju ke Madinah atau pulang ke tanahair, Lakukan Tawaf Wada'.

Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat , KL
25 Jun 2020 / 3 Zulkaedah 1441H : 1.27 pm





Wednesday, 24 June 2020

KRONOLOGI MUSIM HAJI 2017

Hj Zulheimy Bin Maamor & Hjh Norziah Bt Ahmad
Maktab 87 Abraj Al Janadriyyah

1 Zulkaedah 2020  – bermula musim Haji. Kepada mereka yang telah menerima tawaran Haji tahun ini, kita harap agar mereka bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi… Berdoalah kita agar tahun hadapan kita dipermudahkan dan wabak COVID 19 berakhir dan kita  dapat melaksanakan rukun Islam ke 5.

Setiap tiba musim Haji, pasti yang telah menunaikan haji akan merindui suasana indah ketika menunaikan haji. Saya bersyukur kerana diterima menjadi tetamu Allah pada musim Haji 2017.

Bagi mengingat kembali detik-detik manis itu saya susunkan kembali kronologi Haji 2017 yang boleh dijadikan panduan untuk bakal – bakal haji.

  • 2 Ogos 2017 - menerima panggilan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang saya dan isteri dijemput untuk menunaikan haji. Kami menerima tawaran disaat akhir apabila Kerajaan Arab Saudi telah bersetuju untuk menambahkan kuota Jemaah Haji Malaysia dimana 400 tempat diperuntukan untuk veteran ATM. 
  • 3 Ogos dan 16 Ogos 2017 – Taklimat Haji di Masjid Khalid Ibn Walid di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
  • 16 Ogos 2017 - Pemeriksaan Kesihatan di Masjid Khalid Ibn Walid dan Majlis ramah mesra bersama Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan.
  • 12 Ogos 2017 – mengambil surat Tawaran Haji di Menara TH Sentral di Jalan Stesen Sentral 5 di Kuala Lumpur.
  • 17 Ogos 2017 – Menghadiri Kursus Haji di Masjid Khalid Ibn Walid yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT).
  • 19 Ogos 2017 – menerima Jadual Penerbangan Haji ke Mekkah.
  • 23 Ogos 2017 – Berlepas ke Jeddah dari KLIA dengan penerbangan FLYNAS XY6330 pada jam 7.00 malam. Bermiqat di Qarn Al Manazil. Tiba di Lapangan Terbang King Abdul Jeddah jam 11.00 malam (Waktu Mekkah).
  • 24 Ogos 2017 –Menginap di Abraj Al Janadriyyah Bilik nombor 1465 di Tingkat 14. Isteri bilik 1466. Disebelah malam melaksanakan Ibadah Umrah (Haji Tamattuk).
  • 26 Ogos 2017 – Melaksanakan Dam Haji Tamattuk sebanyak SR880.00 (SR440.00 x 2 orang) di Kaunter Kewangan Pejabat Tabung Haji di Abraj Al Janadriyyah.
  • 30 Ogos 2017 – Berangkat ke Padang Arafah kira-kira 21.9 km dari Mekkah.
  • 31 Ogos 2017 (9 Zulhijjah 1438H) – Wukuf di Arafah.. Disebelah petang kami berangkat ke Muzdalifah lebih kurang 10 km dari Arafah untuk Mabit di Muzdalifah. Diseparuh malam berangkat pula Ke Perkhemahan Mina kira-kira 6 km dari Muzdalifah untuk bermalam (Mabit di Mina).
  • 1 September 2017 – Melontar Jamrah Kubra – dari Mina ke Kompleks Jammarah lebih kurang 3.5 pergi dan 3.5 balik (7 km). Selesai Bercukur (Tahallul Awal).
  • 2 – 4 September 2017 – Melontar ketiga-tiga Jamrah (Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Kubra) – Hari Tasyriq.
  • 4 September 2017 – berangkat balik ke Mekkah
  • 5 September 2017 – Tawaf Ifadhah dan Saie – selesai Manasik Haji (Tahallul Thani).
  • 21 September 2017 – Tawaf Wida’ -  berangkat ke Madinah. Tiba Madinah jam 11.00 malam dan menginap di Al Anwar Madinah Movenpick Hotel (Bilik 11082).
  • 22 September 2017 – Menziarahi Makam Rasulullah s.a.w dan Perkuburan Baqi’ di Masjid Nabawi.
  • 22 September 2017 – Menziarahi Makam Rasulullah s.a.w dan Perkuburan Baqi’ di Masjid Nabawi.
  • 23 September 2017 – Melawat sekitar Madinah (Masjid Quba’, Bukit Uhud dan Ladang Kurma).
  • 25 September 2017 – melawat ke kawasan berhampiran Masjid Nabawi (Sokaifat Bani Saedah, Quran Exhibition, Museum, Pasar Nabi dll.). Pada 4.15 petang Khatam Al Quran 30 Juzuk (mulai bacaan semasa berlepas dari KLIA pada 23 Ogos 2017).
  • 30 September 2017 – berangkat balik ke Tanahair.
  • 1 Oktober 2017 – tiba di KLIA
Rujukan :

24 June 2020 / 2 Zulkaedah 1441H : 4.34 am